Friday, August 29, 2008

hari yang cerah untuk jiwa yang sepi

cik nixan sekarang amat sepi
sepi bagai dinihari

kenapa?

kerana ada org yang telah menghalang segalanya
tiada lagi ym, meebo hatta dari yahoo pages sekali pun
habis, bagaimana mungkin cinta mahu berkembang
layu di tengah tengah kah?

tidak
cik nixan tidak rela
andai ini ujian yang perlu di tempuh
rela akan segalanya

moga moga akan di tetapkan hati
hati kedua dua nya
dan hati mereka mereka

dan moga dipermudahkan segalanya
moga yang difikirkan layu ditengah tengah akan berkembang kembali
seperti yang diharapkan..

p.s : ape yg kau merepek nih labuuu??

Wednesday, August 20, 2008

200880-200808=28

penuh dengan 8, wait, more to come ..

28 tahun lepas, on 20.08.80 bersamaan dengan 8 Syawal, iaitu pada hari rabu.. members of one family jumping like joy sbb dapat orang baru.

orang baru ini amatlah kiut sehinggakan semua org menggila gila akannya. bersesuaian dengan sambutan aidil fitri yg masih meriah dan sambutan hari kemerdekaan malaysia ke-23 yang menghampiri, haruslah mereka melihat baby itu sebagai pembawa kebahagaian yang amat mendalam (ade ke ayat mcm nih?)kerana baby itu dilihat sebagai seorang yang akan membawa gembira(relate ngan raya) dan berjiwa patriotik mempertahankan negara (relate ngan merdeka)..

dan hari ini iaitu 20.08.2008 bersamaan dengan 18 sya'aban dan bersamaan juge pada hari rabu..baby-kiut-comel-pembawa-kebahagiaan-mendalam itu, menyambut ulangtahunnya yang ke 28 iaitu selepas 28 tahun dan juge hari rabu yang bersamaan (secara kebetulannya) kejadian di para satu tadi..

makanya..andai semua org berebut rebut merebut 080808 untuk mencipta sejarah idup.. baby-kiut-comel-pembawa-kebahagiaan-mendalam itu tidak perlu berusaha keras untuk merebut rebut tarikh cantek untuk dijadikan nostalgia dalam lipatan sejarah hidupnya. ini adalah kerana baby-kiut-comel-pembawa-kebahagiaan-mendalam itu yg secara semulajadinya memang sentiasa bertuah secara automatik mendapat tuah pada hari lahirnya yang ke 28 iaitu pada 20082008 iaitu selepas 28 tahun dia dilahirkan pada 200880.

dan dengan bangganya artikel ini di tulis pada pagi 20082008 dlm satu entry yang bertajuk 200880-200808=28

nak tgk tak baby-kiut-comel-pembawa-kebahagiaan-mendalam itu? jap eh....










p.s : baby itu juge mengalami metamorphosis seperti makhluk lain..

Monday, August 18, 2008

but u didn't

i got this from someone's blog. modified..

i looked at you and smiled the other day
i thought you'd see me but you didn't

i said 'i love you' and waited for what you would say
i thought you hear me but you didn't

i drew a picture just for you to see
i thought you'd see it but you didn't

i needed you just to talk my thought to share
i thought you'd want to but you didn't

i don't wish to be everything to everyone..but
i would like to be something to someone (..u)

Tuesday, August 12, 2008

berani?

mengaku dan meluahkan atas apa yg dirasa,
amat berani

menahan diri dari meluahkan atas apa yg dirasa,
pengecutkah?

kata hati ..

selagi mampu ditahan, tahan lah
tapi.. andai bila ditahan, semuanya akan berlalu pergi ..
bagaimana?
sanggupkah menahan kecewa dihati?

berani @ pengecutkah aku?

Monday, August 11, 2008



hai!

kepada yg bertanya (terima kasih), hidup masih macam biasa. cuma kadang kadang ada jugak terhantuknya. tp masih dlm kawalan. no-thing new mcm hari hari lepas jugak. trus, kenkadang rasa busan jugak hidup yg terlalu 'biasa' ni. err...tp tak pe, nnt kalau terlebih happening, terkejut pulak.

nway. beberapa updet

1] confirm sudah. my parents will be menunaikan fardhu haji end of this year. sedikit mencabar untuk hajat kali ini. beberapa kali blood test tak lepas. tp alhamdulillah..last week, semuanya ok..dah buat passport n dah cucuk vaksin pun. last time, masa balik, baru ku tahu rupaya kunjungan kali nih (2nd one) bukan untuk diri sendiri, rupa-rupanya diorg buatkan haji untuk arwah my moyang.owh, how sweet of them.tetibe malu sendiri. mana taknya pak ya, mmg dah haji, dulu masa nenek pegi, dia tolong jugak, nih dah nak buatkan untuk org lain.. padahal bukan la kaya sangat. me? huh! tak tau la bila.

2] perangai staf2 nih makin lama makin byk lemak. sebenarnya susah bila ada staf yg lebih berumur + dah lama kat sinih. kira nak tunjuk otai. masing2 ngan perangai sendiri. hari nih, bukan setakat jadik pegawai, CC pun aku, kerani pun aku. dari kerja report daily sampai la bank in cek, pegi bank, isi slip even cop received cek pun aku. mana tak nya kalau semuanya tak dek..tp takpe, still under control..takpe, mentang2 aku berlembut, diaorg ingat aku lembik la. takpe2 sampai masa gua meletop nnt..baru tau langit tinggi rendah

3] see..kekonon macam ada byk la nak report kat sinih. tp dah blank n blur. baru dua point. errr..sebenarnya inilah masalah terkini skang nih. selalu pulak blur2. maklumla makin tua. owh btw, tinggal -+9 hari lagi nak cukup umur nih. ohooo..tarikh untuk tahun nih chantek la. rasa nak frame..so, kalau ada sape2 berhati murni, bley la prepare present siap2.kalau susah nak bg by hand (in case jauh ;)) alamat ufis ada lam website okeehhh...pos kan aje..

oke lah. puasa hari nih mencabar petul. dengan keje tunggang langgang nye, ngan audit nye nih diorg2 nih tengah lunch nasik tapau. baunye..mak aihhhh..gugur iman yg secubit nih.

ps : gamba atas amek dari blog sorg nih. litium nama dia. suke baca sebab kelakar

pss: dah tgk citer 'p.s: i love u'?

Friday, May 23, 2008

ntah ape ape la ..

1] semalam aku mimpi. aku mimpi mak aku luahkan rasa kecewa nya kat aku atas certain isu. punca utama kekecewaan, mmm..adalah sebabnya. tak payah la aku reveal kat sini. yg pasti aku pun agak kecewa dgn diri sendiri. paling aku tak tahan bila mak aku nanges..sambil sebut benda tuh. aduh...luluh hati aku. sbb selama hari nih dia tak pernah sentuh isu nih.mmg la org kata mimpi nih bukan betul pun. tp kalau la mmg selama hari nih mak aku terpk benda nih..aduhhh..

2] sebenarnyakan sejak dua menjak nih dlm kepala n hati n diri aku ada la berlegar2 satu benda nih. jarang2 benda mcm nih jadik [mmm tp sebenarnya mcm tak pernah pun]. so, dah mcm2 la benda aku buat semata mata nak make sure benda nih jadik kenyataan..tp..nampak macam tak berhasil pun..haih..kira aku dah pasrah la nih. cuma tak declare aku surrender jek lagik.kesian kan aku ?

3] boleh ke kalau sekali sekala aku nak jadik org lain. jadik paris hilton ke, victoria beckham ke, jadi pak lah ke, jadik nurul izzah ke..sbb aku rasa diri aku nih asyik macam tuuuu jek. dari dulu tak berubah rubah

4] tp takpe untuk 4 hari yg akan dtg aku still nak jadik diri aku yg sekarang nih sbb mlm ni nak balik and bercuti2 di kampung halaman..ahaaaaaaa sebab tu la tgh gabra nih. buat nya aku balik kali nih perkara 1 jadik kenyataan...duhhhhhh.

Tuesday, May 20, 2008

salah la...



tadaaaaaa..........ini adalah gambo terbaru i bersama ba'atun. kuikuikui. last saturday ada kenduri kat kayu ara..sbb tuh i balik kampung. owh bukan kampung kepala batas tp kampung damansara..haih..another cousin (of course yg lebih muda dari i) kawen.takpe lah jodoh masing masing..

oho..last saturday baru i perasan yg ba'atun sebenarnya bukan la sopan sangat. mati mati i ingat dia sebelum nih mcm takut2 rupa rupanya hyper jugak budak nih.

bukan ape, last saturday i bawak dia jalan jalan kat taman klcc.wahwahawh..bila dia nampak jek taman yg mcm2 tuh, terus dia bertukar menjadik sgt hyper...cuak la nak mengepung budak sorg nih. masalahnya dia langsung tatau takut...

tp yg paling best ialah bila dia ckp..'mateh..ba'atun nak tidoq2 sat mcm dia tuh'..hahahah sbb ada mat saleh yg baring2 atas rumput sambil baca buku. i pun terpaksa la duk sebelah dia sambil dia baring2 tgk budak2 lain main air..duh....dah berapa tahun i duk kl, i tak penah pun buat camtuh..

haih..penat la jaga budak nih. patut la mak mak selalu nya kurus2.

Wednesday, May 14, 2008

mengarut

akhirnya ..
semalam ada jugak org yang bercakap2 mengarut dengan aku
semalam berjumpa dengan pitieydie pitieydie di jablatkhidneg itu..
muhahahha
aku suka lepak ngan makhluk2 ini
selain dari dpt byk citer2 panas n gosipssss kitorg jugak akan ckp byk benda mengarut..
tp kesian jugak kat korg kan..
yelah dari patutnya pitieydie unggul jadik tunggul..
kesian
tapi takpe...aku rasa biorlah org lain nak kata apa..korg buat jelah keje mana yg mampu..

eh..
(ehemmm..)
korg percaya tak kadang kadang kita ada kelebihan mendengar dengan baek
yelah, maksud aku semua org boleh dengar as long as tak pekak
tp...a good listener tu bukan semua org buleh tauuuuuu
aku pun tak kata la aku nih a good listener tp org suka cerita mcm2 kat aku
macam lutfi ckp '..aku rasa kan zan..ckp ngan kau nih menenangkan hati la...'
peh tu hanafi pun kata '..apesal eh kalau u kol kitorg mcm seronok jek dpt ckp ngan u..'
wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
i loike! (chop! lutfi tuh budak baru kat ufis nih, hanafi tuh dealer bank yg hari2 aku kena kol tuh)

hahahha
mungkin aku jenis suka mendengar dan melihat dan meng-observe. aku kan seorg yg visual..sbb tuh aku tak minat baca buku-takdek-gambo-tulisan-kecik-kecik.

bak kata ad semlm
'ha...walaupun cycle idup kita nih tak complete lagi (ye la blom kawen, beranak dll)tp kita dah tau mcm2 benda sebab org selalu dtg citer kat kita'

ye ad..ko mmg betul. terbaik! saya mesti pilih!

Tuesday, May 13, 2008

ko-ol kalau buleh buat org marah

semlm org keliling kat ufis nih marah pada aku
ala..bukan marah betul2, marah sebab geram terkena

kisahnya semlm aku puasa
dan semlam jugak ada akak sorg ni beli kain untuk tempah jadikkan baju raya
so, mcm ada mood hari raya..

semlm jugak aku agak lepak2
sbb report dah submit, aku meng-enjoy-ing waktu bebas aku

ptgnya aku survey2 lah akak2 ni menu2 yg best untuk berbuka
mmmm..mmg best la dengar senarai2 menu yg di suggestkan..maklumlah
org kalau tgh puasa dikala org keliling tak puasa, mmg la dugaan dia maha hebat

n, bila dah buh-san tahap dewa
aku menyanyi riang - ria ..

tup tup keluar lagu nih dari mulut aku
'selamat hari raya, hari untuk kita bersuka ria, selamat kami ucapkan, untuk kita hingga sampai tahun depan..tengtengteng'
rupa rupa nya, masa tuh suasana tgh hening, aku plak nyanyi dengan agak kuat
ada la makhluk allah yang mendengonya

ape laei...
jeling sakan la diorg kan
sbb diorang tgh tungkus lumus buat keje
aku plak ley suke suke nyanyi lagu raya
mmg la hangin

tp bukan salah aku
dah smlm aku mmg rasa cam dlm ramadhan

tp ko-ol kan kalau bley buat org marah
hahhaha

Monday, May 12, 2008

rasa rasa nya kan ..

rasa macam nak menulis
tp tak tau apa benda nak tulis

rasa mcm nak makan something
tp ape dia nak makan pun tatau

rasa mcm nak beli ape ape
tp, ape ape tu ape?

rasa mcm nak g jenjalan
tp, tak dek sapa nak ajak gua g jenjalan

rasa mcm nak gelak2 borak2
tp tak dek sapa pun nak layan

rasa mcm nak lepak2 makan eskrem
tp tak dek sparring partner yg best n maletop!

rasa mcm nak ckp ngarut2
tp ada org akan kata aku gila
(btw, henspon gua dah 15 tahun tak berbunyi, cuma bunyik alarm jek pagi2)

rasa mcm nak terjun dari tingkat tigablas(sbb tiga tu suwey..)
tp pahala aku lom cukup byk

rasa mcm nak belasah org kaw kaw punya
tp tak dek sapa yg sanggup jadi punching bag aku

rasa mcm nak jln2 tepi pantai
makan rojak buah, makan eskrem, kutip siput, tengok matahari, kacau budak men air, cuci mata..tp takdek pun pantai yg aku buleh capai ngan lrt

rasa mcm nak makan nasik kenduri
ada kenduri sabtu nih, tp mcm tak mau pegi

rasa mcm nak bunuh org ..
tp..mana bley, suke suki jek nak bunuh anak org

rasa mcm nak larik2
dah..smlm, pusing tasik..tp rasa cam tak puas

buh-san la sebenarnya
takdek org nak buat aku gelak gelak senyum sorang sorng

haih..
nyaris2 gile aku nih

Wednesday, May 07, 2008

It doesn’t matter how many new haircuts you get, or gyms you join, or how many glasses of chardonnay you drink with your girlfriends… you still go to bed every night going over every detail and wonder what you did wrong or how you could have misunderstood. and how in the hell for that brief moment you could think that you were that happy. And sometimes you can even convince yourself that he’ll see the light and show up at your door. And after all that, however long all that may be, you’ll go somewhere new. and you’ll meet people who make you feel worthwhile again. And little pieces of your soul will finally come back. And all that fuzzy stuff, those years of your life that you wasted, that will eventually begin to fade.
- Iris, The Holiday

Monday, May 05, 2008

saya amat down

bila baru rasa hati nak bahagia, tiba2 bahagia tu terbang *plup* ... hilang...
rasa macam nak meraung bagai org gila..

1] aku dpt balik borg appraisal aku hari nih. lepas bos nu 1 buat dia punya penilaian. n, ranking aku nu 3 dari 4. aku mmg tak target nu 1 sbb aku tau aku tak best sgt, tp bila aku tgk yg nu 2 tu .. aku mcm nak pegi serang bos aku tanya kenapa dia layak nu 2 ..aku mmg jarang yg teramat jarang nak pertikai kan ranking aku, but, aku mmg betul2 tak puas hati. sbb yg lagi dua officer nih dah la baru, selalu EL, MC, yg sorg tuh baru keje dua bulan, bersalin, pantang dua bulan, n baru sebulan masuk kerja balik..maknanya dia jek evaluate keje 2 bulan tu jek..yg sorg lagi masuk bulan dua belas, konfem pun belum, keje dia ..aku pun tak nampak apa keja dia..
aku mmg tak rasa aku bagus, tp bila mengenangkan yg lagi dua tuh...

2] board of member office nih berbalik pada asal, siasatan punya result dah kuar, dan yg paling atas yg cuba digulingkan dulu dah dapat balik tampuknya. makanya apa2 result management baru dibatalkan..as a result, SABTU keje balik!..mmg betul2 aku nak menanges. sakit hati..bukan apa, kalau dia tgk balik kebajikan staf kat sinih, mmg la tak terbela..plis la..respect org lain..sekurang kurangnya

3] aku rasa amat menyesal tak pegi walk-in intebiu bank rakyat wiken lepas. sbb aku ingat aku still boleh maintain keje kat sini. aku ingat nak gain experience lebih sket kat sini..yg paling aku kesal sbb ada org buleh arrangekan supaya aku buleh dpt, dan yg paling best kalau dapat, mmg dpt kat penang atau butterworth..tp nak buat mcm mana.aku dah melepaskan peluang yang terbuka luas seluas luasnya.mmg Dia nak aku sabar lagi kat sinih.

4] dan..bahagia di hati yang baru aku angan angan kan, bagai di bawa angin lalu. sudah letih aku berharap, sampai masa sabar akan hilang jua ..

..biar aku sendiri yg menjaga hati..

Wednesday, April 30, 2008

aku & dirimu

tiba saatnya kita saling bicara
tentang perasaan yang kian menyiksa
tentang mimpi yang menggebu
tentang cinta yang tak terungkap

sudah terlalu lama kita berdiam
tenggelam dalam gelisah yang tak teredam
memenuhi mimpi-mimpi malam kita

duhai cintaku, sayangku
lepaskanlah
perasaanmu, rindumu
s’luruh cintamu
dan kini hanya ada
aku dan dirimu
sesaat di keabadian

jika sang waktu bisa kita hentikan
dan s’gala mimpi-mimpi jadi knytaan
meleburkan semua batas
antara kau dan aku
kita

Monday, April 21, 2008

sayang sayang

baru balik dari bercuti. sungguh suka menghapdet benda dari kepala batas

1] setelah bertahun2, mlm sabtu ari tuh, tido ngan mak. dah lama sangat sangat tak tido ngan mak.

2] penatnya mengepung dan menjaga anak buah yg 6 orang itu. bukan apa, yg sorg tuh hyperaktif sket. kalau tak, tak la dia buleh daratkan bontot dia yg berpampers tuh atas piring kueh n telur rebus.

3] the twins dah besar, dah buleh meniarap dan angkat2 bontot sket. daniel sungguh hensem. senyum dia buat mateh cair..and ainaa yg bermata kuyu tuh, amat amat comel..

4] ba'atun dah makin tinggi. and dah jadik sikit pemalu. tp hobi bercerita sorg2 dia tak hilang hilang

5] chu yah, dapat matriks yg 2 kilometer je dari rumah. kolej matriks pongsu seribu, pulau pinang. jauh lagi sekolah lama dia dari rumah

6] cikman dah abeh matrik. tgh bermalas malasan tgu offer mana2. hajat di hati nak ke sabah. huh! pandai ke jaga diri budak tuh

7] baby paling kecik dah kena cukur rambut. baby nih nakal sket..kalau mateh yg kena jaga, sure kurus mateh..

8] mateh, dah start investment di merata rata tempat. siap simpan angan2 nak masuk board bank-yang-dah-start-expand tuh!

9] zufa tertinggal kekainan. cheh! tau aaa semangat nak balik mengajor ngan kete baru dia

haih..asal balik kampung je sure homesick. tak senonoh!

Wednesday, April 16, 2008

lallaalllaa

aku bermimpi riang terbang
pagi sampai senja
cinta dihati sudah kembang
untuk engkau saja ..
tidur atau jaga ..
rindu sentiasa..


hati sedang berbunga-bunga
esok cuti
balik penang
jumpa sayang sayang

lalalllalalla

Tuesday, April 15, 2008

hanizan

What Hanizan Means

You are truly an original person. You have amazing ideas, and the power to carry them out.
Success comes rather easily for you... especially in business and academia.
Some people find you to be selfish and a bit overbearing. You're a strong person.

You are usually the best at everything ... you strive for perfection.
You are confident, authoritative, and aggressive.
You have the classic "Type A" personality.

You are very intuitive and wise. You understand the world better than most people.
You also have a very active imagination. You often get carried away with your thoughts.
You are prone to a little paranoia and jealousy. You sometimes go overboard in interpreting signals.

You tend to be pretty tightly wound. It's easy to get you excited... which can be a good or bad thing.
You have a lot of enthusiasm, but it fades rather quickly. You don't stick with any one thing for very long.
You have the drive to accomplish a lot in a short amount of time. Your biggest problem is making sure you finish the projects you start.

You are incredibly wise and perceptive. You have a lot of life experience.
You are a natural peacemaker, and you are especially good at helping others get along.
But keeping the peace in your own life is not easy. You see things very differently, and it's hard to get you to budge.

Monday, April 14, 2008

hutang

baca paper hari nih?
dipercayai bahawa dana pinjaman JPA akan kontang dlm masa 2 tahun
apakah?
rupa-rupanya adalah masalah penghutang tegar..
yg tak reti2 nak bayau lepas bermewah2 masa belajar dulu

sssheeesssshhhhhh
tak paham betui
dah hutang tu bayar la wei
biar la org lain pun nak meminjam jugak
org lain pun ada anak jugak nak soh belajar pandai2, tinggi2

dulu masa aku keje kat jabatan kerajaan
ada sorg member tuh, harap je PTD, tp loan PTPTN takmo bayar
ape jadah kau penggubal dan pelaksana dasar kerajaan kalau kau pun tak buat.
ini pulak nak soh org laen buat
kata 'leadership by example'

bukan nak bangga diri la
tp cuma nak share
aku bayar ptptn monthly almost 400
masa keje sambilan gaji sebulan 900 lebey pun bayar tau
sbb aku rasa, itu mmg dah tanggungjawab
dulu masa susah susah belajar tak dek duit, dgn duit tu la aku survived
so, cuba bygkan kalau adik2 korg ke, anak2 korg ke, jadik camtu
hajat kat hati nak belajar tinggi, tp tak mampu, sbb loan dah tak dek,
tak leh la nak belajar..

yg aku marah sgt tu bukan ape
kalau mmg tak dek keje, tak mampu bayar tak pe lah
tp ini , keje beso, bwk kete beso, umah beso, bini pun beso
tp hutang belajar tak bayar
huh! penting diri sendiri
pehtu, bila let say JPA kena limitkan budak2 yg layak dpt loan or scholar
n kena pulak anak dia tak dpt, mula la kutuk sana sini
itu tak adil, itu tak kena
hmmmpppp
bodoh sombong la namanya tuh!

makanya langkah diorg nak sekat org2 yg tak bayar hutang tuh mmg aku sokong sesgt
nak nak kalau yg keje ngan kerajaan
hahahhaha! nasib la aku kutuk org gomen!
sapa makan cili, sendirik la nganga sebab pedas

Friday, April 11, 2008

selamat hari raya

senin lepas, aku ckp ngan budak umah, aku dah tak sabar nak raya. infact kat telinga aku (on that time) sedang terngiang ngiang lagu raya.

mcm biasa, mmg la budak2 tu pelik kan? ape ke hal nya dah menggedik nak raya. baru bulan apa?

tp beberapa minit kemudian, sedang kami bertiga (atas muka bumi ini...) menonton rancangan kegemaran, kuar la pulak iklan ringtone siti nurhaliza. back ground lagu iklan tu, lagu raya siti yg 'sesuci..lalal.., sesuci...'

hahhaha

that's it la man...bukan aku sorg je meroyan n kemaruk nak raya okehhh...siap iklan tivi pun dah tak sabar nak raya...dan malam tadi, sedang aku separuh sedar tgk american idol, kuar lagi sekali iklan tuh, dan serta merta membuatkan daku menjadi segar bugar kembali..ngehngehngeh

macam budak budak!

Thursday, April 10, 2008

ta.ya.pa.waw

saya rasa dan hampir hampir meyakini yang saya di tipu.
oleh orang yang tidak mahu mengaku.
tak mengapa.
saya relakan sahaja.
mungkin ini rezeki saya.
dan saya redhakan sahaja apa yang sudah terjadi.
lagi pun saya tiada bukti kukuh.
hanya perasaan dan perasan saya sahaja.
kot-kot lah, saya tersalah sangka.

saya amat amat memohon pada dia yang saya sangka menipu saya itu.
buka kan lah pintu hati anda.
berkata benarlah pada saya.
kerana saya masih waras untuk menerima segalanya seadanya.
ya, saya rela.

Wednesday, April 09, 2008

sakit

*hanya untuk perempuan, kalau bukan perempuan, jgn baca [mcm la aku tau korg baca ke tak kan?]*

ptg semalam sakit perut. err...bukan sakit perut sebab tak makan @ cirit birit, tp sakit perut period pain.sakitnya, mak aihhh..tak yah la cite.

sebenarnya dah lama tak kena period pain nih. dulu-dulu zaman sekolah selalu kena. kalau kena mmg rasa mcm nak menangis. mana tak nya, duduk tak sedap, baring tak sedap, berdiri pun tak selesa. seriesly, position yg best kalau period pain adalah menonggeng @ sujud. baru rasa lega sket. tp takkan nak bersujud dalam bilik darjah kan?

masa kat uni, sekali sekala je dia datang. tp still buleh tolerate lagi rasa sakitnya. aku tak sure sama ada rasa sakitnya dah kurg, atau aku dah imune dengan rasa sakit tuh..

n now, dia dtg balik. kalau tgk muka aku mmg akan pucat gila, perut rasa sengal, nak bernafas pun susah..pening pun lain mcam. so smlm,lagi banyak aku merapu dari jadik diri sebenar. nak tido pun susah smlm. sbb perut sengal, rasa loya nak muntah..tp aku abaikan..n pejam kan jugak mata..hahahha, last2 tido jugak.

bila aku period pain, mmg aku jarang telan ubat. masa sekolah, kalau dah tak tahan sgt, aku belasah telan coke satu tin.muhahahhaha. mmg lega la lepas tu. tp sebenarnya tak elok kalau waktu2 macam tuh telan benda2 byk gula, ape lagi air bikarbonat, mmg carik nahas la..

last year, zufa ajar telan pharmathon..mmg ok. tp lepas telan, aku akan tido senyenyak2nya. haih..kalau kat ofis, bahaya tuh.kang tak pasal2 bos aku kata aku malas..makanya, skang nih, kalau sakit aku tahan kan aje la..telan air kosong berbaldi baldi..huh! naek kembong perut aku nih.

pagi tadi still sakit lagi. ada akak sini ckp gaya aku mcm org lam pantang. siot jek. dia tak tau ke aku tgh tahan sakit, mcm2 diorg describe aku. tp one of my fren ckp ada ubat baekkk punya. kawen, n beranak, sure tak dek lagi masalah period pain. cheh! terima kasih je la..buat masa ni, ubat tuh, tak bley di applikasikan lagi. sekian terima kasih!