Tuesday, December 26, 2006

penah spend time dengan kawan2? i bet penah kan..?
last week adalah hari bersama kawan2

khamis, 211206

me n hosmet spend time makan2 kat seoul, bulgogi
sooooooooooo happening n best..
makan, borak, makan, borak lagi dan lagi dan makan dan borak lagi
best la situh! so skang ada tempat lain yg bleh spend kalau nak hang out ngan kawan2 instead of hartz..
spend time ngan hosmet mmg akan sentiasa best
dolu penah g sg congkak.. mandi dan berendam..
mmg best la
kitorg akan cakap mcm2 benda
dari yg paling luar hingga yang paling dalam
mmg kat umah akan borak
but, kalau kat umah kadang2 dah penat atau akan concentrate ngan tv
tp bila kita kuar, selain concentrate ngan makan.. kita akn berfikir untuk bercakap.. masa ni lah apa yg di rasa, kadang2 akan diluahkan...
so i'm looking forward la kalau bebudak umah nak hang out.. gerenti tak kan mengecewakan
mahal pun sanggup..
lagi satu tempat.. UMBAi ni pun best.. tp wani takkan dapat mood extra best tuh sbb dia tak penah stay kat bukit beruang.. dgn erti kata lain.. tidak penah menjadi beruang.. haha
eh.. td sebenarnya nak cite pasal seoul.. tp dan melalut sampai beruang lak..

ahad, 241206

hari nih ke IKEA, the CURVE dan IKANO
tp hari nih g ngan tini je..
part yg paling best ialah makan ais kerim sambil hayun2 kaki kat parking..
i bet kalau korg tgk kitorg berdua korg akan ckp kitorg kiut..heheheh
mcm2 yg kitorg tgk.. tapi tak beli la sebabnya budget constrain
lagi pun mcm tak seswai nak beli sekarang
nnt2 lah tini ek..

senin, 251206

hari nih pulak ke PD
ngan inul,ejat n kasim
menyervey hotel@apartment@resort utk family day ..?
konfius kenapa aku perlu turut serta? apakah?
tp dah org ajak.. join je la
penat mmg penat.. tp best la jugak

my point sebenarnya ialah.. adalah menarik menghabiskan cuti2 anda bersamasama dengan org yg kita suka.. kan tini kan..

Friday, December 22, 2006

blablabla ver. 2

nak buat stail surat abg askar kat sini

A. rujuk entry blablabla bertarikh.. (alamak lupe tarikh, malas nak refer)
B. rujuk calipon antara hanizan dan en. ha*** tarikh 22 dis 2006 pada 1000 hours

dimaklumkan.. hanizan akan terus stay di metropolitan kuala lumpur (keramat) untuk tahun 2007 kerana akan meneruskan khidmat bakti di kota ini.

sekian. terima kasih

'berkhidmat untuk DIRI SENDIRI'

hanizan binti zakaria

Wednesday, December 20, 2006

seoul

for the first time ever
ptg ni
hanizan dan kawan kawan serumahnya
akan mengadakan upacara makan makan
di seoul

mmmm
mcm menariknya bunyi nye
ada mcm2 seafood rasanya
smlm mcm dah set satu resolusi
konon konon petang nih aku nak try makan
UDANG + KETAM
skali niza ckp benda nih

'... kalau mulut kau bengkak camne?...'

'... aaa .. a'ah ek.. ' (tak terpk lak)

Tuesday, December 19, 2006

blablabla

almost end of december ...

shit la .. td aku ade benda nak cite
alih2 ada org dtg kaco.. hilang idea aku
jap.. nak recall balik

hah! pasal ni
skang ada pilihan utk aku
ada offer kat penang
but sampai skang still blur2 lagi
dan kat sini pun ada jugak, pun blur2 lagi
hajat hati sebenarnya nak clarify kan sblm balik raya haji nih la
but... 'offer' dr penang tuh datang, but stil tak clear..
bukannya tak nak let go je yg kat penang tuh
masalahnya yg kat penang tuh 'org besar' kat umah yg adjust
adalah menderhaka untuk aku mengatakan 'tak nak!'

ape kata hati?
hati aku ckp.. mana yg konfem dulu, tangkap je
jgn buang masa
kalau yg kat penang tu konfem dulu
balik je
but, hope fully bukan back for good (mati katak aku sorg2 kat sana)
still nak chop ruang kat keramat yg mmg keramat tuh
tidak sanggup mbenarkan org lain merampas hak aku sblm nih
bukan ape.. ruang kat keramat tuh mmg hot! senang je nak cr pengganti
so.. aku still balik penang but, aku still ada kat keramat..kahkahkah
ape tuh? fikir la sendiri.. bijak kan?

so, just wait n see..time will tell
next year kita tgk la.. aku duk mane
debar siot!

Saturday, December 09, 2006

mengemas a.k.a packing

spend d whole saturday this wiken in d office
main target >>>> packing!
dan akhir nya dah siap..
sampai masanya nnt, tinggal nak angkut je
angkut pakai ape?
heh! tak la pakai lori ke, truck ke atau kontena...
kete pun dah ok..
cuma ada dua kotak je
tp.. nak pakai kete sape ek
mustilah hosmet terchenta.
heh! sayang.. hosmet2 ku.huhu

bila last sinih?
ntoh la..
bila pk2 balik
aku pun tak tau bila nak last
kalau nak abis kan cuti..
takut nnt tak dek buat ape pun kat umah
kalau dtg ofis pun tak dek keje jugak

tomorrow my parents dtg..
nak menganto anak bongsu ade course kat UM
dahsyat budak skang, amek course cuti sekolah,
tak men la kat sekolah ke, dewan org ramai ke..
tp sampai ke universiti, kl pulak tuh
kot penang jugak tak pe la kot
aku dulu tak reti pun nak course sampai kl..
duh...time change

pas course nak jln2 kl lak..
ke mana la aku nak bwk budak sorg nih..
idea...

okidoki..
nak balik aaa
dah penat aaa
tak penah ari sabtu aku penat cenggini =)

wiken d ofis

sabtu, tp dtg ofis
sbb nak settle kan keje yang memerlukan privacy..

but, tetibe rasa menyampah yang amat sgt bila
ada org dtg dan cite mcm2 ke'best'an diri dia
duh... sungguh busan

ape kate korg?
kate aku ialah ..
sialannnnnnnnn

kahkahkah

Thursday, December 07, 2006

salam ulangtahun..
moga d berikan kekuatan jiwa,
ktetapn hati,
kmatangn fikirn
dan ktebaln iman.
usia mmatangkn segalanya..

ada apa dengan politik?

















away from d office for 2 days.. cube lihat betul2 tag di atas.. di manakah kesesuaian pemakaian tag2 tersebut?. yea.. Parlimen Negara Malaysia. dua hari menjadi ala2 org politik..

yg first, di recognize as a pelawat sbb just jaga kaunter untuk MINDEF, luar dari both dewan..
d second one, duty dalam Dewan Rakyat.. so mmg kena pakai tag 'bertugas'. as if yg first tu aku tak buat keje kat situ. sampai busan2 aku duk kat kaunter tuh. sebenarnya this is not d first time duty parlimen nih.. 3 tahun keje dah 3 kali kene duty nih. but, since this is d last time (mayb) aku masuk parlimen nih.. so bley la cite. lagi pun tak penah lagi la betugas sampai 2 hari berturut2 kat parlimen.. tu yg rasa macam YB tuh. hahhhaha.

all in all.. kalau korg ada peluang dpt masuk dewan, dgr org bersidang, pegi lah, best dgr org politik bhujah ni..lagi pun leh la paham bahasa2 dewan, ape fungsi YDP, setiausaha dewan, etika dewan, etika persidangan..dress code, sume2 la.... BUT provided u minat politik la.. kalau u pesen yg tak suka politik.. semua u nak hentam baik kerajaan atau pembangkang.. tak payah la buang masa.. hahahhah.(bunyik sgt aku org kerajaan, lantak la kan...)

yang best... first day pegi balik aku naik defender.. second day pon pegi naik defender.. malu ooo panjat, terjun defender.. ngan heel n baju kurung, usung coat lagi.. tp second day.. time balik.. skali ngan menteri, timb menteri.. tgu kat lobi.. alih2 driver dtg naik V6 baru.. hahahhaha rasa aku pun setaraf dengan menteri2 nih.. diorg pon konfius.. budak ni dari mana nih.. (siap duk belakang ok..tp bukan ape.. driver aku bwk driver sorg lagi sbb tu aku dpt duk belakang) ..

mmm.. itu je lah kot xperience aku kat parlimen utk tahun nih.. tak tahu lah bila lagi nak dtg parlimen ni.. kot2 keje kat parlimen ke.. tak pun jadi YDP.. tak pun jadi YB.. tak pun jadi bini YB. ..kahkahkah

Monday, December 04, 2006

pertama kali

baru balik dari jalan jalan carik pasal =)
byk yg dibuat / experienced spjg perjalanan

  • naik harrier
  • makan jeli pisang ..(penah dgr tak?)
  • hotel black-out
  • makan sayur midin, pepahat, obor-obor dan ikan tapah
  • naik mercedes s230
  • naik prado
  • tdo sorg dlm hotel (survive ok)

ape lagi ek.. ada lagi rasanya tp yg ni je yg gua ingat..

gambar tak byk tp malas nak letak lam blog ni..

Thursday, November 23, 2006

jalan jalan cari pasal

baru balik dari kepala batas
indahnya bercuti2
next month akan habis kan cuti
tp ingat sekali sekla akan dtg ofis ni jugak

sblm menoktahkan cerita kat sini
akan berjalan-jalan cari pasal ke beberapa tempat

klia-kuching-sibu-klia

klia-kuching-klia

hahahha. amek kau! sblom ni asyik buatkan org punya je
skrg giliran aku pulak
tak kesah la kan walau pun kene buat keje kat sana ..

Friday, November 17, 2006

tiada lagi kidung mu

tak lama lagi..



nama cik ini akan di gantikan dgn org lain










org lain pulak akan bertungkus lumus kat meja ni







wall paper pc ni pun sure akan diganti ngan gambo
org lain




kesimpulannya.. dah tak lama kat sini.

Wednesday, November 15, 2006

kerja hari ini

nak tahu kerja aku hari nih?

start punch in kul 0744, buat ape2 yg patut kejap..

pas tuh hingga ke saat ini, mencari benda aku yg hilang..
duh... tensi sungguh rasanya

dan sampai sekarang 1635, masih belum berjumpa..

tulun ...

Wednesday, November 08, 2006

otak berfikir+lidah kelu+hati nangis dan hujan lagi...

yoes: best kan s**** .. dah ada husband, dah ada anak, ada kereta.. ada rumah. lengkap dah hidup dia
me : aaa (sambil otak berfikir+lidah kelu+hati nangis dan hujan lagi..)

Tuesday, November 07, 2006

mereka mereka ini


* mereka inilah yang telah memecahkan pasu kristal opah beberapa bulan lalu
* mereka inilah yang telah membuatkan perkakas 'ofis' atuk lintang pukang
* mereka inilah yang suka songlap buku-buku kecik chu yah untuk di bwk balik umah
* mereka inilah yang makan karipap tapi makan kulit je, intinya mamateh kena buangkan
* mereka inilah yang suka kuda-kuda kan babah yet
* mereka inilah yang diajar head bangging sejak dalam walker lagi
* mereka inilah yang main hulla-hoop masa org tgh sebok2 buke puase
* mereka inilah yang sentiasa dirindui atuk dan opah
* mereka inilah yang pandai buat atuk n opah terdiam
* mereka inilah yang paling byk dapat duit raya..
* mereka inilah segala-galanya untuk segala-galanya

Thursday, November 02, 2006

chance...or choice?


'..fate bring us together, but it's still up to you to make it happen. chance... or choice?..'

Wednesday, November 01, 2006

menyambut raya

sume org cite pasal raya, nak cite jugak lah =)

ape yg best? mcm2 ada.. tp yg paling tak leh lupa ialah pagi raya, masa g smyg raya kat masjid pajak song, kepala batas.. kalau nak tahu, dulu2 masa kecik2 sekolah rendah, sekolah agama kat pajak song, n kitorg akan solat jemaah asar kat masjid nih lah.. tp skang ni dah masjid baru.. sumenya totally baru..

tp orgnya ttp sama.. kebetulan sampai masjid awal pagi tuh.. jadinya tgh2 takbir.. dpt lah nengok2 org yg masuk masjid.. byk gak la familiar faces.. kawan2 lama masa sekolah agama, makcik kedai makan, makcik jual aiskrim mesia kat umah, mak cik jual buah.. kawan yg baling batu sampai bengkak kaki aku.. sume skali la.. waaa ada gak yg dah bwk anak.. (ke anak buah? ntah la...)

hari raya kali ni best la jugak... meriah almaklumlah adik beradik ramai, keluarga besar.. baru bbudak ada 3 org.. tp dah kecoh umah tuh macam 20 org.. kalau 20 org macamana haaa?

then, sabtu aku g beraya ngan 'click' lama.. dulu, click nih adalah 6 org.. tp skang 2 dah kawen, n kebetulan hari tuh, sorg tokleh join sebab ada kenduri.. maknanya tahun nih bergerak 3 org jelah..kebetulan tahun nih, umah first adalah umah aku.. alih2 bila kwn aku bersalam ngan mak aku.. dia leh ckp '...eh! tahun nih tgl 3 org je?'.. waaa kelaseran la pulak mak aku ini.. depan aku dia tak pernah ckp pong! kuankuangkuang.. ini perli ke ape ke? ke hin hint nak soh aku pon kawen.. adoi la.. nak kawen ngan sape nih?

hahahah .. kawen ngan org la kan.. kalau ngan mesin basuh, dah lame dah kawen..

tp ape ape pun.. sronot la raya nih..tak dek la busan ke ape ke.. happening je. n harap2 tahun depan lebih2 happening...

Friday, October 20, 2006

.:selamat hari raya:.

sudah la tiba masanya untuk hanizan zakaria untuk membuat pengucapan selamat hari raya dari hati yang tulus mulus ini.. ecewah!

* met-niza-tini-of course wani *

selamat hari raya korang.. maaf ribu2, aku selalu sakitkan ati korg, bagi masalah pada korg, kadang2 mulut aku nih buleh tahan jugak lasernya and kadang2 akan buli jugak.. especially si tini.. hehheh tp aku suke la ngan korg, korg la adik beradik aku kat sini. susah senang, aku cari korg dulu. mayb ini ramadhan n syawal last aku ngan korg, tahun depan tak tahu lak mcm mana nasib aku.. kalau ada rezeki, ada jodoh adan umur.. leh la kita bersahur, berbuka dan mem buli balik.. sayang korang sgt2

* inul-peah ad-ejat *

harhahrhah..selamat hari raya..moga happy d hari raya. to inul.. sayangi lah keluarga anda, dah tgk lom iklan raya tv3? tgk la.. mungkin leh membantu kau. to peah ad, aku tak tau la ape nasib kau tanpa baju raya tahun nih. harap2 sempat la baju ijau kau siap. to ejat.. duit raya yang lebih2 tuh bg je la kat sini..bukan selalu pun

* ayin *

terima kasih sanggup jadi tong sampah aku. ko kira tahan la ngan lawak bodoh aku.. dah tuh kutuk kau pulak. byk seh dosa aku ngan kau.. ampun.. slamat la beraya.. bila la nak makan makaroni bakar kau nih.. nyumnyumnyum

* qin-net-padil-cikgu senah-fida *

hampa nih kawan aku yg da bomb. selmat weh. bila mau jumpa2? gue rindu banget sama lo'. kalau ada plan nak bjalan raya.. toksah la buat eksyen takmau ajak aku.. qin>>>> mana hang? idup lagi ka dak? maap la weh..

* anda2 yang berada di ofis saya *

kepada anda2 semua, especially budak2 kewangan, maaf byk2.. kot2 la cik nizan nih buat korg sakit ati.. marah2 korg, sorry ek.. korg tak de plan nak buat open house kewangan ke? kuikuikui

* kawan2-yang-dulu-penah-belaja-sama-kat-melake *
(meto',sarah,has,sheda,yani,taufik,mega,munir,payan dll)

dah lama tak jumpa, ape2 pun selamat hari raya, maaf zahir batin

* cik afidalina tumian *

selamat beraya di perantauan.. sabar ek.. nnt bg la gambar raya di oxford..

* you-know-who *

hari2 buat org marah, hari2 tuduh mcm2 hari2 tekan macam2... hari2 mintak maaf tapi esok buat balik.. maaf untuk kesekian kalinya.. sampai jumpa lagi!

* dan untuk anda semua *

selamat hari raya, maaf zahir batin =)

ciao,
hanizanzakaria

Thursday, October 19, 2006

ongkos raya

ape y best raya?

of course duit raya.. aku tak kesah sgt pun, rancangan tv ke, baju ke.. tp yg paling best is, duit raya la...

spjg idop, part yg paling best masa belajar kat melaka dulu. bukan ape masa tuh abag2 dan akak2 dah keje, diorg ni pulak pemurah yg amat. penah satu tahun tu aku dapat ratus2 la jugak.. huhu. rasa kaya yg amat.

tp tu dulu la.. skang nih giliran aku la pulak nak kena bagi kat adik2 aku.. n sebab tradisi dimulakan dengan kemewahan yg amat.. kena la di teruskan.. tp aku tak penah ralat bagi byk kat adik2 aku nih.. sebab aku tau diorg takkan joli katak. almaklumlah berlumba2 nak jadi jutawan budak bertiga tuh. kalau la duit tuh diorg buat beli rokok ke, buat tikam nombor ke.. mmg aku tak bagi la kan.. tp kalau duit tuh beli buku, simpan buat investment.. aku sanggup bagi byk2.. yelah kalau diorg kaya besok2 leh la kau tumpang senang. hhahahhaha. karma beb!

yg best kalau pagi raya.. salam mmg lama la.. maklumlah salam berisi.. time nih sure bapak aku akan ulang skrip.. 'korg g bagi kat budak2 senang nih buat pe?.. kan ada anak yatim piatu dlm umah nih... sampai hati korg tak bagi..' hahahahah anak yatim piatu tuh dia la.. sbb mak bapak dia dah tak dek.. mak aku yatim je sebab opah aku ada lagi.. tp sepantas kilat sure kitorg jawab.. ala.. anak yatim piatu nih org kaya.. beli kete pun bayau cash!

harahhrahhahr.. oh indahnya hari raya.. tak sabo rase nye =)

Tuesday, October 17, 2006

ada kisah yang perlu diceritakan

tahun 1992.. kelas 6B, srk hashim awang

'..kalau hang lepas area meja aku... siap hang'
'..peduli apa aku.. aku punya pasai la, bukannya meja pak hang pun!.'
'.. hang jgn kuang ajaq ngan aku buleh dak, hang ingat hang baguih sangat ka?...'
skrip hari2 ntara sorg budak kecik lelaki ngan sorg budak kecik pompuan yg duduk meja sebelah2..tak penah nak baik, ada je silap...yg betul pun silap, yang silap lagi la, kiamat kelas...
dan benda nih berterusan la dr sebelum UPSR, tunggu result, sampai la hari last sekolah...

tahun 1993..orientasi budak tingakatan 1, smka al-irshad

'..la...mangkok ni sekolah ni jugak, pasai pa la dia pun skolah nih..p la skolah lain..'
kalau dah rezeki dan kalau itu yg dah tertulis di loh mahfuz, kita tak dek kuasa nak halang.. budak kecik dua-dua org tuh jumpa balik kat sekolah menengah. tp sebab dendam masa kecik2 dulu, tak pernah nak tegur sapa, kalau bertembung pun sorg tgk langit, sorg tgk pokok... jakun sungguh..

benda macam nih.. berlanjutan sampai masing2 dah besar, dah amik pmr, dah naik form 4. tp mungkin sebab dah besar, dah jumpa ramai org n dah buleh berfikir dgn lebih matang,.. at least, bila bertembung dah buleh senyum.. tp belum nak bercakap lagi..

16 oktober 1996..koridor blok C, smka al-irshad

.. ari tuh ujan renyai2 musim tengkujuh dah nak mula gamaknya..entah kenapa, masa bertembung td, for the first time, budak yg dulunya kecik, tp skrg dah besar.. dah bertegur sapa. tp cuma tanya pasal preparation untuk final exam yg akan start hari isnin, 21 oktober 1996. masing2 macam dulu2 jugak rupanya.. masih main2.. tak reti nak blaja betul2. budak lelaki tuh bgtau budak pompuan tu yg dia dah tak ddk hostel, sbb dah dpt lesen moto. so dia dah berjaya pujuk bapak dia utk bwk kapchai buruk bapak dia g sekolah hari2.. smgat betul dia bercerita pasal kisah dia yg akan berulang naik moto.

17 oktober 1996.. bus stop, simpang 3 keling, dekat smka al -irshad

mcm smlm, kul 230 ptg, hujan renyai2.. tp masing2 balik jugak.. yg pompuan tgu bas.. tgh2 tgu bas.. kwn lelaki dia yg baru baik balik tuh.. lalu dan berenti depan bas stop tp seberang jalan.. dia borak2 jap ngan kawan2 dia. tetiba dia pusing.. tgk kawan pompuan dia yg dia baru baik tuh.. dia angkat kening dan beri senyum yg paling manis.. senyum yg tak pernah dia bagi sblum2 nih kat budak pompuan tuh...budak pompuan tu pun balas balik.. suke rasa hati budak pompuan tuh. dlam hati dah berazam.. mulai esok.. bila jumpa akan senyum balik kat dia..

18 oktober 1996, jumaat, tapak perhimpunan smka al-irshad..

...tgh ucapan pengetua, tetiba budak pompuan tuh nampak ada sorg lelaki g ke barisan guru2, dia bisik something.. n teacher rosni.. jln ke belakang, peluk nazdia.. bisik something.. n tetibe nazdia nangis.. what happened? udak pompuan tuh tertanya.. something to do with.. kawan lelaki yg dia baru baik dua tiga hari lepas.. sbb nazdia tuh adiknya..

'....faidz, accident dan dipercayai mati...'

budak pompuan tuh diam... abis assembly, balik kelas.. hati berdebar2, tangan menggigil..otak serabut..tetiba clasmet balik dari hospital,

'...faidz selamat, tp icu lagi..'

aduh, lega sedikt hati ini.. doa dan terus berdoa.. moga doa hari jumaat ini dimakbulkan allah. baru tergerak hati nak tolong clasmet lain susun meja utk final exam isnin nih..

pukul 12, 18 oktober 1996, jumaat, kelas 4 al-farabi, smka al-irshad

'...jenazah nak dkebumikan lepas asar..'

innalillah.. telah ter tulis di loh mahfuz.. sampai sini sj kisah kita.. budak pompuan tu terus nangis.. nangis yg mcm2 sedih, berdeabr dan yg pasti dia menyesal.. sbb tak pernah nak berbaik ngan kawan dia sebelum nih. dan patut lah.. senyum yg manis semlm utk di simpan sampai bila2....

..17 oktober 2006...kuala lumpur

dah 10 tahun masa berlalu.. malam tadi mimpikan faidz lagi. sama mcm dulu2..tp sekarang dah kurang.. cuma bila dah nak sampai tarikhnya mesti ingat dia.. masa mula2 dulu selalu jugak mimpi kan dia.. ape maksudnya ek?

mcm biasa.. walau tak pernah secara rasmi mohon ampun maaf dari faidz.. tp hari2 mintak maaf dgn dia.. lepas baca yasin.. mesti mintak maaf dengan dia.. dah 10 tahun.. tak tahu lah faidz maafkan tak atau belum..

..i'm typing this dengan background lagu nassier wahab, andai kau di sini..

tak pernah aku menghargai dirimu
masanya takkan bersatu
sesalku tak menentu
bila kau tiada di sisi

..untuk allahyarham faidz radzwan bin abdul aziz...walau gaduh budak2.. tp sesal aku pada kau.. rasanya sampai kini. kau ajar aku untuk hargai apa yang ada depan mata.moga aku takkan buat kesilapan yg sama untuk kali yg kedua...

Monday, October 16, 2006

my wish list dah kurang satu benda lagi =)

huihhuihui

last saturday seperti yg dirancangkan, hanizan dan nurzaid telah ke low yat plaza, dengan satu tujuan iaitu untuk membeli digi cam yg telah di idam2kan mernagkap antara salah satu benda dlm wish list hanizan.. maka sekonyong-konyong pegilah kedua-dua makhluk ini dengan perasaan yg bercampur baur.. memandangkan nurzaid telah pun membuat survey awal.. jd macam dah tau aa nak beli brand ape.. tinggal last verification dari tuan punya duit la...

masuk2 je terus g satu kenai letrik nih.. kedai cikai je.. tp brg ok gak. budak cina kecik kiut tuh pun promot kat kitorg satu brand yg mmg dah di rekomen oleh nurzaid. dengan penjelasan yg panjang lebar.. dan harga yg amat berpuashati, hati kedua2 nya pun bagai kan telah terpaut pada yg satu itu.. tp kita jgn terburu.. makanya telah mmbuat janji ngan budak cina kiut miut itu untuk dtg pada dia balik bila dah abis survey nnt..

makanya kitorg pun mneruskan lah penyerveyan..keliling2 dan panjat2 low yat tuh untuk mencari yg konon2 nya lebih baik untuk harga dan segala-galanya lah. tp... cinta pandang pertama itu tidak dapat dinafikan oleh kedua2 kami... last2 kitorg pun balik la ke kedai yg ke-tama tadi.. tp sygnya budak yang kiut miut itu tiada. tp disebabkan rasa perikemanusiaan yg mendalam.. hanizan pun mintak lah budak kedai tu panggil la jugak amoi yg promot kat aku td. dan maka nya ter'swap' la jugak kad aku pada hari yg bening itu..... muhahahhahahhaha

kesimpulannya.. hari raya ni akan byk lah gambo2 raya me myself my family n sapa2 saja yg nak enterframe la kan.. huhuuh.. nnt kan la gambo raya cik hanizan dan konco2 nya ek. huhuuhu. eh lupe lak nak g tau ape nama digi-cam kitorng tuh.. nama nya casio, EXILIM 7.2 megapixel..gambonye ade tp beso no, nnt la letak..

pas ni ape lak brg yg nak d gugurkan dari wish list ek?