Wednesday, February 28, 2007

kurnia

Terlukis hakikat insani
Dari tinta lautan jiwa
Satu pengzahiran rasa jelas di mata
Satu lakunan di pentas dunia

Lukisan yang tidak berbingkai
Dan bahasa yang ternilai
Kita renangi bersama lautan nikmat
Sampai ke pulau segala keramat

Pabila kita pulang
Dendangkan lagu kasih sayang
Hilangkan keraguan terangkan kegelapan

Apa yang ada di langit dan bumi
Adalah satu curahan cinta kita tak terperi
Aku hanya menumpang kasih melihat keindahan
Menjamah kebahagiaan
Dan berterima kasih atas kurnia
Yang tak terhingga

i dunno why, but, i luv this song soo much.
as for me lagu nih betul2 cerita pasal diri kita (manusia)
yang ada pasang surutnya dan ada permulaan dan pengakhirannya..

Tuesday, February 27, 2007

apa sebenarnya?

tak tau nak classify mcm mana
takut ke?
tak..
risau ke?
tak la risau kot..
pelik ke?
ada la jugak rasa pelik tuh
sebenarnya ada org tuh dah 2 minggu asyik mimpi benda yang pelik2
ape yg pelik? mcm2 la.. dia mimpi diri dia mengalami benda yg lain dari yg lain
cth: kalau dia bujang, tetiba dia mimpi dia pregnant..hahahah kisah ape kah ini?
itu baru satu contoh, ada byk lagi..
nak mengeluh ke?
iskh.. tak baik mengeluh2 nih
mimpi tuh mainan tidur, ada jugak yg tambah, kalau kau tuh org biasa, byk dosa.. mimpi tuh bukan la satu petunjuk ..entah2 syaitan dan jin je..
aaa
dulu2 masa muda2.. (bukan nak percaya sgt la..tp mcm nak percaya jugak)
ape yg di mimpi itu lah yg akan dapat. cth .kalau mimpi jumpa satu kete ngan no plat sekian sekian.. dua tiga hari pas tuh kuar result, mmg itulah pointer yg akan dpat, exactly the same i tell u..tp tu lah.. masa budak2, zaman belajar tak byk buat benda lagha..skang dah tak mcm dulu..
mmm
abaikan je lah

Friday, February 23, 2007

lonely
.
.
.
.
kosong
.
.
.
.
sunyi
.
.
.
.
diam
.
.
.
.
bukankah sepi itu indah?

Thursday, February 22, 2007

betul ke ni..?


sebenarnya tahun nih ada resolusi


'nak ubah apa yang tak pernah diubah sebelum nih'


i really work on it


1] masa balik kg raya cina ari tuh > org rumah pun dah perasan. mmm ada perubahan


2] td makan udang > mmg udang berjaya masuk dlm tekak but, sebaldi jugak la air masuk tekak gue. tp rasa manis udang tuh still tak hilang jugak. nampaknya usaha nih kena kiv dulu


3] benda keje ofis > tak dek lagi issue2 tertangguh. kena siap dlm ofis hour jugak2


mmm.. selain tuh ada jugak benda2 lain. tp tak yah la nak announce.simpan sorg2 je dah la.


gambar sekadar hiasan, tiada kaitan dengan post ini

Wednesday, February 21, 2007

kepala batas ku

sila refer para 8..
ngehngehngeh..
mmg betul la ape yg paper nih tulis.
series la korang..mmg tak tipu

Pembangunan Kepala Batas lebih rancak


KEPALA BATAS 19 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kawasan Kepala Batas bakal mengalami proses pembangunan lebih rancak, sekali gus memberi keselesaan dan keharmonian kepada penduduknya.

Menurut Perdana Menteri, kawasan itu sedang melalui proses pembangunan infrastruktur yang pesat selain jalinan jalan raya yang lebih tersusun, sesuai dengan imejnya sebagai pusat pentadbiran Daerah Seberang Perai Utara (SPU).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas berkata, walaupun sibuk dengan tugasnya sebagai pemimpin utama kerajaan, namun setiap perkembangan yang berlaku di kawasan itu berada dalam pengetahuannya.

Sehubungan itu beliau mahu seluruh jentera pentadbiran sama ada pemimpin politik, pegawai daerah sehingga Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) terus bekerja keras memastikan Kepala Batas terus mengecapi pembangunan lebih pesat.

‘‘Dari segi infrastrukturnya semakin berkembang, kemudahan semakin bertambah, jalan-jalan raya pula dilebarkan agar Kepala Batas dapat dihubungkan dengan kawasan-kawasan lain.
‘‘Saya percaya pembangunan-pembangunan ini, akan menjadikan kehidupan penduduk di sini akan lebih selesa,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran bersama parti Gerakan dan MCA Bahagian Kepala Batas di sini hari ini.

Infrastruktur

Abdullah berkata, dengan pembangunan infrastruktur yang pesat, Kepala Batas akan turut menjadi tumpuan orang luar untuk tinggal atau menjalankan perniagaan, sekali gus memakmurkan ekonominya.

Malah, kata Perdana Menteri, banyak pihak yang mengakui kawasan Kepala Batas kini sedang melalui perubahan dari aspek pembangunan, selain sifat penduduk yang cukup terkenal dengan kesopanan dan keramahan mereka.

‘‘Inilah yang kita kena pelihara sepanjang masa. Kita tidak mahu hubungan baik penduduk di Kepala Batas dirosakkan dengan apa-apa kejadian yang tidak diingini,” ujarnya.

Dalam hal itu kata beliau, seluruh penduduk tanpa mengira kaum perlu terus bekerja kuat dan bekerjasama memelihara perpaduan dan keharmonian sesama mereka.

Bagi mencapai hasrat itu katanya, pemimpin sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), ketua-ketua parti, pegawai daerah serta penghulu kampung mesti peka dan mengambil tahu hal yang berlaku di kawasan mereka.

‘‘Tunjuklah kepada rakyat bahawa kita (pemimpin) ambil berat semua penduduk di Kepala Batas, kita mahu jadi kawan bukan lawan. Kita kena kerjasama bukan gaduh,” katanya.

Thursday, February 15, 2007

surat untuk mak

Mak,

Org tulis surat ni mmg khas untuk mak. Semua benda yg akan org cerita n tulis dalam surat nih, ini lah ape yg selama hari nih org pendam. Org mmg nak cerita kat mak, tp org tak tau nak start mcm mana. Tak tahu lah kenapa, mungkin sebab org malu sgt kat mak.

Mak,

Org tau apa hajat hati mak. Org tahu mak nak org jadi org pandai. Org tahu mak nak semua anak mak senang dan boleh hidup sendiri. Sebab tuh mak sentiasa usaha supaya kiotrg adik beradik dpt yg terbaik masa kitorg kecik2 and masa kitorg belajar dulu2. mlm2 mak akan make sure kitorg makan kenyang2 n minum milo panas campur madu supaya kitorg cergas n boleh belajar betul2 kat sekolah esok. Kalau kitorg demam, mak pun akan risau sgt2. mak mmg nak kitorg berjaya, ada ijazah, ada ilmu, ada keje yg elok, ada famili dan boleh hidup atas kaki sendiri. Mak nak mcm tuh sebab mak tak peluang dpt mcm tuh.. tp mak, mak jgn risau. Mak dah dapat semua tuh. Mak dah ada satu family yg cukup bahagia, ada suami yg mmg tak buleh hidup tanpa mak, ada anak2 yg mcm2 ragam dan ada cucu yang mmg cukup cerdik dan comel. Lagi seronok nnt mak nak dpt cucu kembar.mesti mak tak sabar nak menjaga kembar..kan mak kan.

Mak,

Walau pun mak tak penah belajar sampai sekolah menengah, ape tah lagi ke universiti, tp dah byk universiti mak pegi untuk tgk anak2 mak terima ijazah baik yg sarjana muda atau pun yg sarjana. Insya-allah 2 tahun lagi akan ada lagi majlis konvo dan dua tahun lagi dan dua tahun lagi..kalau mak nak tahu, walau pun kitorg adik beradik tak pernah secara terus terang, tp kan mak, dlm hati kami, kami selalu janji, mak lah org pertama yg akan jadi saksi kejayaan kami. Sbb tuh kalau pun kitorg dpt ape2 yg lebih sikit, sure mak lah org pertama yg kami bgtau. Sbbnya kami tahu berkat solat hajat mak ngan bapak yg tiap2 tgh mlm tuh lah yg jadi benteng kuatnya hati kami adik beradik.

Tapi mak,

Skrg nih org sedih sgt2. sebabnya dlm ramai2 anak mak, org je yg masih lagi terkapai-kapai, tercari2 arah tuju hidup. Org je yg tak dek ape2. org je yg belum buktikan kejayaan.. dan yg paling org sedih, org tahu mak risau. Risau yang amat sgt ngan hidup org nih.

Mak,

Mgu depan 20hb, makna lagi setengah tahun, org cukup 27 tahun. Terukkan? Anak mak yg lain, umur 27 dah ada mcm2. kak umur 27 dah jadi cikgu n dah bertunang, banchak, 27 dah keje hebat, dah ada kete, tgh buat master n tgh sebok buat preparation kawen, achik pun sama 27 tahun keje dah mmg stable dan akan kawen tahun berikutnya.jupa, 27, dah sampai london, dah jadi cikgu, dah ade kereta n dah separuh jalan buat master.. tp anak mak yg sorg nih..jgn kata kereta, kerja pun tak ada..mak....nape org teruk sgt mak..mak tau tak, sampai satu tahap ari tuh, org tak nak balik kampung..org malu, malu nak jumpa mak, malu nak jumpa bapak, malu nak jumpa adik beradik lain.. malu nak jumpa jiran2.org rasa org hopeless sgt2.paling org sedih bila tgk muka mak, muka mak yg harap sgt org jadi mcm kakak2 dan abg2 yg lain...yang dah boleh berdiri atas kaki sendiri..

Mak,

Kalau mak risau, org lagi risau. Risau yg amat sgt.org rasa teruk sgt. Hari2 org doa, supaya org dapat bahagiakan mak mcm org lain. Dpt bagi mcm org lain bagi.org pun nak balas jasa mak jugak. Org pun nak belikan mcm2 benda mcm kak selalu bagi kat mak..org pun nak bgtau yg org akan naik pangkat mcm banchak selalu buat, org pun nak belanja mak bila gaji naik mcm achik selalu buat..org pun nak bwk mak ngan kete org sendiri n mcm jupa selalu bagi bapak bawak kete dia bila mak ngan bapak nak g jemaah subuh kat masjid. Seronoknya.. tp org tak buleh pun nak buat mcm tuh..org lain, dah ada umah sendiri.ptg2 mak suka g tgk2 bunga kat umah kak, pusing2 kat umah banchak n tgk2 cucu kat umah achik. Kalau mak nak jenguk abg kat arau, mak akan singgah umah jupa kat kodiang. Mak buleh mandi2, buleh sembahyang, buleh rileks2 kat situ..tp kalau mak dtg kl? Org tak berpeluang bwk mak pusing2 kl naik kete sendiri..mak pun mcm tak nak susah kan org.

Mak,

Org janji.. kalau pun ditakdirkan org akan terus macam nih, org takkan kecewakan mak. Org akan usaha juga untuk bahagia kan mak.org tahu, mak bukannya nak sgt benda2 dr org, Cuma mak nak tgk org bahagia ngan hidup org..takpe mak..berkat doa mak dan doa org sendiri, moga2 org pun akan dpt buat lebih kurg mcm adik beradik yg lain. Mak tgu tau, mak kena tgk org capai semua tuh. Org pun nak tgk muka bahagia mak, kebahagiaan mak atas kebahagiaan org.. org sayang mak sangat sangat..

Monday, February 12, 2007

wiken

dan beginilah kisah wiken aku

sabtu
pegi pasar tani sbb nak cari bahan nak masak..(remember my azam? utk masak..) so balik dari pasar tani telah memulakan upacara memasak dgn jayanya bersama cik tini..maka terhasillah gulai kerang dengan kentang, kerabu pucuk paku dan ikan goreng.. hehhehe usah ditanya sedap atau tak.. yg pasti perut kami riang gembira hari tuh..petangnya g pasar malam..nak sgt mkn cendol dan apam balik gerai akak lawa tuh! indahnya dunia..:)

mlm sabtu
tgk ilham suci? aduh!!! sedihnya hati. lain sikit cite nih.cite pasal pengorbanan penghargaan kasih sayang tolak ansur dll..dan di sambung pulak dengan bend it like beckham yang ckp pasal determination status pride dignity dll

ahad
selepas berjaya mendobi baju yg banyak, temankan padil ke jln TAR dan sogo..wahwahwah tershoping pulak beberapa barang..puas hati betul
padil sejak2 dah jadi isteri makin berisi, bahagia betul.. terpaksa temankan dia sbb suaminya outstesen ke bahrin..merasa naik vios hitam baru..pk2 balik, padil dpt bahagia yg dicari..hanya aku yg tahu ujian yg dia dpt dulu2. lagi hebat dari aku..betullah ..sabar dgn ujian, hikmah yg tak disangka2 akan dtg jua nnt

ahad ptg
temankan met amik spec yg tertgl kat fitting room kedai baju..met kalau shoping, tak ingat dunia.on d way balik..

me : nnt my ofis pindah sini la met
met : oh ye ke.. ok la tak jauh dari umah
me : tp met, tak dek public transport.. kalau ade feeder bus lrt pun kena tukar dua tiga kali.susah jugak nnt
met : ala.. met bukannya nak keje situ terus kan...
me : mmg la .. harap sgt2 akan dpt tmpt lain (dlm ati je la..)

mlm ahad
setelah penat kemas baju hasil dobi, mkn mcm2 dan mencari cd yg sampai sekarang tak jumpa.. tidur dengan lenanya..sedar2 dah isnin dan kena pegi keje..

cite hari isnin? nnt la.. nak mkn, lapo

ps: (nak buat ayat std) ..this is my blog, so suka hati la aku nak letak ape pun. lagi satu ape aje yg aku dah cite..maknanya itu je la yg aku nak cite, kalau ada tambahan dan aku rasa seswai nak cite, aku cite la..no further question, please.period!

Thursday, February 08, 2007


ikhlas + jujur
...

Tuesday, February 06, 2007

ye ke?

dlm lif selborn, 1230 noon

A : .. aku mmg tak buleh ddk kalau y kecik tuh ade
B : iye..?
A : eh, ko tak pernah jumpa dia eh?
B : ada.. masa kecik dulu la. brape dah umur dia?

A : aaa dah 2 tahun.. ligat, mulut pun dah becok dah
B : wahhh suke la engkau.. dia mcm mana kalau nampak ko balik?
A : nampak aku je lari.. tangkap kaki.. tp lagi dahsyat kalau dia nampak ayah dia balik..


mmm.. nih conversation dua org makcik navy dlm lif td.. yg sorg ni cite pasal anak dia yg makin mmbesar.. dari cara dia bercerita, mcm indahnya pengalaman hari2 dia. balik ade org sambut.. mesti hilang sume stress dia kat ofis.. u know lah kan.. sume tempat keje stress..

dulu ada sorg member pun jawab best bila dah ada anak.

'... ko tak sabar nak balik umah, nak main2 ngan anak kau..hilang sume masalah kat ofis..'

ye ek?

ntah..kalau nak tau.. (jwb sendiri lah!)

Monday, February 05, 2007

berita terkini

heh

ba'atun akan dpt adik
n adiknya dijangka kan
..kembar..

makin botak la bapak ba'atun
makin pening la atuk n opah
makin comel la mamateh (related tak?)
for sure.. bajet raya mamateh tahun nih..akan bertambah

yea yea
seronoknya
tak penah ada twin in my family
ape rasanya ek???

zaman sekolah

masuk umur 7 tahun, mcm org lain, aku pun masuk sekolah rendah
sekolah rendah kebangsaan hashim awang, kepala batas
sekolah ni kat pekan.. ada sekolah dekat umah, tp atas sbb2 tertentu, bapak daftarkan aku masuk sekolah ini...
darjah 1 sampai darjah 3 sekolah petang
g sekolah naik bas apek yang bini nya menjadi assisstant
bini apek ni suka kerintingkan rambut dia.. comel je
yg paling aku ingat kalau dia nak reverse, bini dia la tolong tengok sambil sebut 'kia kia' (jalan, jalan> gamaknya la)

masa ni comel lagi, g sekolah pakai skirt.. ehhehheh. siap ikat tocang
tp dari darjah satu sampai la darjah 3 mmg muka aku la duduk first @ second row, almaklumlah comel.. mane leh perasan2 nak ddk belakang, kang tak nampak, tak pandai pulak..

so.. kalau sekolah petang, pagi2 duk umah, siap kan keje sekolah sambil perati2 kan adik masa mak masak..

darjah 4, sekolah pagi.. so ptg kena g sekolah agama..
haaaa this is the best part in my life
sbb nya kat sekolah agama ni ramai budak sekolah lain
so jumpa kawan baru la
aku jadi nakal masa masuk sekolah agama la
semua semak, semua kg, parit dah aku terjah
tak padan ngan pompuan..
paling best kalau musim buah..
heh, tak main aaaa buah glamer2 nih, kitorg layan buah hutan
so boleh la panjat2 pokok, ke hulu ke hilir kampung, semak semua redah

antara jenis2 buah yg aku tak bleh lupa:
  1. buah asam krenda - buah ni bujur, masa putik warna putih krim, lama2 dia jadi pink, bila dah betul2 masak warna merah darah.. sedap sebab masam. selalunya amik masa dia sedang2 masak, potong, cicah garam , n makan..mak aihhhhh. nikmatnya sebab ada masam, masin n sikit2 manis.. pokok dia tak tinggi, rimbun2 rendah..so kait pakai kayu biasa pun dah buleh
  2. buah muyu - tak tau la ape nama betul @ saintifik dia. dia bujur2 mcm anggur california tuh..warna dia ungu kehitaman.. kalau dah masak sgt, jus nya kena baju, habis, kantoi.. mak marah aaa sbb warna tuh tak hilang
  3. buah staq - warna kuning besar mcm buah tennis. isi putih manis..kulit luar dia mcm ada baldu2..kulit dia org kata buleh makan jugak, cicah dengan kuah rojak.
  4. buah nam - buah ni buruk sket. menggerutu, kaler hijau kekuningan..masam2 manis jugak. tp buah ni tak cari kat pokok, sbb selalunya ustaz akan jual..siap ngan asamnya skali..menarik betul makan sambil main sep tiang atau lompat getah.

selain mncari buah2 hutan nih.. kawan2 sekolah agama ni lah ajar aku jadi budak kampung. seronok.. walau pun kampung tuh tak dek sungai ke ape ke.. but, merasa la jugak main dlm parit, cekup ikan dan mcm2 lagi lah..

mmmm walau pun nakal n jarang lekat kat umah, tp blaja tetap kena blaja.. nak buat mcm mana dapat bapak garang.. waktu main hanya waktu petang. pagi kalau hari cuti kena siap kan keje sekolah atau blaja sket2.. tak d benarkan keluar umah.. ptg dlm kul 5 baru leh kuar n kena balik sebelum azan maghrib..penah jg balik lambat.. akibatnya bernyamuk la kat luar umah,.. bapak tak bagi masuk..padan muka.

hah! lagi satu sepanjang sekolah rendah ni lah aku dpt adik lagi.. masa drjah 2, dpt adik lelaki.. heheh masih lagi pompuan bongsu. alih2 masa darjah lima, aku dpt adik, n dia adalah perempuan.. aduh! sabar je la.. tp tak pe buleh je di buli2

byk lagi yg nak dicerita, but rasa nya sampai sini dulu.. nnt top up lagi.

Friday, February 02, 2007

firstly..
salam jumaat, penghulu segala hari

secondly..
joe jer n zab did it! yea! i'm so happy. btul la hukum karma tuh, buat baik akan dapat benda baik

thirdly..
perkara ini amat susah untuk dikatakan, tp ada benda yang kita kena luahkan supaya kita buleh relief..i'm trying so hard untuk menjadi baik. out of sudden, i dunno when n where i'm going wrong. semuanya macam terlalu susah dan payah.

to u,
i dunno when n where i'm going wrong
i tried so hard untuk menjadi kawan yang baik
i admit, kdg2 menyusahkan..but ada sebab dan musababnya
bukan disengajakan

i'm still here,
memerhatikan anda mendapat apa yang anda impikan
sebgaimana yang selalu kita rancangkan dulu..
i'm still here,
mendoakan yang tebaik untuk anda, sepertimana yang kita lakukan dulu
i'm still here,
melihat anda mendaki dari satu tangga ke satu tangga seperti dulu
i'm still here,
mengingati semua perkara yang kita lalui sama-sama, walau susah atau senang
i'm still here,
struggle all alone without u
i'm still here,
menyimpan kenangan mengusik jiwa

Wednesday, January 31, 2007

janji

kenapa manusia berjanji?
org kata kalau berjanji kena tepati
ade lagi org dulu2 pesan, manusia dipegang pd janjinya
betul ke?
org sekarang masih lagi berpegang pada janji ke?
betul ke org kata kalau tak tepati janji, kita berdosa?
betul ke kalau kita betul, lurus, kita senang kena tipu?
kena tipu dgn janji2 org yg suka amik kesempatan.. betul ke?
being one of sometimes yg lurus bendul, terasa pulak mcm selalu sgt kena tipu
org selalu buat janji, tp org pon selalu sgt mungkir janji

used to hav so called bestfren
during kamcheng2, susah senang bersama, janji mcm2
but bila dah senang, dah jumpa org lain.. janji ntah ke mana..
dem la!
tak pun kan.. ada org tuh, suka sgt janji2 nak g sana, nak g sini,
nak belanja itu, belanja ini..
but then, sampai skang dah 1428 hijrah.. di bawak angin je rupenya

susah ke nak tepati janji?
it is ok kalau tak bley nak commit,
but tolong inform buleeeehhhhh?
tak la rasa diperkotak katik kan..
tak pun kalau setakat janji tuh nak sejuk kan hati org
atau just nak show off as if u je manusia best kurun nih..tak payah buat janji
ohhhh sungguh marah
tak..bukan marah.. kecewa sebenarnya..

'.. jika kamu tidak menyukainya, jangan pula kamu menyakitinya.jika berJANJI maka tunaikan lah..'

Tuesday, January 30, 2007

my wishlist

my wishlist for this year..ekeke

* note - kengkawan, kalau takmo bg masa august, bile2 pun leh bagi..

  1. tour europe
  2. ok fine... takyah la europe, tour london pun cukuplah
  3. nokia N80 kaler itam..aduh! smartnyee
  4. kerusi malas kat ikea, RM79 je..
  5. kalau bukan kerusi malas, kerusi urut pun ok gak ..hihii
  6. ini paling murah.. belanja naik eye on malaysia, satu trip siang, satu trip malam
  7. ni tak bley ckp terus terang.. nak sama benda macam rumet ku punya wishlist..
  8. microvawe yg lengkap sume skali.. (azam nak rajin masak nih hhehhe)

ok ok.. takat ni je la dulu.nnt kalau ada lagi, gua sambung balik list nih.

Monday, January 29, 2007

'mmg ade hantu la korg...'

saturday n sunday ari tuh, my ofis ade buat family day kat one of the resort kat PD..
atas dasar2 nak buat baik untuk inul.. kitorg btolak jumaat petang.kununya urusetia la
so, dlm kul 830 sampai la resort tuh ..

bila dah dpt kunci.. sekonyong2 g la apartment kitorg tuh..ngan beg yg byk tak hengat (inul la nih, brg byk gile)..skali bila sampai pintu grill dah mmg terbuka.. skali terfikir mcm2..being org yg memegang kunci..aku la lead kan..rupe2nya budak dua org (inul n ad) dah lari dulu sbb takut nape grill dah terbukak..teruk betul..aku pun lari aaa..

skali panggil la tengku ejat amir (bukan nama sebenar) utk bukakkan pintu. dengan alasan..pintu stuck..tak larat nak tolak..hahahha

ari sabtu, ad cite ngan aku ade kesan lebam kat tangan dia..inul pun sama..ada lebam, tp bila di tekan2 tak sakit pun.. aku pun mengiyakan je la.. diorg dah cuak2 la.. tp aku ckp la ngan diorg.. ala.. tak ade ape2.. sbb aku ok je..tak dek lebam pun..

hhhhhehehhhe

isnin..hari ni
aku nak amik smyg td..skali bila tgk cermin..oh, atas siku aku pun ada kesan lebam..dan bila di tekan2...tak sakit pun..

sah! mmg hantu dah molest kitorg...aaaaaaaaaaaaa takutttt

*niza, ko pulak ade hati ajak aku tgk kuntilanak..konfem TAK MAUUUUUUUU!

Friday, January 26, 2007

amazing race

kalau di tanya ape prog tv yg paling aku tgu lately nih, jawapannya ialah the amazing race asia..
npe aku suka? sbb dia best ..

being a good rakyat malaysia, of course aku support team malaysia. dlm siri ni, ada 2 team malaysia.. satu team girl power, (joe jer n zab) n satu lagi syeon n andrew..
tp aku rasa if i'm not malaysian pun, aku still nak support diorg. sbbnya..

joe jer n zab
aku suke diorg sbb diorg betul2 support each other.. tak penah nak marah2, gaduh.walau lambat mcmana pun diorg still akan try jugak .. ada smgt utk melawan. and yg paling aku kagum.. diorg mmg bebahasa.. everytime dah abis atau dpt benda, mulut sure tak lekang dari ckp 'thank you'..mmg typical org malaysia lah.. (eh! ye ke?)

syeon n andrew
team ni aku tak la suke sgt. aku ckp camtuh sbb aku cuma suke andrew je sebenarnya. dia ni kalau dgn awek dia.. sungguh2 la penyabar..awek dia buat perangai pun cool je .. tak marah2. tp awek dia pun bagus, tak amek kesempatan.pastuh dia ni gentlemen la sgt2..urutkan kaki awek dia, bwkkan beg.. adus... baiknya.. ada lagi tak lelaki mcm nih kat mana2? kalau ada nak kirim sorg bulehhhh? hahahahh

so smlm tgl 3 team yg last je.. sape menang eh? kalau nak joe jer n zab yg menang buleh tak?

Tuesday, January 16, 2007

6 yang pertama

nih nak buat azam
nak tulis kesah hidup sendiri
supaya nanti2 bila baca balik, buleh ingat kisah lama

so untuk entry nih, nak cite kan kisah 6 tahun yang pertama dalam hidup
aku lahir sebagai seorg budak pompuan dalam family aku
nak kata family susah, tak.. sebab bapak aku keje gomen. walau pun bukan pegawai beso, tp cukup untuk membahagiakan kami sekeluarga.

aku anak yg ke lima..atas aku ada sorg kakak yang jarak usia berbeza 4 tahun.
so, korg buleh la imagine perbezaan umur aku ngan akak dan abg2 aku yang lain
4 tahun yang pertama, of course aku tak bley nak cite.. sebab tak paham ape2

bila dah nak masuk lima tahun, ada satu benda yang aku ingat sampai hari nih
mayb itulah masanya kebluran aku di tarik, dan menyedarkan aku yang aku nih hidup.. dan akan berdepan dengan macam2 benda, kisah, ujian dan dugaan yang aku tak pernah langsung terfikir..

benda tuh jadi pada satu malam bila aku ikut mak aku g pasar malam. kebetulan mak beli barang kat gerai kawan lama dia kat umah lama.. skali mak aku cakap ' dah lima.. ini lah yang bongsu..' heheheh aku anak bongsu masa tuh.. best tau, dah lima tahun, mak aku manja kan aku je.. sbb akak2 n abg2 sume dah sekolah..so mak aku leh la pay full attention kat aku sorang..

mmmm lupa nak bgtau, kalau nak tau, aku lah satu2nya anak mak yang lahir kat umah yang skarang kitorg duduk. kat kepala batas. walau pun dalam surat beranak aku tak tulis specifically tempat lahir kepala batas, tp aku tau.. aku la yg paling bertuah.. org lain lahir kat tempat lain..

but.. kebahagian menjadi anak bongsu tidak lah hingga ke akhirnya. bila dlm bulan dec, aku dapat adik.. waaaaa sedey la.. aku tak tau pun mak aku pregnant.. sebab aku mcm dah konfident, akulah si bongsu yg comel dan yang akan dimanja2..hahahahah. evil! tapi takpe since adik aku lelaki, i'm still pompuan bongsu..;)

but, my brother nih ada problem masa lahir.. tau tak yang penyakit hati yg selalu serang baby2 tuh.. hah my brother sakit tuh la..sian dia.. lahir2 je masuk inkubator, berhari2.. lampu biru.. dah dua hari baru leh tgk my adik, tp still tak bley tgk muka dia sebab mata dia kena tutup takut rosak kena lampu biru.. kecik je tgk dia msa tuh.. masa tuh dah tau aku sayang adik aku nih..disebabkan adik aku nih sakit, aku ingat lagi.. ada satu malam tuh, aku kena balik kg (notice> kg aku kat damansara) berdua je ngan bapak aku.. aku tak paham kenapa. rupa-rupanya adik aku dah kena transfer dari hospital besar penang, ke hospital besar kuala lumpur untuk operation...masa nih, aku faham, bapak aku sayang sgt2 kat adik aku yg sorg nih..

ok..bila dah umur 6 tahun, masuk tabika. bapak kerja, mak kena jaga adik so, ada sorg pakcik nih, bapak mintak dia ngantar n mengambik aku dari tadika..naik basikal tua.. plantar dia besar.. leh bersila atas tuh..

tadika aku nih yg lenggang je.. tak payah bawak ape2.. spjg tadika.. kira aku antara yang paling bijak la kat tadika tuh..bygkan.. aku org pertama yang buleh baca. aku ingat bila ada satu sukan antara tadika.. aku wakil tadika aku dlm acara cr barang, tp kalau nak tau brg ape yg nak kena cari, kena amik satu kertas yang bertulis benda tuh.. aku sepenuh hati lari.. and dapat kertas tulis 'ka-sut'... aku cari kasut, tp kat longgok brg tu tak dek pun kasut.. last2 ada sorg pakcik nih, hulurkan kasut dia ke aku.. hehehheh. rupa2nya mmg tak dek pun kasut kat situ.. jahat tau, diorg sabotaj aku.. tp takpe, dpt jugak hadiah..dapat container besar, mak aku buat bekas simpan gula...

ada satu gambar kenangan aku kat tadika tp skang dah tak tau kat mana. gambar aku tgh mewarna ngan best fren aku.. tp yg best nye.. gamba tu lah satu2nya bukti yg tunjuk aku muka aku blum ada tahi lalat kat atas mulut..mase tuh blum ada kot...kiut..ngan uniform kemeja warna kuning, sluar warna coklat.

masa tadika nih la aku kenal mee sanggul. tau tak? mee kering warna kuning.. sebelum masak kena rendam dulu...goreng letak daging, tauhu, tauge.. dll. mmg enjoy hidup aku utk 6 tahun yang pertama.. seronok. tak fikir ape ape pun.. main main main dan main...

kalau lah buleh terus menerus jadi mcm tuh kan best.. tp, tak jugak, kalau tak besar, tak merasa ujian.. tak tau perngai org.. mcm2 aku akan miss..

ok lah.. nnt cite benda lain.. mayb cerita spjg sekolah rendah.better pen off

Thursday, January 11, 2007

patutkah?

kalau lah buleh isi hati di copy dan di paste kan ke blog ni..
itu lah yang aku akan buat sekarang
biar org tahu apa yg ada dalam hati aku skrg

inilah masalahnya
bila tak pandai nak menyampaikan apa yg di rasa
nak cerita pun tak pandai
nak menulis nya pun tak pandai
sudahnya macam nih la
masuk air ber pain2
but, still rasa yang sama

2007 bukan lah satu 'luck'
bila permulaannya amat lah tak best
if in the beginning pun dah tak best
what do u expect yg lain2?

kunun nya tahun ni
cuma nak ceritakan yg best2
mmm.. tp takpe maybe ini y last mood poyo mcm nih


'.. menyayangi org yg paling kita sayang adalah lebih susah dan payah..'

Monday, January 08, 2007

2007

2007

last 31 disember telah mnamatkan khidmat di j***
but, today as at 8 januari 2007
hanizan telah kembali melaporkan diri di sini
warkhwarkhawarkh
ape la kisah hidup aku ini..

tp ape ape pun
kena berani, kena kuat, kena hadapi ape jua yg datang ...
nak ke tak nak ke ..kena jugak kan

..wish me luck..

Tuesday, December 26, 2006

penah spend time dengan kawan2? i bet penah kan..?
last week adalah hari bersama kawan2

khamis, 211206

me n hosmet spend time makan2 kat seoul, bulgogi
sooooooooooo happening n best..
makan, borak, makan, borak lagi dan lagi dan makan dan borak lagi
best la situh! so skang ada tempat lain yg bleh spend kalau nak hang out ngan kawan2 instead of hartz..
spend time ngan hosmet mmg akan sentiasa best
dolu penah g sg congkak.. mandi dan berendam..
mmg best la
kitorg akan cakap mcm2 benda
dari yg paling luar hingga yang paling dalam
mmg kat umah akan borak
but, kalau kat umah kadang2 dah penat atau akan concentrate ngan tv
tp bila kita kuar, selain concentrate ngan makan.. kita akn berfikir untuk bercakap.. masa ni lah apa yg di rasa, kadang2 akan diluahkan...
so i'm looking forward la kalau bebudak umah nak hang out.. gerenti tak kan mengecewakan
mahal pun sanggup..
lagi satu tempat.. UMBAi ni pun best.. tp wani takkan dapat mood extra best tuh sbb dia tak penah stay kat bukit beruang.. dgn erti kata lain.. tidak penah menjadi beruang.. haha
eh.. td sebenarnya nak cite pasal seoul.. tp dan melalut sampai beruang lak..

ahad, 241206

hari nih ke IKEA, the CURVE dan IKANO
tp hari nih g ngan tini je..
part yg paling best ialah makan ais kerim sambil hayun2 kaki kat parking..
i bet kalau korg tgk kitorg berdua korg akan ckp kitorg kiut..heheheh
mcm2 yg kitorg tgk.. tapi tak beli la sebabnya budget constrain
lagi pun mcm tak seswai nak beli sekarang
nnt2 lah tini ek..

senin, 251206

hari nih pulak ke PD
ngan inul,ejat n kasim
menyervey hotel@apartment@resort utk family day ..?
konfius kenapa aku perlu turut serta? apakah?
tp dah org ajak.. join je la
penat mmg penat.. tp best la jugak

my point sebenarnya ialah.. adalah menarik menghabiskan cuti2 anda bersamasama dengan org yg kita suka.. kan tini kan..