Saturday, July 28, 2007

used to - chris daughtry

You used to talk to me like
I was the only one around.
You used to lean on me like
The only other choice was falling down.
You used to walk with me like
We had nowhere we needed to go,
Nice and slow, to no place in particular.

We used to have this figured out;
We used to breathe without a doubt.
When nights were clear,
you were the first star that I'd see.
We used to have this under control.
We never thought.
We used to know.
At least there's you,
and at least there's me.
Can we get this back?
Can we get this back to how it used to be?

I used to reach for you when
I got lost along the way.
I used to listen.
You always had just the right thing to say.
I used to follow you.
Never really cared where we would go,
Fast or slow, to anywhere at all.

I look around me,
And I want you to be there
'Cause I miss the things that we shared.
Look around you.
It's empty, and you're sad
'Cause you miss the love that we had.

You used to talk to me like
I was the only one around,
The only one around.

At least there's you, and at least there's me.
Can we get this back?
Can we get this back to how it used to be? Yeah.
To how it used to be.
To how it used to be, yeah.
To how it used to be.
To how it used to be.

Friday, July 27, 2007

ada beza tak?

ada beza tak antara

* ular menggigit
* ular mematuk

owh, ular menggigit ke?

Monday, July 23, 2007

should i or shouldn't i?

Ujian : Ujian Kelayakan Memasuki Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (M41)
Date : 4 Ogos 2007
Tempat: Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang

* dengan pelbagai pengalaman dulu-dulu, should or shouldn't i take this exam?

* nasihat dan pandangan highly appreciated. thank you

Wednesday, July 18, 2007

'..wife saya selamat melahirkan anak lelaki dan perempuan.'
sender : zainur rijal a.k.a pak non
time : 2135
date : 17-jul-07

yeaaaaaaaaaaaaaaaaa...dpt anak buah lagi dan lagi.

untuk kembar :
'assalamualaikum, selamat datang ke muka bumi allah. moga jadi kuat, bijak dan semua semua la. owh, selamat datang jugak ke family atuk+opah n tuk+wan ;)'

....................................................................................

akhirnya mayat 6 anggota tudm dijumpai jugak
buat pertama kalinya rasa sedih dan amat simpati untuk tragedi yang menimpa
bukan apa, sejak2 makin paham ngan job scope armed forces, aku tau besarnya tanggung jawab diorg. dan, kesanggupan mereka bersedia untuk mengambil risiko untuk nyawa hilang, itu yang paling aku bangga. mungkin org lain akan pandang rendah dgn keupayaan anggota tentera kat malaysia, but percayalah, bukan senang. aku ckp sebab aku penah lalui 10 hari sebagai tentera, n aku mmg tak sanggup untuk jadik tentera... al-fatihah untuk arwah, takziah untuk keluarga ..

i found this dari blog seseorg,

+ Accept the things to which fate binds you, and love the people with whom fate brings you together, but do so with all your heart +.
Marcus Aurelius

Monday, July 16, 2007

'...kasut gombak?'

mmmmmmm...i hav to admit

sblom ni mcm perasan cuma suka 'menziarah' kedai kasut n cuba2 jek. rupa2nya aku mmg suka beli kasut. sampai sekrg, kasut g ofis ada lima. bukan ape, suke tukau2. tetambah bila keje kat daerah sini, kena seswaikan kaki dengan sesi perjalanan yg agak jauh..so, kasut memainkan peranan utama.

makanya untuk mendapatkan bilangan kasut yg lebih byk, aku kena la beli kasut yg harga nya lebih termampu. takkan la untuk 5 pasang kasut, gua kena beli tiap2 pasang tuh hundred something kannnnnn, kayap la. bukannya byk duit pon.kalau pun nak yg mahal jugak, kena la beli waktu sale. tp kadang2 bila dah tak tahan, beli jugak la yg biasa dan murah

but, masalahnya ialah.. mungkin cara aku berjalan membuatkan kasut cepat rosak kot. mana tak nya ari tuh ada sepasang sandal, baru pakai seminggu dah putus. then, pagi tadi batu besar kat sandal yg satu lagi ni pulak tertanggal dan terpelanting masa gua turun tangga kat stesyen lrt..duh baru beli 2 bulan sudah n baru pakai dua tiga kali.. kacau betul la..

persoalannya adakah gua kena beli kasut yg mahal2 jek. ini adalah kerana kasut2 yg agak beharga, mak aaaiiii walau ke mana jua ku redah baik hujan, banjir, panas, paso tani, paso mlm.. masih lagi utuh , kukuh, gagah, kuat dan hensem bila dipakai..

bukan gua tak nak pakai kasut gombak tapi...

Tuesday, July 10, 2007

nak tahu takkkkk???????

selama hari ni ada beberapa benda yang tak penah di sedari oleh diri ku ini.

tak tau beza kiri dan kanan
cth: last time punya trip bersama kawan2, baru discover yg diriku ini amatlah lemah untuk membezakan kiri @ kanan while giving directions, ulang suara masa bagi directions.. kalau benda lain mmg buleh la.. mana tak nya, bila patut masuk kiri, gua ckp kanan, bila masuk kanan, gua cakap masuk kiri.. duhhhhhhhh ape la nak jadik nihhhh
last2, kena la tunjuk guna tangan, makanya kalau gua kat seat belakang, tak ke azab rasanya bila nak tunjuk kat driver.. hikhikhik

tak penah sedar yg kita rupanya sentiasa ingat org tuh
cth: kadang2 bila kita dah jauh ngan org tuh, bila dia tak dek, kita rileks jek. but, by the time kita jumpa dia(lepas dah lamaaaaaaa tak jumpa) sure rasa macam best nya dapat jumpa dia nihhhh, n mmg sedih la bila dia dah nak blah ke ape ke kan... betul jugak apa ayat novel ckp, '...kita tak tau yg kita rindu somebody until kita dah jumpa that person..' (pening sket ayat nih tapi lebih kurg la maksudnya)

updet dari kepala batas

1] kembar will arrive this august sama macam kak long ba'atun n mateh yg cute. hikhikhik
2] setelah lamaaaaaaaaaa diam, pakya mengutarakan kembali soklan nih '...kalau kolej panggil, nak balik keje sini tak?' n i simply answered .'balik la...'
3] kat umah tgh byk buah, puas makan buah
4] masih homesick laaaaaaaa

Tuesday, July 03, 2007

miaatun

sejak bekerja di daerah sini .. apa yg buat saya suka ialah :

1] kecuali ahad, hari2 saya dengar azan subuh dari masjid depan umah
2] kecuali ahad, hari2 saya dengar imam baca macam2 surah masa jemaah subuh
3] kecuali ahad, hari2 saya dengar jemaah mengaji selepas jemaah subuh
4] tiap2 hari ahad, kecuali hari lain, saya berpeluang dgr kuliah subuh dari masjid depan rumah
5] tiap2 hari kecuali hari ahad, saya masih buleh mengharung suasana dingin waktu subuh tanpa terlalu byk asap kereta
6] tiap2 hari kecuali ahad, saya dengan amannya berjalan ke lrt, selain sebagai satu senaman, mcm2 saya boleh tgk, kebanyakkannya mengajar saya bersyukur menjadi saya
7] tiap2 ahad, saya akan berlari2 di tasik titiwangsa, selain mengeluarkan peluh, saya menikmati keindahan alam ;)
8] sejak kerja di daerah sini, saya tahu apa itu rindu
9] org2 di daerah sini, kebanyakkan mukanya 'bersih2' belaka
10]bila bergaul, bercampur dan di'jaga' oleh org yg majoritinya berumur, fikiran, tindakan, perkataan, pemakanan dan segala macam benda saya juga turut berubah..tak percaya? kan dah guna 'SAYA' ..

.. saya sayang diri saya sekarang.. dan akan terus sayang!

Wednesday, June 27, 2007

99th

this is my 99th post

inilah post yg paling paling paling betul
tak dek tipu walau sikit pun
terus dari hati

perhaps this is the last entry i will mentioned about this .
dah berpatah harap, berputus asa

kata org, kalau nak dapat, kena dekat,
tp macam mana nak dekat kalau org tak nak merapat

dan kebiasaannya pun kalau dah 3 kali bagi salam,
org tak jawab, anggap org tak dek
atau org mmg tak nak layan

oleh sebab itu, cukup lah usaha sampai sini
jgn risau, hidup anda takkan di ganggu lagi.

titik

Saturday, June 23, 2007

kun

sebenarnya post aku ni dulu mmg ada sorg officer. but, last march, she passed away sbb breast cancer. dia meninggal dlm pantang anak bongsu. dia dpt tau setahun lepas.

and, hari nih, ada sorg lagi staff kat sini meninggal hari nih sbb breast cancer jugak. arwah kak normah nih, pun dpt tahun setahun lepas tak lama lepas arwah norliza(officer yg aku ganti nih) dpt tau dia ada that cancer.

kata staff aku, masa sehari lepas arwah norliza meninggal, arwah kak normah ni dtg ckp '..sy ni pun tak lama lagi lah..'. tp masa tuh dia sihat lagi, baru 100+ hari lepas arwah norliza, kak normah pulak pegi. betul la apa yg dia kata. mesti dia dah dpt rasakan yg masa dia pun dah tak lama dah..

mcmana eh bila kita dapat rasa yg kita dah nak mati? dulu aku penah baca artikel tanda2 kematian...tp tak tau la kita sedar ke tak bila kita rasa tuh..

moga2 kita mati dlm iman.

Thursday, June 21, 2007

mengenangmu

“Mengenangmu” - Kerispatih

Takkan pernah habis air mataku
Bila ku ingat tentang dirimu
Mungkin hanya kau yang tahu
Mengapa sampai saat ini ku masih sendiri

Adakah disana kau rindu padaku
Meski kita kini ada di dunia berbeda
Bila masih mungkin waktu berputar
Kan kutunggu dirimu …

Biarlah ku simpan sampai nanti aku kan ada di sana
Tenanglah dirimu dalam kedamaian
Ingatlah cintaku kau tak terlihat lagi
Namun cintamu abadi …

Monday, June 18, 2007

last saturday, aku mimpi yg some one telah berjaya pregnant, kembar tiga 2 lelaki sorg perempuan. but, i can't even remember siapakah org nya. but, masa tgh kemas2 umah my fren dtg umah, she used to be my hosmet during zaman mude2 and she announced yg dia pregnant! (for the third time) then baru i realized yg adakah mimpi semlm ada kaitan ngan minah yg seorg ini. but, benarkah? kembar tiga.. i tell u dia tak mo.. but, my met ckp betul la 3 , dua lelaki sorg pompuan.. maybe this coming baby will be a baby girl since dia dah beranak 2 superhero.. she q happy then. ye la, sanggup ke makcik keremping nih nak jage 3 sekaligus plus 2 yg dah sedia ada.. hahahhahah makin keremping la kau kannnn..so, fret not, just pray for the very best for you dear..

this week will be my third week here. untuk itu antara yg dah berjaya di buat ialah daily money market. benda nih dah buleh digest sket2.. i hav to maintain a good repo with all the bankers. and kena fokus lebey especially during tranmitting instructions..dah tokleh main2. everything kena clear betul2.. kalau tak silap lagi macam hari tuh which accidentally ter'transfer' salah akaun, and it involved such a couple million ringgit then. pucat makcik masa tuh. then last week kena siapkan bank recon, td baru jek my BIG boss call (thru the intercom) untuk discuss bout next actionsssss should be taken by me before the year end (june). tak dek ye istilah mengadap di sini. MENGADAP adalah WASTING TIME! so diorg sume by phone call jek... uish selamat la jugak kan.. sebab tak nampak expression muka.. hahhahah

last saturday jugak, adalah hari bekerja di sini.. sedih jugak la kan bila u hav to catch the 636 saturday morning lrt and berebut ngan mat n minah indon. kalau hari lain ada jugak la mak cik2 gomen WP1 and budak sekolah.. bila balik ingat nak jugak kuar. tp dah penat.

xtivity yg dah lama tak di buat(jogging n aerobic), nampaknya dah mula nak di hidupkan balik. semata2 nak motivate kan diri, aku dah tak pakai my old and buruk pink sport shoe, instead of that, i terpaksa pakai my kasut travel yg ringan, so lebih senang untuk berlari..nampaknya antara first thing yg akan aku beli once aku dapat gaji nex month adalah sport shoe yg ringan. i admire FILA for jog. aku nampak ari tuh kat FILA Megamall pinang, dah la tgh 70% less hari tuh, menyesal tak angkut. takpe nnt balik buat gigi buleh la aku angkut sepasang..kehkehkeh...

mmmmm.. bila aku fikir2 balik, dgn daily routine aku yg start as early as 530 n aku tido jam 1030, dan dgn saturday bekerja... i think i should plan something for my self supaya aku tak gila dan tak mati kekerasan akibat routine yg sama dan kebosanan. kena jugak berfuye2 ok! lagi aku takut bila org2 kat sini mudah bebeno dpt darah tinggi sbb pressure keje yg melampau. dem! aku muda lagi, kawen pun belum.. takmo la ada benda2 gitu jadik kat aku..takut siot!

Friday, June 15, 2007

jalan waktu pagi

ini adalah cerita masa my journey dr rumah ke lrt station pagi td..dlm kul 630 pagi.

1] masa kat simpang nak kuar umah(nak melintas) aku nampak ada makcik cleaner tgh sapu sampah. makcik ni mmg aku nampak pagi2 la. umur dia dlm 40 an. dia mmg rajin dan cekap. cuma pagi ni ada sorg budak tgh tolong dia.. masa dia sapu, budak tu tarikkan plastik hitam sampah tuh, tolong kutip kan sampah2 besar macam plastik ke kertas ke. n budak pompuan tuh, pakai uniform sekolah. aku rasa dia anak makcik tuh. sekolah keramat depan umah aku tuh. kiranya dia tolong mak dia la. kecik lagi aku rasa lam darjah 3 macam tu kot.. rajin kan budak tuh? sanggup tolong mak dia walau pun dah dgn uniform sekolah. tak semua org nak buat benda mcam dia buat tuh..semata2 nak carik rezeki kan kan?

2] lepas tuh.. depan aku ada sorg pakcik baru balik jemaah dari masjid. bersih sgt aku tgk muka dia. dia jln lambat sgt..instead of potong dia, aku ikut jek dia dari belakang. kuatnya dia, jln terbongkok2 pun masih buleh kuar subuh2 untuk jemaah kat masjid. pagi jumaat pulak tuh..besarkan pahala dia??? aku yg sihat terlompat2 ni pun tak penah kuat mcm dia. yg buat aku ingat sgt dia sebab dia pakai minyak athar seribu bunga..hahahha sama la dengan my bapak yg akan pakai seribu bunga tuh tiap kali nak ke masjid.. iskh, teringat pulak kat my bapak...

3] masa sampai lrt.. org tak berapa ramai. so, aku berdiri la kat fav spot aku..untuk pintu yg 2nd...tempat lain kosong lagi..tetibe ade la sorg makcik indon ni leh menyempit2 depan aku..alahai....seluas2 paltform tu nape la yg kat aku jugak ko nak nyempit..sebab tak nak marah2 aku pun beralah la kan... bila train dtg berebut2 la makcik tuh macam train tuh tak nak bagi org naik.. dlm train.. yg lapang tuh..dia sungguh2 nak menyelit kat cermin depan walhal kat situh mmg dah ada sorg akak tuh berdiri.. eh eh makcik ni mmg makcik menyempit la aku rasa.. duh...

ape yg aku nak ckp ialah.. ketiga2 benda ni semua nya berkait dgn sifat kita kan? ada yg baik dan ada yg buruk.. it is up to us samada nak terus2 dengan sikap buruk kita dan buat org keliling tak senang atau kita berusaha untuk jadi kan satu sifat baik tuh sebagai satu tabiat.. betul?

Thursday, June 14, 2007

kenapa?

kenapa bila depan aku org lain, tp still ada senyuman dia?
kenapa bila aku tgh fikir pasal org lain, tp aku still akan relatekan dengan dia?
kenapa bila aku nak buat apa apa aku still ingat dia?
kenapa bila aku ada masalah aku akan cari dia?

kenapa dan kenapa?

situasi dan keadaan yg duluuu dah berjaya aku buang, dtg balik sekarang ..

bak kata dina .. 'ku malu tapi ku mahu cinta mu'

Friday, June 08, 2007

updet utk 5 hari yg pertama

those are my observation for 5 days :

ofis
1. ofis ni tak dek cafeteria, tak dek water cooler, tak dek pantry. so mkn tghari kat bangunan tabung haji luar ..so, hari2 aku bawak air botol dari umah
2. ofis ni jadual dia pelik sket. start keje 8 pagi sampai 425 ptg. kul 9-10 adalah waktu brekfes. tp stgh jam je sorg, kalau start kul 9, kul 930 kena buat keje balik

my department
1. finance dept kat sini besar. but my unit, ddk sebahagian ngan akaun unit..tingkat 5 sebelah ngan HR
2. dlm bilik nih, banking+akaun, aku jek pompuan yg blom kawen, ada lagi 2 lelaki yg belum kawen..
3. termasuk my manager, sume sekali 16 org kot. but half of them adalah org atau berkahwen ngan org melakeeeeeeeeeee.
4.hebat jugak org kat sini, setiap org ada pc dan PRINTER sendirik. tak mcm ofis lama yg kena share

masyarakat sekeliling
1. my bos, sempoy...dtg keje merempit n suka pakai sport shoe jek..
2. my staf ada 4 org, 3 pompuan n sorg lelaki. yg lelaki nih, sampai skang aku tak penah jumpa. ada masalah la mamat nih..adoi!
3. diorg punya disiplin tip top. kalau pukul 2 abis rehat, pukul 2 la dah start keje.pastu mmg buat keje la..sambil borak sket2. aku nak ym pun serba salah
4. budaya berinternet sambil bekerja...tak PERNAH berlaku
5. sampai ke hari nih, aku tak pernah dengar diorg nih mengeluh pasal keje. skrip 'ala....baru isnin' @ 'yea! esok dah jumaat' @ 'malas nyeeeeee nak buat keje' tak pernah aku dengar kuar dari mulut diorg

keje aku
1. as i mentioned before, keje kat sini mmg akaun la, buat bank recon, ada involved ngan money market, interest sana sini...
2. sampai hari nih, baru berjaya buat money market jek. tu pun part call2 bank. report nya dah penah buat sekali, tp belum cekap lagi
3.selain tuh kena jugak deal ngan perihal cheque batal, cheque kuar, cheque terima dll

mmmm .. setakat ni itu je la. pada aku, setakat lima hari nih, aku suka la keje sinih. sbb, environment nya bagus, orgnya baik2, tak sombong ngan rajin mengajar ..

ape lagi ehhh

owh, ye tak ye

untuk my bapak hj zakaria bin mat amin and chu yah nur amirah zakaria (6.6) n bapaknya ba'atun zainur rijal zakaria (2.6) slamat hari jadi..moga murah rezeki..dan kaya raya..hikhik ..

Friday, June 01, 2007

ape eh?

tanya sorg kawan mlm tadi ..

'ape rasanya eh kalau nak tinggalkan j***?'
kawan gua nih buleh jwb.. 'entah, rasa la sendiri..' (poyo laaa)
tp betul jugak la kan.. mane tau, kena la rasa sendiri

dah 3 tahun 5 bulan kat sini, mmg la ada mcm2 cerita
dari awal program belum mula sampai ke keadaan huru hara, masalah sana sini, sampai la sekarang bila keadaan dah buleh dikontrol sikit.. aku experienced segala-galanya. just imagine bila u mula2 keje, tak tau ape2, tak dek experienced apa2, alih2 u kena buat byk benda yg belum set up dalam masa yg amat limited. dpt pulak bos yg suka ngelat.. i bet kalau u tak nangis berdepan dengan sume nih, may be u bukan org kot. itu belum kira lagi yg kena marah, kena hentam dari setiap penjuru.. sampai satu masa, bos sendiri pun tikam u balik dlm miting, dah la dia yg create masalah tetibe dia pulak tambah kuah.. sakitnya hati tuhan saja yg tahu..
dekat sini jugak aku tau manusia tu ape. ada yg dengki, tamak, khianat tp ada jugak yg baik hati, ikhlas dll. macam2 aku belajar kat sini. belajar ape tuh sabar, yakin dlm buat keputusan dan berani. kalau niat kita betul, insya allah takdek ape yg akan salah.kan?
so, untuk semua yg dah banyak menolong dan membantu terima kasih byk2.. ilmu yg diberi akan digunakan sebaik mungkin sampai akhir hayat nnt. pada yg dah buat macam2 kat gua sampai gua sakit hati, nangis2, terima kasih jugakk.kalau korg tak buat macam tuh, gua tak tau pun benda tu salah n org akan sakit hati kalau gua buat benda tuh..takpe, gua tak dendam ponnnn..gua kan baik hatiii *wink*
untuk yg masih di sini, terutama yang masih dlm status sambilan.. jangan risau, kita doa sama2. moga kita akan dpt nnt. takpe, rezeki kan ada di mana2, kalau gaji riban2 tapi tak berkat, tak ok jugak kan????? buat keje elok2, kita bukan kerja je, tp kita berkhidmat untuk membantu org lain ..kerja tu kan ibadah, bukan untuk carik duit jek ..
ape ape pun.. hidup mesti terus.. kena berani, kan? kan?
senyum sket ;)

Thursday, May 31, 2007

duh...azab betul bila almost 3 hari tokleh online
sempena minggu baru minggu depan dan bulan baru minggu depan
saya pun akan menjadi org baru, di tempat baru, dengan org baru, dengan keje baru, dan dengan tag baru..start keje baru minggu depan...
macam mula2 masuk j*** masa awal tahun hari tuh, sama jugakla apa yg di dlm hati untuk tempat baru ini
'..moga segalanya diberkati dan diredhai, harap akan jadi makin kuat, berani, yakin dan dipelihara dari segala yang buruk. doakan yg terbaik untuk diri sendiri dan segalanya..
owh, btw

muhammad haziq amsyar zaimi (31 mei) dan muhammad haris afham zaimi(16 mei) selamat ulangtahun.hadiah mateh kasik, main elok2 eh..besar elok2 tau, ikut cakap mama n abah.jgn lupakan mateh, nnt kalau2 mateh sorg2 dah tua nnt, jgn lupe jenguk2 eh..


Monday, May 28, 2007

ngokngek la weyyyyyy

..kan aku cuti khamis n jumaat hari tuh??
tp disebabkan pc nih ade network untuk printer..so, kena la on pc nih
n sbb account aku ada pswd, so makhluk allah nih, bukak guest punya account
but adalah amat c***** bila aku tgk list internet explorer aku td ada add website porno..
mangkuk ayun sungguh!
sape yg kuang hajar sangat bukak porno site kat pc aku nih???
mmg aku tak redha dunia akhirat
tak kire la walau pun pc nih hak kerajaan..
yg aku tau pc ni register bawah nama aku
so..kalau jadik hapehape aku la nnt yg akan hina dina tau takkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk?

owh..aku amat marah!

Wednesday, May 23, 2007

macam macam

baru pas jaga kaunter.. penat jg kaunter ni, penat tunggu cukup masa
tgu bas lagi penat, mcm pagi tadi, dari kul 7 sampai 755, bas tak sampai..pagi2 dah buat org hot

owh, in unrelated issue ...

tak tau la nak cerita mcm mana ..
lebih kurg mcm 'bukan diriku'
sedih bukannnnnnnnn????

esok n sabtu, tolong doakan yg terbaik untuk saye ye!

sampai jumpa lagi

hug n kisses

Tuesday, May 22, 2007

erm..erm..erm....

i hav a mixed feeling today. ini adalah kerana:
  1. my department dapat bos baru. lady bos.. mcm2 info dpt. smlm first time jumpa, blum buleh baca dia lagi..
  2. regardless dapat baju baru, event semlm ntahhapehape. hotel n*** tak best pon. mkn nye tak sedap... sedap lagi yg aku masak.kehkehkeh
  3. mata gua amat la ngantuk because of event smlm yg abis lambat, tp disebabkan pak lah baru kasi up gaji, gua kena la berpura2 hardworking untuk impress org yg tak keje gomen..hahahahahh
  4. jumaat ni pagi2 lagi akan off to my hometown, jumpa dentist. tak sabar nak dpt band baru. kaler ape lak bulan nih..yehah!
  5. but then, sabtu, ada exam nak kena amek. MTest, wish me luck ekkkkkk
  6. owh, ada akak PA baru masuk bilik ni utk promot barang zhulian? anybody interested???????
  7. walaupun mila menang mlm hari tuh, aku lagi suka kalau dafi yg kiut atau shawal yg sore besar tu ada masa final. hikhikhik
  8. balik nih kena basuh baju yg amat banyak.. owh i'm sooooooooooo la tertekan
  9. sebenarnya yg buat aku tak betul hari ni adalah kerana, bapak aku tepon pagi tadi..dan bertanyakan soklan2 standard yg aku kelu tokleh nak jawapp..owh bapak!!!!!!!!
  10. adakah dikala ini aku memerlukan coklat @ aiskrim @ kek..
  11. result matriks abg head kuar hari nih...dpt ape la budak sorg tuhhhh. mana la pulak dia tercampak pas nih
  12. tak sabar nak BALIKKKKKKKKKKKKKKKKkk

babai

Monday, May 21, 2007

akan menjadi penyambut tetamu ini malam
nnt kalau ada gambar yg best, buleh share ekkk

ok hepi working guys..

oh btw, pink belacan telah diambil org.. itu la lambat sgt!