Friday, September 26, 2008

se..se..se..selekeh se..se..se..selamat hari raya

hari ini
pada hari jumaat nan indah
sekonyong konyong kelihatan budak memakai baju kurung biru
yang tidak bergosok, bertudung buruk dan berselipar..

dengan longlai nya makhluk itu berjalan jalan menuju stesen kretapi
dengan harapan tiada pelanggaran berlaku antara dua ketapi
sebab..sebab..er ..er... dia nak balik raya malam karang

apabila makhluk itu sampai di stesen ketapi adapun dia memerhati kan
keadaan sekeliling yg ramai dengan org asing terutama dari negara indonesia
dan tidak semena mena kerana terlalu selekeh, makhluk itu merasakan
'owh..adapun mereka lebih kacak bergaya dan jelita, apakah aku inih? terlalu comot, seperti org yg tiada imej bersetail? apakahhhhh??? dia menjerit sekuat hati..'

dan..dengan pantas, untuk menambah gaya, dia pun mengeluarkan ipod nya..
muhahahahah, dipasang ke telinga dan digantung ipodnya pada pas ketapinya..wah..dia tidak selekeh lagi. sekurang-kurangnya ada benda yg membezakan dia dengan org lain. gilerr aaaa riak di pagi hujung ramadhan.

sebenarnya kan..motif utama keselekehan adalah kerana beliau merasakan selama hari ini, akibat selalu cantik dan menampilkan imej bergaya..makhluk ini berfikir mungkin ini lah punca kenapa tiada org mahu mendekatinya. mungkin org akan beranggapan 'owh..high mantenance org ini..lari lah' atau 'terlalu bergaya, tidak seswai untuk daku yg selekeh ini'..dan lain lain.

maka beliau pun membuat experimen dengan memaparkan imej selekeh dan tidak terurus. tetapi apabila dia merasakan org seberang itu lebih hebat dan bergaya..dem! salah percaturan..hahhahahhah.

tak..sebenarnya org itu sudah tiada minat untuk semua2nya. mungkin rohnya sudah di sana, jasadnya saja hanya di sini..takpe takpe..esok roh dan jasad akan bersatu kembali..kan kan?

erm...last sekali

selamat hari raya. maaf untuk segalanya. untuk hari raya ni, diharapkan, hargailah org org yg disayang. believe me, once org org ni takdek, gelap dunia. i mean it because i experienced it .

*updet*

'sejahat jahat manusia adalah mereka yang memendam kemarahan, hasad dengki dan sentiasa berharap agar org yg dimarahinya itu ditimpa kebinasaan. celakalah org seperti itu. maka hendaklah kamu membuang segala dendam, bermaafanlah. kerana itulah sebaik baik manusia. dan org yang selalu memaafkan itu adalah tanda tanda orang yang bertaqwa'

got this from my general manager during our assembly just now. that is soo true.

ye, saya sentiasa memaafkan org sebelum tido. sebab ada org pesan saya berbuat sedemikian rupa.

Thursday, September 25, 2008

it is all about me, complicated, stereotype,melancholic, confused and semak.

i'm not good in writing. thus, when i'm in deep shit, there will be certain people will be my dump. i luv those 'certain people'..mayb because their judgements and respons to me which help me a lot. because there will be a certain rules while dealing with my confusion and semak-ness.
1] dun asked me to 'sabar la..dugaan tuh' no..no..it won't work. in fact i'll feel annoyed.
2] dun interrupt while i'm explaining what 'the-exact-shit' is. let me express everythings from A to Z. let me memaki hamun n menyumpah seramnah till i feel better and relief. by cutting my explaination will get me moooooreeee shit
3] when i say ok..pleasss..then, giv ur ideas..i need that. and i dun care if u want to blame me, but, better with a good judgemental supaya i will not patahkan balik..

so far, cuma ada dua org je yg berani dengar my kemarahan n bijak dalam mendealingkan my kemarahan ..

yg pompuan ni i like so much sbb bila i ckp 'arggghhh marah2' and dia akan reply camni..'ape lagi zan..ko g je belasah dia..' hohohoho cukup buat i relief..lega selega leganya (er..tak la g belasah betul) atau pun 'eeiii..dia ingat dia bagus sangat ke? shilake la dia..' hahahah. puas nye hatiiii dpt buat org join maki hamun.

yg lelaki nih pulak, bile i ckp 'eiii..kenape la dia suke suki ckp mcm tuh..kata i tak paham prosedur'..dia dengan selambanya akan ckp..'haih..meh bg dia kat i, i kawen ngan dia, sure settle masalah'.. walau pun my respon would be 'aaaa? ape pulak nih..tp sebab i kena pause untuk pk his respon akan membuatkan i jadi..uuhhhh dia buat lawak, and magicnya, i boleh gelak...tak jadi nak marah okeh.. dan lepas melampiaskan segala marahnya pada dia.. last2 dia ckp camni '..ala.. dah la tak yah nak marah2 org, ape kata kita baca quran..dan amalkan sunnah rasulallah..' duh..dan disambung2 dengan lawak2nya yg ..yg..alahai..

sebenarnyakan sepanjang 28 tahun nih, i feel like i understand myself walau pun not fully and really understand...i do admit that i am a melancholic person, easy-stress, confused, kusut, semak dll. and because of that, there will be certain time when i will not serious, because of that, i really need someone who can accept me like how i always be. me yg selalu kata i am pemalu. yes, for strangers, but, if you always in my heart.. i can be talkative until u malas nak layan my craps!

i love people yg bole dibawak berbual tentang semua benda. tak kesah la serious atau tak. economy, social, politic, environment, movie, artis, oogy the cococroach,iklan "u" mobile, stesen ketapi, bus express, feri, kedai mamak, awek yg mari.., pengat pisang, tongkeng ayam, pasar malam dan mcm2. i love people yg bole buat i gelak sorg2 terbahak2 walau pun hanya buat lawak bodo pasal kerusi kort memot, i love people yg bole buat i terkedu dengan respon pada soalan-soalan i yg ntah hape2, meaning kalau i loyar buruk, dia punya loyar buruk double and triple, i love people yg sentiasa menjadi dia, tak dek duit, buncit, hutang byk tp sentiasa konfiden dia manis.. i love people who always be him/herself..as i always be.

sorry, mungkin anda tidak memahami perkara2 di atas yg tiada langsung kaitan antara para 1, 2 atau seterusnya. i just want to expressssss everything.
i am in in the middle of kusut, semak, confused, kacau and sewaktu dengan nya. it is not fair for perempuan di para 3 untuk mendengar nya hari ni kerana telah dua hari berturut2 dia mendengar kekusutan saya. jadi saya terpaksa mengexpress di sini..because i do warn u before, i'm not good in writing. jadi, andai anda tidak paham, abaikan kekusutan diri saya. adapun saya amat kusut, sekusut, kusutnya..

ye, betul, tak tipu.

Wednesday, September 24, 2008

.

Ya Allah Ya Rahman
Titipan hambamu ini adalah untuk memohon
Belas ihsanMU dari hambamu yang hina ini
KepadaMU Ya Allah aku memohon
Agar dikuniakan hidayah, ketenangan dan kepastian
Kau huraikanlah kekusutan jiwaku
Kau berikanlah kekuatan kepadaku
Untuk menangkis segala kekusutan jiwaku
Agar hidupku diakhiri dengan cahayaMU Ya Allah
Hanya doa yang mampu ku panjatkan
Sesungguhnya aku terlalu banyak meminta dan terlalu kurang memberi
Namun, hanya Kau tampat ku mengadu
Amin Ya Rabbal'alamin..

.

Tuesday, September 23, 2008

uurggghhhh

heart-broken ..
almost heart-broken

patah hati..
hampir patah hati

sedeh..
tak tau lah

Monday, September 15, 2008

mestikah ada yang lain

Mestikah ada yang lain
Perlu kulakukan
Untuk memujuk memikat cinta
Dan setiap kata dan lafaz
Aku ucapkan tulus
Untuk memuji memikat cintamu
Kan ku gengam..
Cintamu abadi

Andai kata
Cintamu bisa merubah
Semua kepahitan yang masih
Dirasakan sekian lama
Takkan aku biarkan
Cintamu terbiar saja
Akan ku paterikan
Dihati dalam dada..

Selagi masih ada cinta
Di antara kita
Alangkah indahnya hidupku..
Bila cinta
Biarpun dimana
Bisa dirasakan
Gementar terharum mendayu
Kaulah kan kasih cinta mencinta
Mendamai jiwa

Monday, September 08, 2008

iklan

iklan! iklan!

for those yg rasa hanizan zakaria kiut di kala gigi penuh besi, sile dapatkan gambar beliau dalam keadaan sebegitu rupa dengan kadar segera. ini berikutan daripada proses 'removal-bracket' yang telah dijadualkan pada 3 Oktober 2008'

sekian harap maklum.

p.s : kesan dari 'removal-bracket' retainer pula akan mengambil tempat, makan kos sebanyak RM500.00 diperlukan. i.e bajet duit raya will be slash out!..hahahhahah kijam!

Wednesday, September 03, 2008

' .. i met you once, not twice
.. i met you everyday, only in my dreams
.. i wish, i'll meet you everyday and forever
.. and forever you will be mine..'

sabo je la ..

kalau ikut kiraan logik, hari nih dah 3 hari puasa

1. tren pagi kul 6.25 sejak dua menjak nih mmg sesak dgn org. kat dato keramat pun dah full..sabo je la

2. tren balik pukul 6 pun sendat giler2. smlm nyaris2 terkepit ngan pintu (taman bahagia tu..).. haih..ramai nya orgggg...ramai jugak pak pak arab yg lagi besar dari i yg kiut nih... sabo je la

3. bile hari pertama dah makan mcm2, di ikuti dgn hari kedua..pagi hari ketiga, perut dah tak sedap..tp stil mcm nak mkn macam2..haih..sabo je la

4. cik noriah ngan pak ya tahun nih first time berbuke berdua je.kata mak, tak dek selera. tp bila tanya lauk, katanya gulai terubuk, sambal udang..amboi..selera la tuh. sabo je la

5. sepanjang bukan bulan puasa, badan sihat je, menjelma puasa dah start berair idung, masuk hari ketiga, batuk2 pulak. gatal tekak jgn ckp la..takkan nak minum kot? sabo jela

6. my eldest sister akan dapat tunggakan gaji dia dari 41 ke 44. yg bestnya tunggakan tu adalah dari jan 2006..hahahhaa berapa byk tuh. konfem 5 digits. kenapa yg kaya makin kaya, yg miskin makin miskin? dpt bonus lagi..haih.. sabo je la

7.kata mak, ba'atun yg keding tuh dah start puasa. lembik selembik2 nya. bapaknya yg garang tuh tak kasik dia berbuka langsung..er...sabo je la (tp mmg patut pun kan..jgn di manja2 kan)

8. lastly, i kehilangan org...sabo je la

Friday, August 29, 2008

hari yang cerah untuk jiwa yang sepi

cik nixan sekarang amat sepi
sepi bagai dinihari

kenapa?

kerana ada org yang telah menghalang segalanya
tiada lagi ym, meebo hatta dari yahoo pages sekali pun
habis, bagaimana mungkin cinta mahu berkembang
layu di tengah tengah kah?

tidak
cik nixan tidak rela
andai ini ujian yang perlu di tempuh
rela akan segalanya

moga moga akan di tetapkan hati
hati kedua dua nya
dan hati mereka mereka

dan moga dipermudahkan segalanya
moga yang difikirkan layu ditengah tengah akan berkembang kembali
seperti yang diharapkan..

p.s : ape yg kau merepek nih labuuu??

Wednesday, August 20, 2008

200880-200808=28

penuh dengan 8, wait, more to come ..

28 tahun lepas, on 20.08.80 bersamaan dengan 8 Syawal, iaitu pada hari rabu.. members of one family jumping like joy sbb dapat orang baru.

orang baru ini amatlah kiut sehinggakan semua org menggila gila akannya. bersesuaian dengan sambutan aidil fitri yg masih meriah dan sambutan hari kemerdekaan malaysia ke-23 yang menghampiri, haruslah mereka melihat baby itu sebagai pembawa kebahagaian yang amat mendalam (ade ke ayat mcm nih?)kerana baby itu dilihat sebagai seorang yang akan membawa gembira(relate ngan raya) dan berjiwa patriotik mempertahankan negara (relate ngan merdeka)..

dan hari ini iaitu 20.08.2008 bersamaan dengan 18 sya'aban dan bersamaan juge pada hari rabu..baby-kiut-comel-pembawa-kebahagiaan-mendalam itu, menyambut ulangtahunnya yang ke 28 iaitu selepas 28 tahun dan juge hari rabu yang bersamaan (secara kebetulannya) kejadian di para satu tadi..

makanya..andai semua org berebut rebut merebut 080808 untuk mencipta sejarah idup.. baby-kiut-comel-pembawa-kebahagiaan-mendalam itu tidak perlu berusaha keras untuk merebut rebut tarikh cantek untuk dijadikan nostalgia dalam lipatan sejarah hidupnya. ini adalah kerana baby-kiut-comel-pembawa-kebahagiaan-mendalam itu yg secara semulajadinya memang sentiasa bertuah secara automatik mendapat tuah pada hari lahirnya yang ke 28 iaitu pada 20082008 iaitu selepas 28 tahun dia dilahirkan pada 200880.

dan dengan bangganya artikel ini di tulis pada pagi 20082008 dlm satu entry yang bertajuk 200880-200808=28

nak tgk tak baby-kiut-comel-pembawa-kebahagiaan-mendalam itu? jap eh....










p.s : baby itu juge mengalami metamorphosis seperti makhluk lain..

Monday, August 18, 2008

but u didn't

i got this from someone's blog. modified..

i looked at you and smiled the other day
i thought you'd see me but you didn't

i said 'i love you' and waited for what you would say
i thought you hear me but you didn't

i drew a picture just for you to see
i thought you'd see it but you didn't

i needed you just to talk my thought to share
i thought you'd want to but you didn't

i don't wish to be everything to everyone..but
i would like to be something to someone (..u)

Tuesday, August 12, 2008

berani?

mengaku dan meluahkan atas apa yg dirasa,
amat berani

menahan diri dari meluahkan atas apa yg dirasa,
pengecutkah?

kata hati ..

selagi mampu ditahan, tahan lah
tapi.. andai bila ditahan, semuanya akan berlalu pergi ..
bagaimana?
sanggupkah menahan kecewa dihati?

berani @ pengecutkah aku?

Monday, August 11, 2008



hai!

kepada yg bertanya (terima kasih), hidup masih macam biasa. cuma kadang kadang ada jugak terhantuknya. tp masih dlm kawalan. no-thing new mcm hari hari lepas jugak. trus, kenkadang rasa busan jugak hidup yg terlalu 'biasa' ni. err...tp tak pe, nnt kalau terlebih happening, terkejut pulak.

nway. beberapa updet

1] confirm sudah. my parents will be menunaikan fardhu haji end of this year. sedikit mencabar untuk hajat kali ini. beberapa kali blood test tak lepas. tp alhamdulillah..last week, semuanya ok..dah buat passport n dah cucuk vaksin pun. last time, masa balik, baru ku tahu rupaya kunjungan kali nih (2nd one) bukan untuk diri sendiri, rupa-rupanya diorg buatkan haji untuk arwah my moyang.owh, how sweet of them.tetibe malu sendiri. mana taknya pak ya, mmg dah haji, dulu masa nenek pegi, dia tolong jugak, nih dah nak buatkan untuk org lain.. padahal bukan la kaya sangat. me? huh! tak tau la bila.

2] perangai staf2 nih makin lama makin byk lemak. sebenarnya susah bila ada staf yg lebih berumur + dah lama kat sinih. kira nak tunjuk otai. masing2 ngan perangai sendiri. hari nih, bukan setakat jadik pegawai, CC pun aku, kerani pun aku. dari kerja report daily sampai la bank in cek, pegi bank, isi slip even cop received cek pun aku. mana tak nya kalau semuanya tak dek..tp takpe, still under control..takpe, mentang2 aku berlembut, diaorg ingat aku lembik la. takpe2 sampai masa gua meletop nnt..baru tau langit tinggi rendah

3] see..kekonon macam ada byk la nak report kat sinih. tp dah blank n blur. baru dua point. errr..sebenarnya inilah masalah terkini skang nih. selalu pulak blur2. maklumla makin tua. owh btw, tinggal -+9 hari lagi nak cukup umur nih. ohooo..tarikh untuk tahun nih chantek la. rasa nak frame..so, kalau ada sape2 berhati murni, bley la prepare present siap2.kalau susah nak bg by hand (in case jauh ;)) alamat ufis ada lam website okeehhh...pos kan aje..

oke lah. puasa hari nih mencabar petul. dengan keje tunggang langgang nye, ngan audit nye nih diorg2 nih tengah lunch nasik tapau. baunye..mak aihhhh..gugur iman yg secubit nih.

ps : gamba atas amek dari blog sorg nih. litium nama dia. suke baca sebab kelakar

pss: dah tgk citer 'p.s: i love u'?

Friday, May 23, 2008

ntah ape ape la ..

1] semalam aku mimpi. aku mimpi mak aku luahkan rasa kecewa nya kat aku atas certain isu. punca utama kekecewaan, mmm..adalah sebabnya. tak payah la aku reveal kat sini. yg pasti aku pun agak kecewa dgn diri sendiri. paling aku tak tahan bila mak aku nanges..sambil sebut benda tuh. aduh...luluh hati aku. sbb selama hari nih dia tak pernah sentuh isu nih.mmg la org kata mimpi nih bukan betul pun. tp kalau la mmg selama hari nih mak aku terpk benda nih..aduhhh..

2] sebenarnyakan sejak dua menjak nih dlm kepala n hati n diri aku ada la berlegar2 satu benda nih. jarang2 benda mcm nih jadik [mmm tp sebenarnya mcm tak pernah pun]. so, dah mcm2 la benda aku buat semata mata nak make sure benda nih jadik kenyataan..tp..nampak macam tak berhasil pun..haih..kira aku dah pasrah la nih. cuma tak declare aku surrender jek lagik.kesian kan aku ?

3] boleh ke kalau sekali sekala aku nak jadik org lain. jadik paris hilton ke, victoria beckham ke, jadi pak lah ke, jadik nurul izzah ke..sbb aku rasa diri aku nih asyik macam tuuuu jek. dari dulu tak berubah rubah

4] tp takpe untuk 4 hari yg akan dtg aku still nak jadik diri aku yg sekarang nih sbb mlm ni nak balik and bercuti2 di kampung halaman..ahaaaaaaa sebab tu la tgh gabra nih. buat nya aku balik kali nih perkara 1 jadik kenyataan...duhhhhhh.

Tuesday, May 20, 2008

salah la...



tadaaaaaa..........ini adalah gambo terbaru i bersama ba'atun. kuikuikui. last saturday ada kenduri kat kayu ara..sbb tuh i balik kampung. owh bukan kampung kepala batas tp kampung damansara..haih..another cousin (of course yg lebih muda dari i) kawen.takpe lah jodoh masing masing..

oho..last saturday baru i perasan yg ba'atun sebenarnya bukan la sopan sangat. mati mati i ingat dia sebelum nih mcm takut2 rupa rupanya hyper jugak budak nih.

bukan ape, last saturday i bawak dia jalan jalan kat taman klcc.wahwahawh..bila dia nampak jek taman yg mcm2 tuh, terus dia bertukar menjadik sgt hyper...cuak la nak mengepung budak sorg nih. masalahnya dia langsung tatau takut...

tp yg paling best ialah bila dia ckp..'mateh..ba'atun nak tidoq2 sat mcm dia tuh'..hahahah sbb ada mat saleh yg baring2 atas rumput sambil baca buku. i pun terpaksa la duk sebelah dia sambil dia baring2 tgk budak2 lain main air..duh....dah berapa tahun i duk kl, i tak penah pun buat camtuh..

haih..penat la jaga budak nih. patut la mak mak selalu nya kurus2.

Wednesday, May 14, 2008

mengarut

akhirnya ..
semalam ada jugak org yang bercakap2 mengarut dengan aku
semalam berjumpa dengan pitieydie pitieydie di jablatkhidneg itu..
muhahahha
aku suka lepak ngan makhluk2 ini
selain dari dpt byk citer2 panas n gosipssss kitorg jugak akan ckp byk benda mengarut..
tp kesian jugak kat korg kan..
yelah dari patutnya pitieydie unggul jadik tunggul..
kesian
tapi takpe...aku rasa biorlah org lain nak kata apa..korg buat jelah keje mana yg mampu..

eh..
(ehemmm..)
korg percaya tak kadang kadang kita ada kelebihan mendengar dengan baek
yelah, maksud aku semua org boleh dengar as long as tak pekak
tp...a good listener tu bukan semua org buleh tauuuuuu
aku pun tak kata la aku nih a good listener tp org suka cerita mcm2 kat aku
macam lutfi ckp '..aku rasa kan zan..ckp ngan kau nih menenangkan hati la...'
peh tu hanafi pun kata '..apesal eh kalau u kol kitorg mcm seronok jek dpt ckp ngan u..'
wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
i loike! (chop! lutfi tuh budak baru kat ufis nih, hanafi tuh dealer bank yg hari2 aku kena kol tuh)

hahahha
mungkin aku jenis suka mendengar dan melihat dan meng-observe. aku kan seorg yg visual..sbb tuh aku tak minat baca buku-takdek-gambo-tulisan-kecik-kecik.

bak kata ad semlm
'ha...walaupun cycle idup kita nih tak complete lagi (ye la blom kawen, beranak dll)tp kita dah tau mcm2 benda sebab org selalu dtg citer kat kita'

ye ad..ko mmg betul. terbaik! saya mesti pilih!

Tuesday, May 13, 2008

ko-ol kalau buleh buat org marah

semlm org keliling kat ufis nih marah pada aku
ala..bukan marah betul2, marah sebab geram terkena

kisahnya semlm aku puasa
dan semlam jugak ada akak sorg ni beli kain untuk tempah jadikkan baju raya
so, mcm ada mood hari raya..

semlm jugak aku agak lepak2
sbb report dah submit, aku meng-enjoy-ing waktu bebas aku

ptgnya aku survey2 lah akak2 ni menu2 yg best untuk berbuka
mmmm..mmg best la dengar senarai2 menu yg di suggestkan..maklumlah
org kalau tgh puasa dikala org keliling tak puasa, mmg la dugaan dia maha hebat

n, bila dah buh-san tahap dewa
aku menyanyi riang - ria ..

tup tup keluar lagu nih dari mulut aku
'selamat hari raya, hari untuk kita bersuka ria, selamat kami ucapkan, untuk kita hingga sampai tahun depan..tengtengteng'
rupa rupa nya, masa tuh suasana tgh hening, aku plak nyanyi dengan agak kuat
ada la makhluk allah yang mendengonya

ape laei...
jeling sakan la diorg kan
sbb diorang tgh tungkus lumus buat keje
aku plak ley suke suke nyanyi lagu raya
mmg la hangin

tp bukan salah aku
dah smlm aku mmg rasa cam dlm ramadhan

tp ko-ol kan kalau bley buat org marah
hahhaha

Monday, May 12, 2008

rasa rasa nya kan ..

rasa macam nak menulis
tp tak tau apa benda nak tulis

rasa mcm nak makan something
tp ape dia nak makan pun tatau

rasa mcm nak beli ape ape
tp, ape ape tu ape?

rasa mcm nak g jenjalan
tp, tak dek sapa nak ajak gua g jenjalan

rasa mcm nak gelak2 borak2
tp tak dek sapa pun nak layan

rasa mcm nak lepak2 makan eskrem
tp tak dek sparring partner yg best n maletop!

rasa mcm nak ckp ngarut2
tp ada org akan kata aku gila
(btw, henspon gua dah 15 tahun tak berbunyi, cuma bunyik alarm jek pagi2)

rasa mcm nak terjun dari tingkat tigablas(sbb tiga tu suwey..)
tp pahala aku lom cukup byk

rasa mcm nak belasah org kaw kaw punya
tp tak dek sapa yg sanggup jadi punching bag aku

rasa mcm nak jln2 tepi pantai
makan rojak buah, makan eskrem, kutip siput, tengok matahari, kacau budak men air, cuci mata..tp takdek pun pantai yg aku buleh capai ngan lrt

rasa mcm nak makan nasik kenduri
ada kenduri sabtu nih, tp mcm tak mau pegi

rasa mcm nak bunuh org ..
tp..mana bley, suke suki jek nak bunuh anak org

rasa mcm nak larik2
dah..smlm, pusing tasik..tp rasa cam tak puas

buh-san la sebenarnya
takdek org nak buat aku gelak gelak senyum sorang sorng

haih..
nyaris2 gile aku nih

Wednesday, May 07, 2008

It doesn’t matter how many new haircuts you get, or gyms you join, or how many glasses of chardonnay you drink with your girlfriends… you still go to bed every night going over every detail and wonder what you did wrong or how you could have misunderstood. and how in the hell for that brief moment you could think that you were that happy. And sometimes you can even convince yourself that he’ll see the light and show up at your door. And after all that, however long all that may be, you’ll go somewhere new. and you’ll meet people who make you feel worthwhile again. And little pieces of your soul will finally come back. And all that fuzzy stuff, those years of your life that you wasted, that will eventually begin to fade.
- Iris, The Holiday

Monday, May 05, 2008

saya amat down

bila baru rasa hati nak bahagia, tiba2 bahagia tu terbang *plup* ... hilang...
rasa macam nak meraung bagai org gila..

1] aku dpt balik borg appraisal aku hari nih. lepas bos nu 1 buat dia punya penilaian. n, ranking aku nu 3 dari 4. aku mmg tak target nu 1 sbb aku tau aku tak best sgt, tp bila aku tgk yg nu 2 tu .. aku mcm nak pegi serang bos aku tanya kenapa dia layak nu 2 ..aku mmg jarang yg teramat jarang nak pertikai kan ranking aku, but, aku mmg betul2 tak puas hati. sbb yg lagi dua officer nih dah la baru, selalu EL, MC, yg sorg tuh baru keje dua bulan, bersalin, pantang dua bulan, n baru sebulan masuk kerja balik..maknanya dia jek evaluate keje 2 bulan tu jek..yg sorg lagi masuk bulan dua belas, konfem pun belum, keje dia ..aku pun tak nampak apa keja dia..
aku mmg tak rasa aku bagus, tp bila mengenangkan yg lagi dua tuh...

2] board of member office nih berbalik pada asal, siasatan punya result dah kuar, dan yg paling atas yg cuba digulingkan dulu dah dapat balik tampuknya. makanya apa2 result management baru dibatalkan..as a result, SABTU keje balik!..mmg betul2 aku nak menanges. sakit hati..bukan apa, kalau dia tgk balik kebajikan staf kat sinih, mmg la tak terbela..plis la..respect org lain..sekurang kurangnya

3] aku rasa amat menyesal tak pegi walk-in intebiu bank rakyat wiken lepas. sbb aku ingat aku still boleh maintain keje kat sini. aku ingat nak gain experience lebih sket kat sini..yg paling aku kesal sbb ada org buleh arrangekan supaya aku buleh dpt, dan yg paling best kalau dapat, mmg dpt kat penang atau butterworth..tp nak buat mcm mana.aku dah melepaskan peluang yang terbuka luas seluas luasnya.mmg Dia nak aku sabar lagi kat sinih.

4] dan..bahagia di hati yang baru aku angan angan kan, bagai di bawa angin lalu. sudah letih aku berharap, sampai masa sabar akan hilang jua ..

..biar aku sendiri yg menjaga hati..