Friday, March 30, 2007

updet 2

yetzack: mak ngan bpk je ke dtg?
Hanizan Zakaria: ye
Hanizan Zakaria: chu yah malas nak ikut
yetzack: dorg tido mn?
Hanizan Zakaria: atas tilam kot
Hanizan Zakaria: kahkahkah
Hanizan Zakaria: tdo umah ucu la kot
Hanizan Zakaria: tak pon tdo umah pakcik
Hanizan Zakaria: ntoh le
Hanizan Zakaria: npe?
Hanizan Zakaria: ko nak ikut ke?
yetzack: hahahaha...what the joke
yetzack: x,bg chak nk kasi surat keje i...
yetzack: so,i nak tau la kt mn bley gi amek
Hanizan Zakaria: oooo
Hanizan Zakaria: ape kate ko g umah pakcik mlm sabtu tuh
Hanizan Zakaria: kalau diorg naik bas, pakcik amek diorg kat pudu kot
Hanizan Zakaria: pastu tido kat umah pakcik
Hanizan Zakaria: esoknya baru nak pegi bangi
Hanizan Zakaria: kalau tak silap la
yetzack: mu gi bangi jugak ke?
Hanizan Zakaria: ntah
Hanizan Zakaria: idak kot
Hanizan Zakaria: tak reti nak g sana?
Hanizan Zakaria: mu?
yetzack: hahaha..gua rock beb...
yetzack: kenduri2 kawn ni mn lyn
yetzack: muahahahaha
Hanizan Zakaria: rock kepala hotak mu
Hanizan Zakaria: g la wey
Hanizan Zakaria: leh layan karoke umah org kawen
Hanizan Zakaria: '..masa tu la i rasa i ade bakat dlm nyanyian. sbb tu i try af nih..'
Hanizan Zakaria: hahahhahhahahah
yetzack: huh,karoke sgt la...
yetzack: nanti exam org jwb soalan
yetzack: i tulis lirik lagu
Hanizan Zakaria: uish
Hanizan Zakaria: ok la tu
Hanizan Zakaria: ade seni dlm menjawab soklan
Hanizan Zakaria: musti lec terhatu + tangkap jewang sama lu beb
yetzack: haa...btol tu...
yetzack: tapi kalo dh die tanye pasal mesin2 nk jiwang gapo dio?
Hanizan Zakaria: ala.. jwp la.. 'mesin cinta itu.. aduh aduh.. ' dangdut..
Hanizan Zakaria: weh
Hanizan Zakaria: dapat tak sms gua smlm?
yetzack: ngokngek...
yetzack: dpt je..
Hanizan Zakaria: jcard day kat jj wangsa maju 5hb
Hanizan Zakaria: g la borong kasut
yetzack: org mn ade card
Hanizan Zakaria: pinjam la sape2 punya
Hanizan Zakaria: lecture punya ke
Hanizan Zakaria: pak guard ke
yetzack: ish...ade ke plak..
Hanizan Zakaria: dah tu
yetzack: kot jmpe tanye soalan xpe r gak..
Hanizan Zakaria: diorg sure tgu jcard midV
Hanizan Zakaria: lor..
Hanizan Zakaria: mula2 tanya la soklan2 bijaksane
yetzack: ini mntk jjcard
yetzack: ngokngek
Hanizan Zakaria: peh tu, belanja2 teh
tarikHanizan Zakaria: aaa masa tgh lepak2 teh tarik tuh, pinjam aaaa
Hanizan Zakaria: aiseh, tu pun gua nak ajar ke?
yetzack: aah...gedik..
yetzack: dh r,gua nk gi fac
Hanizan Zakaria: fffuuuuyyyyoooooooooooooo
Hanizan Zakaria: gile hebat budak skang
yetzack: nk pi buat prototyope r
Hanizan Zakaria: ni sntisa dean list nihyetzack: gedik..
yetzack: dh r bye
Hanizan Zakaria: bye

*melayan adik aku yg seorg ini. malas nak buat keje sebenarnya :(
updet

1] wiken ni tak jadi nak balik, mayb nex wiken baru balik

2] ba'atun kena chicken pox. sbb ibu nya tgh pregnant, so dia di kuarintinkan kat umah opah. sian.. mlm2 rindu ibunya. as a result, opahnya yg tak tido..sian opah

3] mak n bapak dpt offer g haji end of this year, but, sbb chu yah nak amek spm, offer tu akan di bwk ke 2008. anak bongsu punya pasal. tp takpela ni haji yg 2nd

4] umah belum siap renovate lagi.. banyak rupanya yg berubah. part dapur.. toilet dalam. ada tambah tempat lepak2 baru. so skang dah ada 2 tempat lepak kat tingkat bawah.. kena beli tv lagi satu nih :)

5] esok besdey my met. nak buat ape ek untuk dia? oh besdey ejat n inul jugak

ok itu je

Wednesday, March 28, 2007

membuka pekung di dada

hari ini, tergerak hati nak bukak rahsia2 diri. sbb teruja tgk org lain list kan kepelikan mereka. nak buat jugak lah!..bukan ape, kurang2 sedarkan diri sket..

1] kecik2 dulu aku tak pandai sebut perkataan 'kecuali'. so aku akan sebut 'ke-ce-ku-wa-li'.. hahhahh. teruk tau betulkan lidah. last2 skang pandai gak sebut 'kecuali'..dgn lancar ok..!

2] dulu2 jugak (skang pon sebenarnya) aku ni jenis merempan. merempan ni org utara sebut 'bebai' iaitu mengamuk atau terus rosakkan satu2 benda bila marah benda tu tak jadi. cth: kalau pagi2 nak g keje, tudung tak jadi seperti yg dikehendaki, terus tudung itu akan dileparkan/dicampak/dihumban dengan ganasnya ke atas katil, n tukar tudung lain, silap2 ngan baju2 skali tukar..buruk gile perangai..

3] dulu2 masa uni, kalau tension atau marah, akan masuk bilik air dan sental sume benda. hasilnya, berkilat ooo bilik air.

4] dulu sampai sekarang tak pandai sebut perkataan omputih yg ade 'lk' kat belakang. cth: 'milk' 'silk'. adoi..jenuh dah dok urut lidah nih...

5] dulu sampai la ni.. tak pandai la nak meluahkan rasa amarah. suka pendam..pendam..dan pendam. so bila sampai masa yg amat seswai, akan ku blow hingga tak terhingga..tapi bukan dengan ckp la. dengan tindakan. cth: markah penilaian prestasi yg amat rendah utk my staff sampai diorg tak tegur sapa 3 bulan..apa da..

6] ini memang pelik..tp benar. kalau first time jumpa org, sure dah tau leh masuk @ tak. lagi best, selalunya andainya dan gerak rasa hati pasal org tuh kebiasaannya tepat. aiseh, buleh bukak bisnes tilik nih.hahahha

7] cuping telinga gua, tak lekuk keseluruhan. bila dah kat tengah2, dia tak berlekuk..tak terkelepek. bapak aku ckp.. ini lah tanda2 org yg amat degil..yo yo oo je pak ya nih. tp mmg aku rasa cuping aku lain dr org lain..

8] benda ni tak pelik kot, tp nak listkan jugak. vocab aku utk bahasa melayu, ada macam2 yg pelik2. ini disebabkan faktor percampuran budaya semasa proses pembesaran. sampai kdg2 aku sendiri konfius vocab tu mmg bahasa melayu atau loghat perak atau loghat selangor atau loghat penang. lagi teruk kalau itu mmg vocab kg mak aku je. cth: melokek, cupui, liyun even merempan td tu pun aku tak tau asal mana perkataan tuh.

ok..ok. dah la ek. kalau ade lagi, biar aku simpan sorg je. kang dah tak dek org nak kawan ngan aku sebab byk sgt peliknya aku nih.

Tuesday, March 27, 2007

sengal sengal telinga

hari ni kena sindrom ape tah

cuping telinga belah kanan, sengal sengal
jadi seminit sekali.. sungguh tak selesa
apsal ek?

pas tu, tgh sibuk2 ni la macam2 benda jadi
nak refill gam, gam tumpah
nak cari benda dlm kabinet besi, sangkut ngan fail
bila dah berjaya kuarkan fail, tertanggal pulak satu laci
masa nak pasang laci balik, tergores jari, luka dan berdarah
masa nak pakai phone ofis, phone pulak ade masalah..
duh... malas dah nak keje, lepak jap

owh, btw, malam tadi main2 kamera dalam bilik sblom tido
nnt leh tunjuk hasilnya sbb tertgl pulak kamera kat umah hari nih

Monday, March 26, 2007

celaru

1] akhirnya afiq ter'eliminate' ..

2] statistik petang smlm (selepas di konfemkan oleh aniza), haih..amatlah tertekan

3] hari nih, sibuk pulak (buat buat sibuk pun ade jugak)

4] dah sebulan lebih tak jumpa dentist, band pun rasa macam dah loose

5] tetibe teringat kat mak

6] tetibe rasa macam dah tak nak duduk sini lagi ..

7] tetibe rasa macam nak terbang tinggi, buleh tgk semua org dari atas. tgk betapa bahagianya org lain

8] letih nya badan..letihnya otak.. letihnya hati

9] ape kena dgn aku ni ..

10] letihnya jadi aku ni

Thursday, March 22, 2007

bapak ku yg di panggil pak ya


kenapa nak creta pasal bapak hari nih?
sebab nya ialah ...

aku dah plan nak balik 31 hb nih, which is hari sabtu 31 mac bersamaan dengan hari maulud nabi(cuti umum), so aku akan ke bhar dental pada 2 april pd pukul 2 ptg dan akan terus ke umah tini dan terus berangkat pulang ke kl..

so kiranya bapak ku inilah yg akan menghantar aku ke klinik dan umah cik tini sperti biasa. minggu lepas aku dpt tahu yg 31hb nih bapak ku ni dah di pilih untuk jadi ketua kontingen untuk pasukan mana tah (since dia byk sangat involve) untuk perarakan sempena maulidur rasul peringkat negeri. 1 hb dia maybe akan ke bangi sebab adik bongsu dia nak kawenkan anaknya, being the eldest man in his own family, dia rasa macam kehadiran nya amatlah diperlukan since atuk n nenek gua dah meninggal...

aku dah cuak sebenarnya, kalau dia pegi kenduri kawen itu, mmg konfem la aku balik ni duk sorg2 kat umah dan yg lebih aku cuak, sape nak anto aku g klinik n umah tini pada 2 hb? tp mak aku (bapak's PA) dah konfemkan yg diorg akan balik malam tu jugak, so gua pun tarik nafas lega...

but, baru 5 minit tadi PA call memaklumkan yg kemungkinan dan besar kemungkinan (kira mcm betul la) bapak ku akan ke melaka pada 2 hb. alahai..pak ya pak ya. tp masih ade sinar bila PA kata '..tapi mak tak tahu le kalau bapak ko pegi malam..' oh...marilah kita berdoa moga2 rombongan ahli masjid se'penang' itu akan ke melaka pada 2hb tp diwaktu malam..

itulah antara sedikit cerita yang gua nak describe pasal pak ya. ini baru sikit. pagi2 nih, masa mak call, dia dah takdek. kata mak dah keluo, ke hospital..ingat sakit, rupa2nya ade kursus ape tah.. haih..kursus ape kat hospital..

kalau musim raya haji..lagi tiga empat bulan, dia dah sibuk cari lembu, kutip duit korban, untuk mualaf dan perkim. masa hari raya haji, org sume anak2 cucu2 dah sibuk tgu kat umah, tapi dia tak balik2..ngesahkan lembu2 korban..itu belum kira nak agih2kan, call sana, call sini.

kalau raya aidilfitri, dia sibuk kira zakat, untuk mualaf, sekolah agama, masjid...pagi2 raya atau hari jumaat, dia sebok kan tabung duit masjid, almaklumlah, bendahari masjid. itu belum kira kalau nak meeting, meeting masjid, sekolah agama, perkim. oh tak lupa..pengerusi tetap UMNO (sebab tuh dulu ustaz fahim panggil gua ketua wanita UMNO) kehkehkeh...

itulah pakya, kalau korg sampai area kepala batas, especially pekan kepala batas, tanya la mana umah pak ya, tak pun pak ya tanaman..gerenti org kenal..dahsyat siot pak ya aku

tp lagi aku kagum..dengan jadual yg padat, ke aktif annya tuh, dia cuma ada sorg PA je, tanpa gajet yg dipanggil 'handphone'. lagi la aku kagum..tp sebenarnya PA dia lagi hebat la...!

oh mak dan bapak!

hajah norriah mat rasit (PA) dan haji zakaria mat amin




Friday, March 16, 2007

mari mengutuk

look..
i dun want to do this
but, i consider myself as 'terpaksa'

before this, kalau aku nonton reality tv, aku hanya akan nonton je la..tak dek la nak sms ke, nak buat review ke ape ke.. becuse i consider myself as org yg tak dek ape2 skill. cuma seingat2nya, aku penah kutuk gile ngan andy n laura masa amazing race asia hari tuh. itu pun bila diorg jahat mcm vavi suke rampas cab tim lain..
but, lately ni as 'one-of-the-famous-reality-tv-people-talk-about' start, aku mula sakit jantung nengok perangai peserta nya.. bodoh ke tak bodoh alasan aku..aku tetap tak buleh terima.. yg memeranjatkan ialah..aku still ada hati nak nengok dia punya so-called 'diari' setiap mlm, but dengan hanya satu tujuan..iaitu 'kutuk-sampai-nak-mati' haih...
the list goes like this:
1] ade sorg budak pompuan yang nangis-meraung-mcm-mati-laki (gile bitch mulut aku) sebab rindu kucing dia.. hoi! tak kiut ok!!!!!!!! wat the hell la ko nak ngada2 sedangkan hari2 ko melalak '...menuju impian..' bodoh la,.. kalau nak menuju impian kena la ada pengorbanan. so la tak professional. nak rindu kucing for what? ok, aku admit, aku bukan cat lover or even animal lover pon(sbb tu aku tak paham 'the perasaan' bila anda merindui kucing anda)... tapi rational la sket..berjuta org nak dpt peluang mcm kau dpt, skali alasan kau gile la dem bodoh!..aku harap sgt budak ni kuar minggu ni supaya dia buleh la jumpa kucing dia tuh! bangang!
2] ade sorg budak lelaki nih, dari first time dia dah potray dia macho man la. muka pon ala-ala pecah rumah..skali buat wish nak bangga kan papa n mama. yg paling aku tak tahan cara dia ckp tuh. bak kata wani 'ala..tu nak tunjuk dia ada soft-spot la tuh..'. btul la ape yg wani ckp tuh, aku sokong..pastu smlm dia dah nangis2 sebab tak penah rasa resah gelisah teruk sgt.. hello..come on man..yg nak tunjuk ko lemah tu nape? nak raih simpati? pehal ko nih? kalau dah jantan, tunjuk la kejantanan kau tuh, tak takut cabaran..ape la...
3] yg budak pompuan ni pulak..over gedik. lebey2. sume benda dia nak buat.kadang2 aku tgk dia nih mcm dah jadi cikgu pulak.siap buleh suruh2 member dia menari n menyanyi depan dia..n dia akan tegur kalau ada salah silap..memang aku tau..dia mcm nak membantu, tp jgn lebih2 buleh? dah la gaya dia aku nengok macam esah 50 sen..dgn sepit buaya bunga dia tuh..ngan make up yg perasan chantek tuh..tolong la..jgn buat malu org penang buleh?
4] sorg lagi budak pompuan ni pun buleh tahan gediknya.since dia mmg kamcheng ngan esah 50 sen tadi..dia pun aku tak suke.sbb kegedikan kan dia makin hari makin menjadi2..aku tgk mcm hari2 praktis menari tp bila perform ramai2 ngan cikgu dia..kengkang jugak..tak pandai2 pun..aduh....ntah hape hape
walla~we..tak penah aku kutuk ape2 program secara terang2 mcm nih tau. in fact last wiken aku tgk final raja lawak dari mula sampai habis, sebadut2 diorg pun aku tak kutuk tau..oh tidak!

Tuesday, March 13, 2007

haih..

1] menci.. td g carik penyakit mkn kat kafe bwh nih.. dah satu badan bau asap..penat tau pakai perfum..

2] pagi smlm.. aku dpt tahu satu benda yg amat lah susah untuk dipercayai. menggigil tangan masa taip ym tuh..mcm2 perasaan ada, marah, kecewa, terkejut, tak sangka..aduh..npe la buat benda2 tak senonoh tuh.. to u, tolong lah berfikir panjang, balik nnt renung muka mak n abah supaya nnt kalau nak buat jahat, kalau pun takmo ingat allah, ingat lah mak abah.

3] suhu bumi dah makin panas..kurg selesa skrg nih..betul ke? ke aku yg makin byk dosa? huhuu

4] since skarg cuti sekolah, i'm jumping for joy untuk balik wiken nih.sbb zufa ade kat umah.siap nak apply cuti jumaat nih. but, td dia gtau dia dah nak balik esok..alah......

5] lately nih.sungguh aman kehidupan..semakin teratur dan berdisiplin. nak tahu, smlm umah ade pesta. pesta 'eat all u can (tuna+gardenia)' hahahahahhahah. lawak eh bila setiap org bawak balik sebuku roti..but, the best moment was bila sambil makan, mcm2 yg di borak kan..seronok tau bila u can spend your life dengan org yg betul2 kita ngam.. to met met sekalian (7B) korang mmg rock la!

6] kat umah dah ade perubahan katanya zufa. mak renovate lagi umah kali nih.mmmm normally rumah akan direnovate kalau ade 'event' besar..jengjengjeng

7] kan bagus kalau 'event' tuh refer to me .. kahkahkah

dah la..

Tuesday, March 06, 2007

Wednesday, February 28, 2007

kurnia

Terlukis hakikat insani
Dari tinta lautan jiwa
Satu pengzahiran rasa jelas di mata
Satu lakunan di pentas dunia

Lukisan yang tidak berbingkai
Dan bahasa yang ternilai
Kita renangi bersama lautan nikmat
Sampai ke pulau segala keramat

Pabila kita pulang
Dendangkan lagu kasih sayang
Hilangkan keraguan terangkan kegelapan

Apa yang ada di langit dan bumi
Adalah satu curahan cinta kita tak terperi
Aku hanya menumpang kasih melihat keindahan
Menjamah kebahagiaan
Dan berterima kasih atas kurnia
Yang tak terhingga

i dunno why, but, i luv this song soo much.
as for me lagu nih betul2 cerita pasal diri kita (manusia)
yang ada pasang surutnya dan ada permulaan dan pengakhirannya..

Tuesday, February 27, 2007

apa sebenarnya?

tak tau nak classify mcm mana
takut ke?
tak..
risau ke?
tak la risau kot..
pelik ke?
ada la jugak rasa pelik tuh
sebenarnya ada org tuh dah 2 minggu asyik mimpi benda yang pelik2
ape yg pelik? mcm2 la.. dia mimpi diri dia mengalami benda yg lain dari yg lain
cth: kalau dia bujang, tetiba dia mimpi dia pregnant..hahahah kisah ape kah ini?
itu baru satu contoh, ada byk lagi..
nak mengeluh ke?
iskh.. tak baik mengeluh2 nih
mimpi tuh mainan tidur, ada jugak yg tambah, kalau kau tuh org biasa, byk dosa.. mimpi tuh bukan la satu petunjuk ..entah2 syaitan dan jin je..
aaa
dulu2 masa muda2.. (bukan nak percaya sgt la..tp mcm nak percaya jugak)
ape yg di mimpi itu lah yg akan dapat. cth .kalau mimpi jumpa satu kete ngan no plat sekian sekian.. dua tiga hari pas tuh kuar result, mmg itulah pointer yg akan dpat, exactly the same i tell u..tp tu lah.. masa budak2, zaman belajar tak byk buat benda lagha..skang dah tak mcm dulu..
mmm
abaikan je lah

Friday, February 23, 2007

lonely
.
.
.
.
kosong
.
.
.
.
sunyi
.
.
.
.
diam
.
.
.
.
bukankah sepi itu indah?

Thursday, February 22, 2007

betul ke ni..?


sebenarnya tahun nih ada resolusi


'nak ubah apa yang tak pernah diubah sebelum nih'


i really work on it


1] masa balik kg raya cina ari tuh > org rumah pun dah perasan. mmm ada perubahan


2] td makan udang > mmg udang berjaya masuk dlm tekak but, sebaldi jugak la air masuk tekak gue. tp rasa manis udang tuh still tak hilang jugak. nampaknya usaha nih kena kiv dulu


3] benda keje ofis > tak dek lagi issue2 tertangguh. kena siap dlm ofis hour jugak2


mmm.. selain tuh ada jugak benda2 lain. tp tak yah la nak announce.simpan sorg2 je dah la.


gambar sekadar hiasan, tiada kaitan dengan post ini

Wednesday, February 21, 2007

kepala batas ku

sila refer para 8..
ngehngehngeh..
mmg betul la ape yg paper nih tulis.
series la korang..mmg tak tipu

Pembangunan Kepala Batas lebih rancak


KEPALA BATAS 19 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kawasan Kepala Batas bakal mengalami proses pembangunan lebih rancak, sekali gus memberi keselesaan dan keharmonian kepada penduduknya.

Menurut Perdana Menteri, kawasan itu sedang melalui proses pembangunan infrastruktur yang pesat selain jalinan jalan raya yang lebih tersusun, sesuai dengan imejnya sebagai pusat pentadbiran Daerah Seberang Perai Utara (SPU).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, walaupun sibuk dengan tugasnya sebagai pemimpin utama kerajaan, namun setiap perkembangan yang berlaku di kawasan itu berada dalam pengetahuannya.

Sehubungan itu beliau mahu seluruh jentera pentadbiran sama ada pemimpin politik, pegawai daerah sehingga Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) terus bekerja keras memastikan Kepala Batas terus mengecapi pembangunan lebih pesat.

‘‘Dari segi infrastrukturnya semakin berkembang, kemudahan semakin bertambah, jalan-jalan raya pula dilebarkan agar Kepala Batas dapat dihubungkan dengan kawasan-kawasan lain.
‘‘Saya percaya pembangunan-pembangunan ini, akan menjadikan kehidupan penduduk di sini akan lebih selesa,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran bersama parti Gerakan dan MCA Bahagian Kepala Batas di sini hari ini.

Infrastruktur

Abdullah berkata, dengan pembangunan infrastruktur yang pesat, Kepala Batas akan turut menjadi tumpuan orang luar untuk tinggal atau menjalankan perniagaan, sekali gus memakmurkan ekonominya.

Malah, kata Perdana Menteri, banyak pihak yang mengakui kawasan Kepala Batas kini sedang melalui perubahan dari aspek pembangunan, selain sifat penduduk yang cukup terkenal dengan kesopanan dan keramahan mereka.

‘‘Inilah yang kita kena pelihara sepanjang masa. Kita tidak mahu hubungan baik penduduk di Kepala Batas dirosakkan dengan apa-apa kejadian yang tidak diingini,” ujarnya.

Dalam hal itu kata beliau, seluruh penduduk tanpa mengira kaum perlu terus bekerja kuat dan bekerjasama memelihara perpaduan dan keharmonian sesama mereka.

Bagi mencapai hasrat itu katanya, pemimpin sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), ketua-ketua parti, pegawai daerah serta penghulu kampung mesti peka dan mengambil tahu hal yang berlaku di kawasan mereka.

‘‘Tunjuklah kepada rakyat bahawa kita (pemimpin) ambil berat semua penduduk di Kepala Batas, kita mahu jadi kawan bukan lawan. Kita kena kerjasama bukan gaduh,” katanya.

Thursday, February 15, 2007

surat untuk mak

Mak,

Org tulis surat ni mmg khas untuk mak. Semua benda yg akan org cerita n tulis dalam surat nih, ini lah ape yg selama hari nih org pendam. Org mmg nak cerita kat mak, tp org tak tau nak start mcm mana. Tak tahu lah kenapa, mungkin sebab org malu sgt kat mak.

Mak,

Org tau apa hajat hati mak. Org tahu mak nak org jadi org pandai. Org tahu mak nak semua anak mak senang dan boleh hidup sendiri. Sebab tuh mak sentiasa usaha supaya kiotrg adik beradik dpt yg terbaik masa kitorg kecik2 and masa kitorg belajar dulu2. mlm2 mak akan make sure kitorg makan kenyang2 n minum milo panas campur madu supaya kitorg cergas n boleh belajar betul2 kat sekolah esok. Kalau kitorg demam, mak pun akan risau sgt2. mak mmg nak kitorg berjaya, ada ijazah, ada ilmu, ada keje yg elok, ada famili dan boleh hidup atas kaki sendiri. Mak nak mcm tuh sebab mak tak peluang dpt mcm tuh.. tp mak, mak jgn risau. Mak dah dapat semua tuh. Mak dah ada satu family yg cukup bahagia, ada suami yg mmg tak buleh hidup tanpa mak, ada anak2 yg mcm2 ragam dan ada cucu yang mmg cukup cerdik dan comel. Lagi seronok nnt mak nak dpt cucu kembar.mesti mak tak sabar nak menjaga kembar..kan mak kan.

Mak,

Walau pun mak tak penah belajar sampai sekolah menengah, ape tah lagi ke universiti, tp dah byk universiti mak pegi untuk tgk anak2 mak terima ijazah baik yg sarjana muda atau pun yg sarjana. Insya-allah 2 tahun lagi akan ada lagi majlis konvo dan dua tahun lagi dan dua tahun lagi..kalau mak nak tahu, walau pun kitorg adik beradik tak pernah secara terus terang, tp kan mak, dlm hati kami, kami selalu janji, mak lah org pertama yg akan jadi saksi kejayaan kami. Sbb tuh kalau pun kitorg dpt ape2 yg lebih sikit, sure mak lah org pertama yg kami bgtau. Sbbnya kami tahu berkat solat hajat mak ngan bapak yg tiap2 tgh mlm tuh lah yg jadi benteng kuatnya hati kami adik beradik.

Tapi mak,

Skrg nih org sedih sgt2. sebabnya dlm ramai2 anak mak, org je yg masih lagi terkapai-kapai, tercari2 arah tuju hidup. Org je yg tak dek ape2. org je yg belum buktikan kejayaan.. dan yg paling org sedih, org tahu mak risau. Risau yang amat sgt ngan hidup org nih.

Mak,

Mgu depan 20hb, makna lagi setengah tahun, org cukup 27 tahun. Terukkan? Anak mak yg lain, umur 27 dah ada mcm2. kak umur 27 dah jadi cikgu n dah bertunang, banchak, 27 dah keje hebat, dah ada kete, tgh buat master n tgh sebok buat preparation kawen, achik pun sama 27 tahun keje dah mmg stable dan akan kawen tahun berikutnya.jupa, 27, dah sampai london, dah jadi cikgu, dah ade kereta n dah separuh jalan buat master.. tp anak mak yg sorg nih..jgn kata kereta, kerja pun tak ada..mak....nape org teruk sgt mak..mak tau tak, sampai satu tahap ari tuh, org tak nak balik kampung..org malu, malu nak jumpa mak, malu nak jumpa bapak, malu nak jumpa adik beradik lain.. malu nak jumpa jiran2.org rasa org hopeless sgt2.paling org sedih bila tgk muka mak, muka mak yg harap sgt org jadi mcm kakak2 dan abg2 yg lain...yang dah boleh berdiri atas kaki sendiri..

Mak,

Kalau mak risau, org lagi risau. Risau yg amat sgt.org rasa teruk sgt. Hari2 org doa, supaya org dapat bahagiakan mak mcm org lain. Dpt bagi mcm org lain bagi.org pun nak balas jasa mak jugak. Org pun nak belikan mcm2 benda mcm kak selalu bagi kat mak..org pun nak bgtau yg org akan naik pangkat mcm banchak selalu buat, org pun nak belanja mak bila gaji naik mcm achik selalu buat..org pun nak bwk mak ngan kete org sendiri n mcm jupa selalu bagi bapak bawak kete dia bila mak ngan bapak nak g jemaah subuh kat masjid. Seronoknya.. tp org tak buleh pun nak buat mcm tuh..org lain, dah ada umah sendiri.ptg2 mak suka g tgk2 bunga kat umah kak, pusing2 kat umah banchak n tgk2 cucu kat umah achik. Kalau mak nak jenguk abg kat arau, mak akan singgah umah jupa kat kodiang. Mak buleh mandi2, buleh sembahyang, buleh rileks2 kat situ..tp kalau mak dtg kl? Org tak berpeluang bwk mak pusing2 kl naik kete sendiri..mak pun mcm tak nak susah kan org.

Mak,

Org janji.. kalau pun ditakdirkan org akan terus macam nih, org takkan kecewakan mak. Org akan usaha juga untuk bahagia kan mak.org tahu, mak bukannya nak sgt benda2 dr org, Cuma mak nak tgk org bahagia ngan hidup org..takpe mak..berkat doa mak dan doa org sendiri, moga2 org pun akan dpt buat lebih kurg mcm adik beradik yg lain. Mak tgu tau, mak kena tgk org capai semua tuh. Org pun nak tgk muka bahagia mak, kebahagiaan mak atas kebahagiaan org.. org sayang mak sangat sangat..

Monday, February 12, 2007

wiken

dan beginilah kisah wiken aku

sabtu
pegi pasar tani sbb nak cari bahan nak masak..(remember my azam? utk masak..) so balik dari pasar tani telah memulakan upacara memasak dgn jayanya bersama cik tini..maka terhasillah gulai kerang dengan kentang, kerabu pucuk paku dan ikan goreng.. hehhehe usah ditanya sedap atau tak.. yg pasti perut kami riang gembira hari tuh..petangnya g pasar malam..nak sgt mkn cendol dan apam balik gerai akak lawa tuh! indahnya dunia..:)

mlm sabtu
tgk ilham suci? aduh!!! sedihnya hati. lain sikit cite nih.cite pasal pengorbanan penghargaan kasih sayang tolak ansur dll..dan di sambung pulak dengan bend it like beckham yang ckp pasal determination status pride dignity dll

ahad
selepas berjaya mendobi baju yg banyak, temankan padil ke jln TAR dan sogo..wahwahwah tershoping pulak beberapa barang..puas hati betul
padil sejak2 dah jadi isteri makin berisi, bahagia betul.. terpaksa temankan dia sbb suaminya outstesen ke bahrin..merasa naik vios hitam baru..pk2 balik, padil dpt bahagia yg dicari..hanya aku yg tahu ujian yg dia dpt dulu2. lagi hebat dari aku..betullah ..sabar dgn ujian, hikmah yg tak disangka2 akan dtg jua nnt

ahad ptg
temankan met amik spec yg tertgl kat fitting room kedai baju..met kalau shoping, tak ingat dunia.on d way balik..

me : nnt my ofis pindah sini la met
met : oh ye ke.. ok la tak jauh dari umah
me : tp met, tak dek public transport.. kalau ade feeder bus lrt pun kena tukar dua tiga kali.susah jugak nnt
met : ala.. met bukannya nak keje situ terus kan...
me : mmg la .. harap sgt2 akan dpt tmpt lain (dlm ati je la..)

mlm ahad
setelah penat kemas baju hasil dobi, mkn mcm2 dan mencari cd yg sampai sekarang tak jumpa.. tidur dengan lenanya..sedar2 dah isnin dan kena pegi keje..

cite hari isnin? nnt la.. nak mkn, lapo

ps: (nak buat ayat std) ..this is my blog, so suka hati la aku nak letak ape pun. lagi satu ape aje yg aku dah cite..maknanya itu je la yg aku nak cite, kalau ada tambahan dan aku rasa seswai nak cite, aku cite la..no further question, please.period!

Thursday, February 08, 2007


ikhlas + jujur
...

Tuesday, February 06, 2007

ye ke?

dlm lif selborn, 1230 noon

A : .. aku mmg tak buleh ddk kalau y kecik tuh ade
B : iye..?
A : eh, ko tak pernah jumpa dia eh?
B : ada.. masa kecik dulu la. brape dah umur dia?

A : aaa dah 2 tahun.. ligat, mulut pun dah becok dah
B : wahhh suke la engkau.. dia mcm mana kalau nampak ko balik?
A : nampak aku je lari.. tangkap kaki.. tp lagi dahsyat kalau dia nampak ayah dia balik..


mmm.. nih conversation dua org makcik navy dlm lif td.. yg sorg ni cite pasal anak dia yg makin mmbesar.. dari cara dia bercerita, mcm indahnya pengalaman hari2 dia. balik ade org sambut.. mesti hilang sume stress dia kat ofis.. u know lah kan.. sume tempat keje stress..

dulu ada sorg member pun jawab best bila dah ada anak.

'... ko tak sabar nak balik umah, nak main2 ngan anak kau..hilang sume masalah kat ofis..'

ye ek?

ntah..kalau nak tau.. (jwb sendiri lah!)

Monday, February 05, 2007

berita terkini

heh

ba'atun akan dpt adik
n adiknya dijangka kan
..kembar..

makin botak la bapak ba'atun
makin pening la atuk n opah
makin comel la mamateh (related tak?)
for sure.. bajet raya mamateh tahun nih..akan bertambah

yea yea
seronoknya
tak penah ada twin in my family
ape rasanya ek???

zaman sekolah

masuk umur 7 tahun, mcm org lain, aku pun masuk sekolah rendah
sekolah rendah kebangsaan hashim awang, kepala batas
sekolah ni kat pekan.. ada sekolah dekat umah, tp atas sbb2 tertentu, bapak daftarkan aku masuk sekolah ini...
darjah 1 sampai darjah 3 sekolah petang
g sekolah naik bas apek yang bini nya menjadi assisstant
bini apek ni suka kerintingkan rambut dia.. comel je
yg paling aku ingat kalau dia nak reverse, bini dia la tolong tengok sambil sebut 'kia kia' (jalan, jalan> gamaknya la)

masa ni comel lagi, g sekolah pakai skirt.. ehhehheh. siap ikat tocang
tp dari darjah satu sampai la darjah 3 mmg muka aku la duduk first @ second row, almaklumlah comel.. mane leh perasan2 nak ddk belakang, kang tak nampak, tak pandai pulak..

so.. kalau sekolah petang, pagi2 duk umah, siap kan keje sekolah sambil perati2 kan adik masa mak masak..

darjah 4, sekolah pagi.. so ptg kena g sekolah agama..
haaaa this is the best part in my life
sbb nya kat sekolah agama ni ramai budak sekolah lain
so jumpa kawan baru la
aku jadi nakal masa masuk sekolah agama la
semua semak, semua kg, parit dah aku terjah
tak padan ngan pompuan..
paling best kalau musim buah..
heh, tak main aaaa buah glamer2 nih, kitorg layan buah hutan
so boleh la panjat2 pokok, ke hulu ke hilir kampung, semak semua redah

antara jenis2 buah yg aku tak bleh lupa:
  1. buah asam krenda - buah ni bujur, masa putik warna putih krim, lama2 dia jadi pink, bila dah betul2 masak warna merah darah.. sedap sebab masam. selalunya amik masa dia sedang2 masak, potong, cicah garam , n makan..mak aihhhhh. nikmatnya sebab ada masam, masin n sikit2 manis.. pokok dia tak tinggi, rimbun2 rendah..so kait pakai kayu biasa pun dah buleh
  2. buah muyu - tak tau la ape nama betul @ saintifik dia. dia bujur2 mcm anggur california tuh..warna dia ungu kehitaman.. kalau dah masak sgt, jus nya kena baju, habis, kantoi.. mak marah aaa sbb warna tuh tak hilang
  3. buah staq - warna kuning besar mcm buah tennis. isi putih manis..kulit luar dia mcm ada baldu2..kulit dia org kata buleh makan jugak, cicah dengan kuah rojak.
  4. buah nam - buah ni buruk sket. menggerutu, kaler hijau kekuningan..masam2 manis jugak. tp buah ni tak cari kat pokok, sbb selalunya ustaz akan jual..siap ngan asamnya skali..menarik betul makan sambil main sep tiang atau lompat getah.

selain mncari buah2 hutan nih.. kawan2 sekolah agama ni lah ajar aku jadi budak kampung. seronok.. walau pun kampung tuh tak dek sungai ke ape ke.. but, merasa la jugak main dlm parit, cekup ikan dan mcm2 lagi lah..

mmmm walau pun nakal n jarang lekat kat umah, tp blaja tetap kena blaja.. nak buat mcm mana dapat bapak garang.. waktu main hanya waktu petang. pagi kalau hari cuti kena siap kan keje sekolah atau blaja sket2.. tak d benarkan keluar umah.. ptg dlm kul 5 baru leh kuar n kena balik sebelum azan maghrib..penah jg balik lambat.. akibatnya bernyamuk la kat luar umah,.. bapak tak bagi masuk..padan muka.

hah! lagi satu sepanjang sekolah rendah ni lah aku dpt adik lagi.. masa drjah 2, dpt adik lelaki.. heheh masih lagi pompuan bongsu. alih2 masa darjah lima, aku dpt adik, n dia adalah perempuan.. aduh! sabar je la.. tp tak pe buleh je di buli2

byk lagi yg nak dicerita, but rasa nya sampai sini dulu.. nnt top up lagi.