Monday, December 31, 2007

aktiviti patut bila cuti


kiut kan budak 3 beradik nih?


haih..budak budak nih


wanita melayu terakhir..ahaks!


lihatlah..mateh mmg sorg yg penyayang


kak na + kak tun


mereka lagik


kak tun + danial

Thursday, December 27, 2007

pelik tapi benar (eh?)

perkara perkara di bawah adalah yg pelik tetapi benar. dan ada jugak yg memang tak pelik tapi mmg benar. kesimpulannya mmg benar2 belakee

1] for the first time ever i addicted to japanese drama. tapi bukan yg melo-drama (ade ke istilah nih?) atau drama chenta chenta. tetapi adalah drama pasal budak sekolah. almaklumlah, dvd provider adalah chegu sekolah. tp yg lebih nyata aku suka sbb ada shun oguri yg macho, ko-ol, hensem, kelakar owh, mmg jejaka idaman aku. dlm masa beberapa hari ari tuh, 2 dvd dah aku abiskan which is memakan masa lebih dari 10jam untuk satu dvd. hanazakari no kimitachi e dan satu lagi ape tah. see, i am able menyebut japanese dengan lancar sekali. gambate!!!!!

2] untuk tahun 2007, aku tidak berjaya menunaikan sembahyang sunat raya waima untuk satu rakaat pun. dehh.. takpe 2008, panjang umur ada la rezeki aku

3] eidul-adha kali ini adalah sessi hanizan berjumpa+menziarah+dan beramah mesra dengan keluarga biras2 dan ipar duai nya. wahhhh hebat bunyiknya. tak la, dah aku diusung oleh mak bapak aku ke umah besan besannya.(di ulangi besan besan) so, menjadilah ayu hanizan untuk seketika, dengan senyuman indah mesra.. hahahhah

4] ye, untuk sesi cuti kali ini jua, hanizan terpaksa menjadik tukang masak terjun di sebabkan mem besar yang sebok melayan tetamu dan jugak tuan rumah sendirik (bapak aku la...dia kan sebok sokmo)

5] dan..mulai saat ini atau selewat lewatnya esok atau minggu depan, job hunting akan bermula semula. dun ask me why (sebab ada certain benda, alasan atau sebab bukan perkara utama)

6] sekarang ini..waktu 630 keluar rumah kelihatan seperti agak sunyi dan ini sedikit sebanyak membuatkan daku merasa amat cuak. just imagine ketika train di taman jaya pun keadaan luar masih gelap, apetah lagi di datuk keramat. oleh itu, kawan kawan, silalah mendoakan keselamatan saya, selamat pergi dan selamat sampai. thank you!

7] 'kalau padi, katakan padi, tidak hamba tertampi tampi, kalau sudi katakan sudi, tidak hamba ternanti nanti'. yes, i'm serious when i'm saying that!

Monday, December 17, 2007

ada macam macam benda yang nak di cakap

jarang jarang aku buleh cakap banyak benda dalam satu masa. eh, ye ke?

1] ari sabtu pagi(sebenarnya dari khamis lagi) perut rasa tak best, sengal2, ngilu n cucuk2..tak senang duduk jadik nya. tp still g keje (huh! gile pekerja cemerlang)

2] ptg nya attended party CIMB. walau pun tekak dah loya2, perut mmg dah teruk giler rasa, kepala dah pening, aku pegi jugak sbb tau bos aku mmg takkan pegi, so sapa nak represent ofis? lagi pulak dah janji ngan zaid nak bwk dia. tak makan ape2 pun, minum coke jek. rugi tul, food mmg sedap (kata zaid). tp yg bestnya, aku menang lucky draw. hahahah. dpt ipod shuffle. wuhuuuuu...mmg dah nak jadik rezekikan? n phua chu kang rockkkkkk!

3] maghribnya badan dah panas gile, muka dah bengkak bengkil. ika ingat aku kena belasah ptg nya. series! aku sendiri terkejut tgk muka aku. pengsan gua mlm tu okehhhhh

4] mlm tadi ada org analisiskan my birth date. hahahah. mcm kena jek semuanya. aku seorg yg suka lead, suka pendam perasaan, sensitif and romantik..hahahhahah. untung tau sapa dapat aku. wakakakaka

5] hardy mirza menang asian idol!!!!! tak pueh hati aku. npe dia leh menang. ye, dia menang sebab org sms dia la kannnnnn. tp kenapa la dia. kalau jac kalah ngan mike takpe jugak, skali ngan dia..haih..

6] walau pun hari nih isnin, tp mcm agak bersemangat nak dtg keje ari nih sbb minggu ni keje dua hari jek. esok last day keje. guess what? kerabat kerabat ku including bapak ku yg terchenta dah tak nyabor2 tgu aku balik..siap call tanya lagi..(tidakkah pelik bila mak bapak @ adik beradik hanizan zakaria meng'contact' nya? apetah lagi bila tanya bila nak balik?) haih.. ingat jugak diorg kat aku..

7] ptg semalam ada live miss earth 2007 ..bila mc tanya soklan 'mcm mana nak describe alam semulajadi pada budak buta..' miss india jawap .. '..i will express with emotion. laut yg biru dengan kedamaian, sunset yg merah dengan bahang kasih sayang, dan kehijauan bumi dengan ketenangan..' wuhuuuuuuuuu. ROMANTIK!

8] i think i'm lonely because i'm not getting the attention from the ONE person i needed and wanted most.

okeh.. dah kul 8. nak pura2 berlakon bekerja untuk dua hari..then nak bercuti untuk seminggu. happi working people..n salam aidil adha ..

Friday, December 14, 2007

pagi pagi membebel

i thought :

1] once account unit aku balanced, approved n submit to unit sebelah, kepala otak aku buleh lega. sekali kena import ogos punya account ke sistem satu lagi. then, tak balanced pulak dah. seharian pulak otak aku bekerja untuk balanced kan on that day jugak jugak.

2] once the delegation of work among staff settled, work flow jadik ok..rupa rupanya tak. kena ubah balik. banyak pulak keje untuk one of the staff, sedangkan ada yg sorg tuh asyik hilang jek.

3] dlm aku dok jaga hati org, ada jugak org yg tetibe masam muka kat aku, tak mo cakap ngan aku. adehhh..dia tak tau ke aku nih tak pandai memujuk. tp ape salah aku? ce cube try test tengok bgtau kat aku ape salahnya aku ni..

tapi tak pe :

1] cuti aku dah approved. akan bercuti panjang. nak kemana? tak dek ke mana mana. duk umah jek, eh of course la umah kepala batas.

2] tiket balik penang dah dpt semalam. 19hb kul 8 pagi. amek kau! seawal buleh aku nak blah dari sini.

3] bior le org tak suke aku, janji aku suke org..hahahhah

okelah.ari nih dah jumaat, lagi beberapa hari nak cuti. so, selamat hari raya haji. kalau makan daging korban, ingat kat aku ;)

Wednesday, December 05, 2007

buat aku tersenyum

at last, ada jugak benda yg buleh buat aku tersenyum

1] delegation of work among staff aku yg dah berkurg itu dah pun selesai. nasib baik akak yg menanggung kerja nih agak cekap dan sentiasa ada inisiatif. lega hati ku

2] semalam genap 6 bulan aku kerja sinih. walau pun sebelum nih mcm2 aku dengar, tup tup tgh weng weng semlm org HR dtg n hantar my confirmation letter. alhamdulillah.. n guess what? this is my first time in my life dpt surat confirm. tak tau nak buat ape.. frame? scan letak lam blog? (hahahhaha) ye le..sebelum nih kan kontrak la, sambilan la apa la

3] ada org yg suka buat lawak dan pandai buat aku gelak2 di kala aku ckp aku tgh stress walau pun dia tak bley belikan aku ais krim... thank you ;)

hikhikhik. makin sayang diri sendiri :*

Tuesday, December 04, 2007

oh lelaki

aku rasa, sedikit demi sedikit aku telah mendevelop rasa trauma @ fobia @ (dan yang sewaktu dgnnya) terhadap kaum lelaki. no, it doesn't mean that i hate them, but i'm just afraid in term of 'kepercayaan'. yes, that is it. dalam mahu memberi kepercayaan kepada lelaki, itu yang ditrauma kan.

why i said so?

ini adalah kerana lately ini aku sentiasa di hidangkan dan disampaikan dengan kisah2 ke'durjana'an lelaki. dan yg membuatkan aku hilang semua gambaran kebaikkan terhadap lelaki adalah apabila kisah kisah (i repeat kisah kisah > meaning bukan satu tapi lebih dari satu) tersebut adalah berkaitan dengan lelaki yg sebelum ini portray dan aku pun nampak sendirik baik, sopan, budi bahasa, hormat org tua etc etc..which i always 'assumed' yg lelaki mcm inilah yg boleh diharapkan dan betapa beruntung nya wanita wanita yg berjaya memiliki lelaki sebegini.but then, all those kindness or good things hilang dan disentap macam tu je bila lelaki lelaki ini dah menzalimi (mental or even fizikal) wanita. mayb kemarahan aku tak sangat kalau lelaki tuh hanyalah kawan @ bf but, mereka adalah suami. suami yang dah berjanji dalam akad, suami yg sepatutnya memimpin, menjadi petunjuk, membimbing, dan semua yg bagus dalam hidup seorg isteri. tp sebenarnya hopeless!

sebelum ni aku cuma tgk dlm tv or even baca kat mana mana artikel pasal benda2 macam ni. sekurg2nya kalau mcm tuh aku hanya dgr dari sebelah pihak (yg menulis) mayb org yg menulis itu pun ada salah dan silapnya. tp bila org yg kena tuh kawan baik aku sendiri yg aku kenal lebih lama dari lakinya kenal dia, dan aku sendiri tahu kawan aku tuh mmg tak ada silapnya, aku jadi betul2 sedih dan marah.

ada org nasihatkan aku supaya jgn terbawa-bawa perasaan mcm nih, it is because ramai lagi lelaki yg baik dan buleh dipercayai out there. yes, almost all taken, but, they are still there, mungkin belum jumpa atau mungkin aku yg terlepas pandang.but, it doesn't help me much. the feeling growing even fast. which i know this is not good.

so, now tell me, where are those?

but, soalan nih lebih penting

'what kind of man should i TRUST?'


p/s: to ayin, jgn risau, aku dah baca dan cuba memahami ayat 36, yaa-sin. dan aku sentiasa menyakini ayat Allah. thanks for the advice

Monday, December 03, 2007

swing (desyuummm!!!)

since friday, mood aku swing. sbb? ntah...aku pun tak le nak define sbb musabab ke'swing'an mood aku. yang aku tahu hari jumaat aku tension sbb kena push macam2 kat ofis. account tak balanced balanced. sampai ptg pun still hangging..

then, hari sabtu ada 'tetamu'. apa yg diceritakan dek tetamu itu, mmg buat aku jadik tak tentu. kenapa sampai mcm tuh jadik nya dia. end up, aku yg nanges gila2. sedangkan org itu datang nak tenang, tp sbb aku yg lemah nih, tak mampu nak tenangkan dia. to u my dear, doa byk2, doa org yg teraniaya insya -allah termakbul. mungkin ada lagi yg buleh di usahakan.

so hari nih, nekad jugak aku nak settle kan semua benda yg tergantung2 nih. pagi2 lagi interkom bertalu2 bunyik tanya status account. duh.."aku tgh usaha la nihhhh!'

n hari nih, kak zu (staff aku yg paling berpengalaman) officially transfer ke unit lain. duh..dikala awal bulan, time ni jugak la dia transfer. nasib baik unit tuh sebelah ni jek..tak la susah sgt aku.

aaaaaa bila nak cuti? makan ais krim? aaaaaaaaa. tolong la ..(dah gila gamaknya aku)

Wednesday, November 28, 2007

kadang kadang bila terkenang, akan tersenyum sorg sorg
so unpredictable
thank you from the bottom of my heart

hanizanzakaria :x

Friday, November 23, 2007

ckp ikut point je lah

1] semlam (sepanjang hari dan malam) hanya makan seketul bun di awal pagi dan secawan nestum di awal mlm. kalau hari2 makan gini, sure leh kurus kan..bila dah kurus, mesti tambah chantek ..ngehngehngeh

2] muka naek jerawat la. mmg la tak banyak. setakat nih ada dua je (byk la tuh) satu atas bibir, satu bawah bibir..'berseri seri' muka. rasanyakan mesti sebab lately nih mulut kuang ajaq sangat kut..sbb tuh naek jerawat

3] baru je last week berazam nak belajar tido malam lambat2. kul 1130 ke, kul 1100 ke, sekali mlm tadi kul 830 dah tido. haih.. ape hal la aku nih

4] pagi tadi ada sorg achik indon nih dia pakai baju yg ala-ala kelawar tuh. warna kuning diraja ada calit2 warna hitam. tudung dia dari corak yang sama. tetibe bila aku ternampak jek dia dari jauh..aku dah gelak2 (dlm hati je la) sebab aku ingat tadi ada maskot biskut tiger..hahah serius tak tipu..mcm harimau jadiknya achik tuh..(iskh iskh iskh pepagi jumaat gelakkan org)

5] then, dlm train, aku berdiri depan sorg akak nih. dia pakai tudung mcm biasa tp dia letak cekak rambut besi kaler itam tuh atas tudung dia..kekonon mcm pakai tiara la..duh..aku nak gelak jugak. tapi kang dia ketuk aku ngan handbag dia..naya. tp peh tu aku terpikir..sebab byk pulak kepelikan dlm berfesyen yg aku nampak lately nih. adakah aku yg buta fesyen @ aku tak cukup vogue? owh..tidak..kira aku lameee la sgt kannnn

6] remember pakcik yg aku cite photojournalist tuh? dia mmg dikenali sebagai kedekut. tp semlm pagi, dia kasik aku pau, tghari kasikan karipap n cucur udang. n nih..pagi2 nih...baru kejap tadi..dia letak atas meja aku ketupat, lemang n rendang daging...adehhhhhhhhhh. apa makna semua ini..aku mmg pk mcm2 la kan..tp kak zu pesan, rezeki jgn di tolak tapi sebelum makan, bismillah, doa makan, selawat, ayat kursi, jgn lupe...hahahhahahah. ramainyela pakcik2 kat sini nak ngorat aku..(hah! perasan)

7] rasa mcm nak balik kampung la..ingat kat mak hari2. seronoknya kalau duduk penang

Thursday, November 22, 2007

yg terAMAT busan

dunno why, yg aku tahu minggu nih amatlah menyesakkan dada bila langsung tak ada mood nak bekerja. pagi tadi, amat tertekan bila once i woke up, i realized yg hari nih baru khames..ingat dah jumaat!!!!

kenapakah berperasaan begitu ?

entah la kan. mayb sebab aku tak dek selera makan la skang nih.(eh, ape lak hubung kaitnya?). owh, mayb because lama-lama i get annoyed ngan sesetgh org kat sini. no, bukan sebab keje (ada gak sket sebenarnya) tp benda2 lain yg sampai nak kacau my privacy..like i mentioned before, diorg tgh sebok2 carikn jodoh untuk aku. ye, aku tau, diorg nak menolong, thank you so much but, plis..ples.. n plis.. semua benda ada limit kan? jgn la sampai apa yg aku browse nak intai gak..kekonon kot2 kuar la gambo kengkawan lelaki aku.. or..sebok nak baca dlm ym aku..privacy plisssss..

n plis...jgn guna alasan aku blom kawen, n blom ada anak sebagai satu punca kenapa aku tak bley apply cuti..hello..i hav my own time. then, sukahati la kan cuti nak buat ape pon, nak balik jumpa mak ke, nak berfuye2 ke, nak guling2 jek depan tv ke..biar la aku nak buat ape pun..

n mayb jugak aku tension sbb ada staf aku sorg nih asyik mc, el, hilang. ari tuh kata migrain, then kata demam, then mak sakit, last wik cirit birit, awal minggu ni sakit gg, hari nih nak g cabut gg..mcm2..i'm totally fed-up la. nak marah2 sgt pun, semuanya tua2 dari aku. i should hav some respect i guess, but, i'm too afraid kalau2 saba aku nih hilang, n terus aku buakkan segala2nya.. takut ada yg tak konfem karang.

hhmmmppppp....i totally depressssed..i need a break!

Wednesday, November 21, 2007

owh, scary !!

tadi borak2 ngan pakcik(he is the oldest staff dlm dept. nih n part time photojournalist untuk org kawen)

dia cerita mcm2

1] pengantin lelaki tak muncul2 sampai ke petang. kerbau dah sembelih, make up pengantin pompuan dah cair..last2 duit kenduri dah abis ribu2 tp kawennya tak.

2] ada pulak pengantin tgh bersanding tetibe bini pengantin lelaki datang naek teksi bwk anak dua org..nanges2 tgk suaminya tgh bersanding (gila jahat itu lelaki)

3] ada pulak bersanding tapi pengantin pompuan perut dah besar, walhal mlm sebelumnya baru akad nikah..kesian..

4]ada pulak pengantin lelaki akad nikah dah 20 kalilebih tp tak lepas...bila dah panggil dukun, dukun ckp bini nya dah bomoh kan. terkejut family pompuan sebab sblm nih dia kata dia bujang.. (gila gila jahat mamat nih)

dan..mlm tadi wani cerita ada kawan dia putus tunang sebab budak lelaki tu kata, tunang dia tak cukup cantik untuk dia (bangang la!)

nota:

owh, aku sungguh takut mendengar semua2 ini. dah la malam tadi tgk cite jelatang yg penuh ngan lelaki bangang..

duh..apa benar dunia sekarang sudah tiada lelaki yg bagus? yg tak menipu, yg berterus terang, yg baik. ye takperlulah sebaik nabi..tp cukuplah baik seperti mana aku baik kat dia..

ADE TAKKKKKK?

Tuesday, November 20, 2007

cerita balik kampung

penah balik kampung?

tetibe hari ni nak cite pasal journey balik kampung.

kampung aku ada dua, umah opah kat kg teluk buloh, hutan melintang, perak umah nenek pulak kat seksyen 17 damansara, petaling jaya. sedangkan dari hari pertama aku beranak sampai beso, mak bapak aku (aku la jugak) duk kat kepala batas, pulau pinang.

so, just imagine setiap kali hari raya. mmg kena balik beraya la kan. tp, kalau zaman sekarang, ok la sbb ada highway, paling cikai pun, 5 jam dah bley sampai damansara. tp dolu2 mane ada highway...duh..amat tension sekali terperuk dlm kereta disebabkan jem la, accident la.. penah skali tuh, bertolak awal tp still sampai dah tgh malam. sb jem dan asyik ada accident jek..

apa yg aku nak cite kat sini ialah kesabaran mak bapak aku dlm melayan kitorg lam kereta. hahah. sume ada habit sendirik. kalau abg aku yg no dua, dia suka mengira..abis sume benda dia nak kira..kata mak aku, penah skali tuh dia kusyuk kira tiang lampu.kahkahkah..cube tuan2 kire berapa byk tiang lampu dari penang sampai teluk intan? abg aku yg sulung pulak suka kena2 kan org..nampak lembu je ..siap la sapa la yg nak dikenakan..kalau adik2 aku tak dek benda lain..bergaduh jek. sbb, rebut2 space lam kete..poyo la..

aku? aku ada habit gak..senang sangat jadik hijau. meaning, kalau jem lama sgt..kalau dah lama sgt lam kete..sure..for sure..aku akan muntah..mmg jenis lembik la aku kecik2 dulu..

tp lama2 dah pandai sket la.so, bila masuk uni, dpt pulak kat melaka..mmg aku sentiasa berdebar bila naik bas..jgn la lapan jam tuh aku muntah..jauh ooo dari melaka nak ke penang.sakit tongkeng..lenguh badan..

tp..skang dah tak heran, travel ke mana mana pun, insya allah tak dek masalah..sbb dah tau petua, kalau nak travel..jgn makan byk..telan air kosong jek.hahahhah

Monday, November 19, 2007

mayb sebab aku kepoh kot

dalam department kewangan nih, ada sorg abg nih mmg pendiam. dia dah keje sini lama, tp kawan tak la ramai sgt. ada org describe dia sebagai berat mulut, pilih kawan, sombong mcm2 lagi laa ..dlm department nih pun sekali sekala jek dia bukak mulut..yg lain dia konsentret keje jek..hmmpppp

sekali, sejak dua menjak nih, dia suka tegur2 aku, buat2 lawak ngan aku, pagi2 kalau dia nak brekfes..siap ajak aku lagi..(hahhahah, jgn jeles)makanya..jadikla akak2 sini mcm pelik..npe le dia buleh ramah mesra ngan aku...kahkahkah..suka pk bukan2 makcik2 nih

sebenarnya (nih firasat aku la kan..) dia ni ok sebenarnya tp dia jenis yg susah nak mula. kena selalu usik2, ajak2 dia borak. lagi pulak tiap2 bulan aku nye report kena submit kat dia untuk whole account punya report..so aku selalu la ngelat2 ngan dia..secara tak langsung selalu le aku borak2 mngusik2. kena pulak aku kat sini ringan jek mulut. sume org aku nak kacau. ye le,, aku kan anak dara sorg kat sini, malu2 kang org kata aku sombong, jadik le aku budakkecik kepoh..

ade ke patut akak sorg nih kata dia nak tackle aku..uishhh simpang malaikat..laki org okkkkkk, anak dah nak masuk empat..tak dek maknenya aku ngorat laki org..byk lagi bujang atas muka bumi nih..

so, to akak2 sekalian, rajin2 le borak ngan abg itu..dia ok sebenarnya..lagi satu kot ye pon nak sgt saya kawen, tak payah la usik saya ngan laki org..tak dek maknanya.

p/s: selepas entry ini di tulis, tetibe ada dua tiga org akak dtg kat saya tanya macam2..ntah, nak kenen kan aku ngan sape tah..haih...risau sgt idorg bila aku tak kawen2..

Friday, November 16, 2007

budak SDAR yang dah berubah

masa balik kepala batas hari tuh, pak non ada kat umah. maklum le, dia ngan wife nya nak g nengok ba'atun punya konsert (hari anugerah taskanya) makanya mak aku le yg kena babysit yang kembar tuh. tetibe, out of the blue, pak non pesan, kalau buleh, sebelum tido baca surah al-mulk. banyak hikmah dia (ada la dia cite kisah2nye tak payah la aku cite in detail). ape yg betul2 memeranjatkan aku ialah..waaaaaa pak non dah berubah...sungguh kagum.

nak tau nape?

aaa.. pak non anak no dua, tp dia la abg sulung aku. masa kecik2 sekolah rendah dia mmg budak bijak, kalau pekse no satu aje (in fact, sume adik beradik aku gitu, aku je tak). then, sbb dia bijak, dia dapat masuk sekolah datuk abdul razak (SDAR), seremban..aku ingat lagi, dulu2 mlm2 g stesyen kete api kat bagan anto pak non a.k.a bang chak untuk balik somban..kira dulu, dia baik lagi la, kalau ada apa apa pun bapak aku mintak pakcik aku wakilkan..(pakcik aku duk ngan arwah atuk nenek aku kat kg, damansara seksyen 17)sebab dia lagi dekat.

tapi, bila dah masuk tingkatan 3,4 n 5..pak non ni nakal sngat2. penah sekali kena tangkap sebb fly g bandar, then, hilang dari asrama, rupa2nya dia g piknik kat port dickson (hari sekolah). penah nyaris2 nak kena gantung sekolah sbb dah banyak kali kena warning tak gunting rambut..duh....dahsyat..last2 spm kantoi. dlm ratus2 budak SDAR batch dia, ada le dua tiga org dapat pangkat dua spm, salah sorg nya dia la..

last2, bapak aku soh dia amek stpm kat sekolah depan umah jek. senang bapak aku nak monitor..nasib baik dia dah sedar, score jugak la dia lam stpm, dpt masuk UKM. rupa2nya kat ukm pun ade gak citenye, kena saman la apa la..haih..pak non pak non..

tp..time changed same goes to pak non, bila dah keje, dia dah matured sket kot..sikit2 berubah. kena pulak first job dia kat prai jek, so dia stay ngan my parents..sket2 mak nasihat2 kan dia, soh dia g masjid la, solat duha la..bagusnya pak non ni..bila dah besar dia jadik mendengar kata sket ..tp ada satu benda yg aku konfiden sampai skang dia tokleh buang..rokok..aku rasa since dia SDAR lagi dia dan merokok.tp dia tak penah merokok depan kitorg, depan mak bapak, depan wife dia, ape lagi depan anak2 dia. kalau dia nak merokok, dia kuar umah g jauh2..mak aku ckp, dia malu ngan diri dia kot, tp nak buang rokok tuh, tak mampu..

n sekarang..mmg dia dah berubah..nakal tuh still ada, tp ok la kan..tak dek la dia terbawak2 perangai masa SDAR dia dulu..nasib baik!

Thursday, November 15, 2007

sendiri dan sunyi

jam dah 0749, sejak dari 0719 i swipe in, still sampai sekarang tinggal sorg2 dalam department nih. even kat floor ni pun ada la dua tiga org..mana semua orggggg??? public holiday kah?

owh, tak jugak, since sampai sini last monday, sampai la malam tadi kat umah pon macam tinggal sorang2. rumet ku pun dah tidak daku berborak, hosmet lain sibuk sangat gamaknya. kalau yg ada pun, duk diam2 dlm bilik. smlm layan nanny mcphee sorg2..movie abis, met pun balik, but, on that time, dah nak tido..

lebih menyedihkan, balik kepala batas hari tuh pun, sekejap je umah tu bising2, then, kena g sungai petani, bila balik tingal mak bapak ngan chu yah. tp chu yah spm, dia sebok ngan buku nya, aku tido, dia berjaga, aku berjaga dia tido..

mana pegi semua org yg selalu membuat aku ketawa suka????? owh, sungguh sedih menjadik lonely..

am i a loser?

deeeemmmmmmm!!!

Tuesday, November 13, 2007

nothing much to say

let by gone be by gone
apa sahaja yg dah lepas, biarkan lah
kalau ada rezeki, ada lah kan ..
mmg lah berharap (pada mula nya)

tapi ...

hanya tuhan yang tahu

signed off,

hanizanzakaria :x

Tuesday, November 06, 2007

this coming thursday(this deepavali to be exact) i'll be off to my hometown for certain reasons

reason one
i will attend an assessment kat sungei petani. my preparation toward this? a big no-no. sume attempt aku failed ok...so just wish me the best of luck and pray the best for me, sapa doa aku janji sayang dia lebey.. ok?

reason two
rasa macam nak relaks kan diri. though tak dek la benda teruk jadik kat aku lately nih, but, i'm feel like exhausted. kenapakah? entah, dah busan dengan rutin hidup dan sume masalah duniawi kot. heharap dengan tertgk nya rumah aku kat kepala batas tuh, lega la kot hati aku sket nnt. tp sempat ke? benda alah tuh dah la dari jumaat sampai ahad..hahahha amek EL la selasa nnt.. ngehngehngeh

reasons three
owh, sebenarnya ada dua reson jek. saja ezejeret!

Monday, November 05, 2007

biar ku bawa diri ku jauh jauh, supaya mereka tahu, betapa ikhlasnya hati aku

beberapa benda yg perlu di beritahu dan hendak diberitahu

cerita satu

semalam menonton movie kat HBO. pasal sorg black lady yg terlalu rigid dan cerewet dlm soal pilih lelaki. dia nak black guy yg ada education, keje bagus, kemas, bersih, berdisiplin..semua2 la. but, last2 dia end up ngan white man yg keje biasa2 jek..the point is, macam biasa, mamat omputih tu soooo sweeet.. :)

cerita dua

semalam masa jog kat titiwangsa 2.7km tuh (matila..aku still tak dpt lari bwh 14 minit, camne la nasib aku wiken nih) tetiba ada karnival wanita kat titiwangsa. and health test. and seperti yg dijangka i hav an excessive(betul ke eja nih?) of FAT. dem la! tp in other part, my blood pressure a little bit low 96/69. compared to my met 110/85 (met aku selalu sakit). adakah ini bermakna aku lebih tidak sihat dari met aku? so, as a result, aku kena buang sume lemak tuh. tp kalau aku diet betul2 nnt, blood pressure makin turun..abih camno? a-ha! ape kata aku g buat liposuction..seswai tak? hikhikhik

cerita tiga (this is the serious one, MAJOR serious!)

i did a mistake last week. ada betulnya apa yg kawan aku ckp '..kenapa ko nak interfere org lain yg still tak dek kata putus..u make thing become even worst!..'
yes, mmg aku mengaku aku mengacau kisah org lain. tp aku tak sengaja. dan aku tak dek niat apa2 pun. so, to this some one who is soo close to me, i am so sorry. ribuan maaf. aku tak dek niat nak sakit kan hati kau..aku janji aku tak kan kacau dan aku pun tak kan dtg dekat lagi dengan benda macam nih.

biar ku bawa diri ku jauh, macam dulu ..

Friday, November 02, 2007

makan, makan, dan makan

semalam open house bank rakyat kat shangri-la

hari nih open house department

esok ada open house kat gombak

lusa..

selasa open house bsn pulak

banyak nye makan..jumaat nih ada assessment, kalau tak fit, susah la.

tp nak buat macamna, kalau tak makan orang dah jemput

duh..macam mana niiii?

Wednesday, October 31, 2007

cerewet

ye, aku mmg cerewet
tp still ada toleransi
aku cerewet dlm beberapa benda je

environment, makanan, orang orang dan beberapa lagi la

but, kalau aku penat..mcm sume benda aku akan cerewetkan
contoh macam malam tadi
aku balik tak la lewat sgt tp lambat dari biasa dan sebab sebok sket smlm, so aku jadi penat+lapar..sbb tak lunch, makan kul 11 mee kari sket je

pas maghrib, aku ngan wani g makan kan satu restoran mamak nih
kitorg g kedai ni sbb servis dia cepat (tak sanggup nak tgu lama sbb lapar)

aku order bubur nasik ayam (seperti di tulis dalam menu)

sekali bila order aku sampai..

bubur nasik, dia tabur daun bawang, daun sup (yg bau kumbang tuh), bawang goreng, serai hiris, and ikan bilis goreng then dia curah sup..

aku pun gaul gaul mencari mana ayamnya..(i am chicken lover..aku sakit hati kalau food tu nama belakang ayam tapi satu ayam pun aku tak nampak)..then, aku panggil la ane tuh, aku ckp ngan dia mayb dia salah hantar order kat aku, sbb aku mintak bubur ayam bukan bubur ikan bilis..sekali ane tu ckp dengan bongkaknya '..ada la, makan dulu, dlm2 ada..'

dlm dua tiga sudu aku suap, konfem, tak dek ayam...sakitnye hati dah la lapar .

then, bila bayar '..hempat inggit setengah, 3.50 bubur, 1 ringgit limau suam..'

dem! teruk la..buli aku. benci betul..nak je aku tanya dia atau gertak2 kata nak report kpdnhep..tapi sian kat wani, nnt dia malu lak (sbb org ramai kan..)

takpe takpe..aku tak mau dah pegi kedai dia..benci!