Tuesday, March 03, 2009

kerja

agak agak korang suka tak dengan kerja korang sekarang?
penah tak rasa nak kerja lain
nak buat benda lain
contoh kalau sekarang seorang penyanyi, penah tak terasa nak jadik akauntan?
atau sekarang seorang arkitek tapi teringin nak jadik ustazah?
penah tak?
sure penah kan?

sejak habis belajar dah penah kerja macam macam
tapi basic kerja nya lebih kurang la

1] cikgu tution akaun
bila abis belajar je, terus dapat offer mengajar kelas tution kat satu sekolah agama rakyat kat rumah. yang bestnya sekolah nih sekolah lelaki.wahh..
masa mengajar nih tgh musim world cup. adoyai. ada satu hari tuh, kelas dah start tapi sorang pun takdek. sbb ptg tu ada game england lawan. dah 20 minit cam tuh baru la sorang sorang datang...tution nih tak lama sbb diorg nih semua macam tak berapa minat nak belajar. jadi nya tution tuh di stop kan.

erm..bukan la apa sangat. rasa nya masa waktu sekolah, cikgu akaun diorg ajar, diorg mmg tak paham. so bila ajar tution bagi macam macam latihan and diorg tak bole jawab, diorg malas nak buat..malas nak belajar. aku yg bagi soalan, aku yg jawab, aku yang buat, akhirnya, aku yg pandai..

2] guru sandaran tak terlatih
hahhahah. jadik gstt dekat sek ren keb st mark, butterworth. sekolah nih pun semua lelaki. sbb sekolah rendah, nakal nya up sket. adoyai. ganti seorg cikgu laki nih yg dah tukar sekolah. cikgu nih ajar english darjah 6 dan 5 dan pegang kelas darjah 6. huh mencabar betul ajar. tapi kira untung jugak sebab aku masuk lepas diorg UPSR, jadi lebih banyak monitor diorg punya aktiviti. time gelak best la, tapi time diorg bergaduh...tuhan sahaja la yang tahu.

student kat sekolah nih background macam macam. bilangan melayu, cina dan india sama banyak (penang kan..) pehtu ada yang anak tokei, anak org keje gomen, anak org keje kilang dan ada jugak budak keluarga termiskin. so, nak deal ngan diorg nih kena ada macam macam cara.

kat sini jugak ada kes, my hp kena curi. sekejap sangat. tak sampai 5 minit tinggal, lesap! takpe la tak dek rezeki..then penah jugak join diorg camping. tapi satu hari je, siap jadik juri lawan masak lagi. penah tak korg makan makanan budak india ngan cina masak. yg bahan bahan diorg prepare kat rumah? hahahahha. ya saya pernah (dengan bangga) dah nama pun juri masakan...kena la kan ..and last skali masa diorg punya hari penyampaian hadiah dan hari keluar result UPSR. banyak jugak belajar masa jadi gstt nih.

3] intern kat m*dec
intern kat sini tak lama. 6 bulan je. 3 bulan dekat finance department. handle payment. hari hari kena kejar dengan orang yang memerlukan wang. buhsan.

then, 3 bulan berikutnya kena transfer buat admin dekat MSC central i*ncubator. dia punya bussines adalah menyewakan bilik atau office untuk company msc status yang kecik kecik. so, my job adalah kutip duit sewa, bagi ikan dalam kolam makan, betulkan aircond rosak, betulkan lampu rosak dan mcm macam. pun busan jugak.

and kat m*dec nih pun mmg busan sket. sebab jauh kat cyberjaya. travel hari hari pun dah berjam jam. sebab masa nih stay kat kl, m*dec ada provide bas naik kat daya bumi..pegi bulan balik bulan. pehtu, environment kat sini pun tak berapa best, terlalu ramai wannabess..orang orang nya stylo sgt, kaya sgt dan mindset pun tak sama.

yang best nya keje sini masa pegi training kat cameron highland. nama ja training tapi penat ya robbi..aktiviti paling tak boleh lupa..waktu malam..jalan ramai ramai masuk hutan, nak balik kena jalan sorang sorang tanpa lampu, meng gagau jalan..tapi berjaya. kira berani dan kuat semangat jugak la aku nih..

4] kontrak dengan kerajaan malaysia
wah..di sini la paling mencabar hidup. menangis penah, gelak beso penah, lawak bodo penah, hati kering pun dah penah..

di tempat kan di bahagian kewangan, J*LKN, kementerian ptahanan malaysia. erm..kalau nak cerita in details..kena buat entry khas. maklum lah 3 tahun kat sini. dari zero sampai la jadi pandai menjawab.

paling tak bole lupa masa kena back stabbed dengan bos sendiri. hoh! ingat sampai mati. ha..ada lagi satu, penah menyorok, buat buat tido bawah meja sebab nak lari dari bos yg asyik nak mengelak je dari kena soal audit. dan penah jugak sebab terlalu tension pegi mengulau ke JJ wangsa maju separuh hari. pergghhh..

overall, boleh dikatakan sifat dan perangai aku sekarang nih banyak di develop masa kerja kat sini.

5] sambilan dengan kerajaan malaysia
lepas abes kontrak, patut nya ada offer buat akaun kat one of supplier kat j*lkn tuh. but, because of certain issues, offer itu terpaksa ditolak dengan sebaiknya.
then, di offer untuk post sambilan kat jabatan yang sama.

after consideration yang amat dalam (pakya punya consideration sebenarnya) bekerja la secara sambilan tapi dalam unit yang berbeza. kalau dulu buat finance, untuk post nih buat latihan pulak. sini la tempat paling aman sekali. rileks jeee..tak rasa terbeban pun nak pegi kerja. cuma nya gaji hari kan..so susah la kalau cuti, gaji kena potong, dah la gaji mmg sikit..

6] di angkasa raya ..
dan akhirnya sampai di sini. jauh tuh. angkasa. hahahh.

kat sini best jugak kadang kadang. bestnya kalau banker nak open table..hahahha. tak la. sebenarnya yang best kat sini sebab dapat apply akaun yang sebenarnya. dapat buat reconcile, dapat tengok statement. plus ada unsur2 finance sket kat sini.

cumanya environment dan background org kat sini yg agak berbeza sket dengan the way of my thinking. (eh ape aku ckp nehhh).. tapi takpe, setiap hari by 8-5 my mind set mcm lain. then during wiken dan selepas jam 5, mind set tukar balik.. hahahhahah
compliceted kan? alah..tak pe la. nak idup...ok ape..colours la sket my life...

overall..semua tempat keje ada yg best nya. walau pun rasa mcm kat j*lkn tuh paling banyak develop my mind, my personality dan lain lain, tapi rasa nya setiap tempat yg penah di singgah, ada sahaja yang menyumbang sesuatu. setiap masa ada yang bergunanya.

wahhhh! matured nya aku.. tak sangka

Friday, February 27, 2009

ipiinnn!!! ingat masa depan...

bismillah hirrohmanir rohim ..

allah humma solli 'alla saidina muhammad wa 'ala aalihi wasohbihi wassalim

ya allah ya rahman ya rohim
ya azeez ya hakeemm

ya allah
engkau maha pengasih lagi maha penyayang
engkau maha berkuasa lagi maha bijaksana
hanya engkau yang layak untuk mentadbir sekalian alam
dan hanya engkau yang mengetahui apa yang tidak aku ketahui

ya allah
seandainya engkau catat ini yang terbaik untuk kami
bantulah kami dalam membuat keputusan ya allah
kurniakanlah petunjuk mu ya allah
tetapkan hati kami ya allah
agar kami tenang dengan pilihan ini ya allah

ya allah
seandainya engkau catat ini rezeki untuk kami
permudahkan urusan kami ya allah
kuatkan semangat kami ya allah
berkatilah kami ya allah
dan kurniakanlah kebahagiaan kepada kami
di dunia dan diakhirat nanti ya allah

tetapi ya allah
seandainya engkau catat ini bukan rezeki kami
jauhkan hati kami kepadanya ya allah
buangkannya dari ingatan kami
dan ganti kan ia dengan yang lain ya allah

ya allah
hanya engkau tempat aku mengadu
dan aku redho atas ketetapan mu ya allah

bismillah hi tawakkal tu allah
la hau la wala khu wa ta illa billah hil 'ali yul 'azhim
wasollallah hu 'ala saidina muhammad wa 'ala aalihi wasohbihi wassalim
walhamdulillah hirob bil 'aalameen.

ameen .

Tuesday, February 17, 2009

mengidam

lately nih ada sindrom teringin yang maha dahsyat. tapi itulah benda nya blom dapat lagi. susah betul nak jumpa

1] nak kuih pau inti kentang n daging. tapi nak pau yang kampung punya style. yang dia lapik dengan daun pisang tuh. yang pau dia gebu di dalam tapi keras di luar. rupanya buruk tapi rasanya sedappppp. nak nak kalau makan panas panas..mak aiiiii. dulu cik noriah selalu buat pau nih. silap silap satu pengukus tuh i sorang je yang makan...tapi sekarang nih cik noriah dah jarang aaa buat kuih. selalu beli je. beli sure tak sedap. tetambah kalau pau ahmad ke, pau nusantara ke (yang jual jual kat kedai la ni) tak sedap langsung. inti tah ape ape..

2] nak sukun goreng. ari tuh ada nampak akak kat pasar keramat tu jual. akak nih mmg gorengan dia marvellous. tapi disebabkan ari tuh nak cepat and ada unsur unsur nak diet..so, buat buat macam tak nampak je la. tapi now, bila dah tak bley tahan tekak ni nak makan, akak tuh dah tak goreng. mayb supply sukun dia tak dek kot. duh..kat kelana jaya nih ada. tapi tak sedap..tipis sangat, jadi minyak nye je banyak. gemuk la i..

3] aiskrim batang yang sarung dia pakai kertas tuh. dulu dulu masa kecik kecik harganya seketul sekupang je. cover dia ada gambo gambo buah. tapi perisa dia ada sarsi, oren and ape la tah. best tau sebab dia aiskrim bodo je. maklumlah harga sekupang je. tapi kalau macam tengah panas panas sekarang nih, dapat layan ais krim tuh bawah pokok sambil tunggu bas ke, perghhh...syahdu

4] makaroni n cheese yang cheese nya giler aa banyak. koman koman yang macam kenny rogers punya tuh. kaler cheese dia yang kuning tu je dah really tempting and salivating..owh. tp apa daya, i perlu menahan nafsu. takmo lagi makan lemak lemak nih. eh! bukan la takmau langsung, nak, tp tak bley la main redah je. kena kontrol la kan

erm...rasanya macam ada lagi yang teringin. tapi malu pulak nak buat list panjang panjang nih. kang ada pulak orang kata budak ni ingat makannnnn je..

huh!

Wednesday, February 11, 2009

bukan...bukan begitu

hai..

1] bukan..blogspot dan rangkaian blog yg lain tidak diblock oleh pihak sini. terima kasih :), sesungguhnya kemurnian hati anda amat saya hargai. cumanya lately nih sibuk sikit. bukan apa pun, banyak pulak nak cover. bila awal bulan sibuk prepare monthly report, tgh bulan catch up keje my staf yg dah berhenti tuh. owh, btw, my staf yg bermasalah tuh dah resign. betapa senang nya sekarang. dah dapat pengganti, tp biasa lah budak lelaki. banyak pulak kepoyoan nya. takpe takpe, dia nak main api..silakan...saya ada minyak yang banyak.. muhahahahahh. so, bila dah ralit catch up keje my staf, dah awal bulan balik. siap kan report bulan lepas pulak. then, hari nih baru lega sikit. lagi pun bos cuti hari nih. no, my bos bukannya yg jenis hambat atau suka kacau staf, tp sebab dia terlalu mesra, sampai dia tak suka duduk dalam bilik dia. dia suka lepak lepak kat meja satf dia..penat tau nak berlakon jadi pekerja berdedikasi nih..

2] penah tak rasa macam malas yang amat malas? kaki ni pagi pagi bagai di angkat angkat untuk pegi bekerja. aduhai..susah la macam ni. muda muda lagi dah ada sindrom paksa diri.tapi itulah, walau malas macam mana pun, setiap pagi mesti tak cukup tanah untuk di pijak. sejak sejak subuh masuk lambat nih, ribut ribut diri ni pagi pagi. bayangkan kalau 610 baru azan, sedangkan pukul 625 dah nak kena keluar rumah. huh! mencabar

3] penah tak dengar this quote? 'jangan halang orang bila mereka mahu membuat kebaikkan'. ini quote dari ustaz fahim (masa MMU dulu). contoh, kalau orang tuh dah niat nak belanja (sedekah), terima sebaiknya. kalau kita tolak, kita dah kecik kan hati dia dan dia tak berpeluang nak membuat pahala. teringat kata kata nih sebab bila dalam train ada sesetengah warga tua yang tak mahu menerima pelawaan seat dari anak muda. manis juga kalau pelawaan itu ditolak dengan baik, tapi ada sesetengah nya akan suka marah marah. entahlah, bukannya orang nak ajak menjahat, mungkin mereka sangka pada orang muda itu mereka amat lemah. owh! tolonglah jangan berburuk sangka. sedangkan itu tanda hormat orang pada dia. haih..life is so unfair(motif?)

4] memang betulla lirik lagu ungu '..banyak kata yang tak mampu ku ungkapkan..' sebab ada masa masa nya kita tak tahu macam mana nak terang, cerita hatta dan keluarkan cerita berkenaan satu satu cerita.

5] penah tak ada kawan yang dia nih nampak naif, macam blur dan blank. bila ditanya, banyak yang dia respon tak tahu...kadang kadang ada juga yang dia tahu tapi cara dia cakap tuh, macam tak meyakinkan je. tapi sebenarnya banyak benda yang dia tahu. sebab bila kita test test dia..banyak yang dia bole cerita.tak sangka...takut kan ngan orang macam nih. siapa? saya lah..hahhahahahh

dah pun sampai tengah bulan februari .. cepatnyaa..

Wednesday, January 14, 2009

walking backward

kata orang, kalau kita tak updet dengan benda benda sekeliling ayat yang sesuai ialah '..bagai katak di bawah tempurung..'

adalah dengan demikian, untuk menjadi selari dengan orang lain, kita perlu melengkap kan diri dengan pelbagai ilmu, baik yang ilmiah, intelek, perkara perkara biasa dan sehinggalah kepada lawak lawak bodoh yang kadang kadang penuh mesej disebaliknya.

ada pun begitu, selari dengan kecanggihan teknologi yang kian berkembang pesat, pelbagai medium dan mekanisma yang boleh kita gunakan dan jadikan sebagai medium perantara dalam menambah ilmu pengetahuan dan juga dalam meningkatkan pengetahuan.

okeh..cukup lah mengarut. sebenarnya cuma nak bagitau.

dengan menjelma nya tahun 2009, pihak yang memegang kuasa teknologi maklumat di organisasi ini telah berjaya membuat hidup sesetengah orang tidak keruan. ya, mereka telah berjaya menyekat pelbagai medium perantara yang telah membuatkan sesetengah orang hilang arah dan menjadi ketinggalan.

ya, tiada lagi facebook, friendster, yahoo massenger, Gtalk dan apa apa lagi benda suka dan bahagia. setakat ini, hanya laman laman blog sahaja yang belum di sekat. i'm praying hard(er)..tolong dan jangan lah di sekat...tolong ..(okeh..i'm begging..)

kesimpulan

'..hanizan bukan lagi katak di bawah tempurung tetapi dia sedang berada di bawah katak yang sedang berada di bawah tempurung. GREAT!..'

Friday, January 09, 2009

i learned that :

[1] setiap manusia, tak kira apa warna kulit, pegangan agama, kaya, miskin, atau apa jua.. mereka tetap punya hati dan perasaan. jadi selayaknya setiap manusia dihormati dan diberi layanan sewajarnya

[2] apa maksud, erti dan rasa kasih sayang yang sebenarnya

[3] apa maksud, erti dan rasa rindu yang sebenarnya

[4] apa maksud, erti dan rasa menghargai yang sebenarnya

kita hanya akan sedar akan satu satu perkara itu bila kita alami sendiri. semua benda yang jadi pada setiap orang akan wujud rasa yang berbeza bergantung dengan orang yang mengalami nya.

2008
bersyukurlah dengan apa yang ada, hargailah apa yang ada di depan mata.

2009
bersihkan hati, berbuat baik dan terima seadanya. moga yang baik baik sahaja.

Friday, December 26, 2008

al fatihah

selepas 11 hari ..

makcik yang paling kami sayang akhirnya pergi.

pergi dalam waktu yang masih muda

pergi dalam waktu anak anak masih muda

pergi dengan tiba tiba

pergi

selepas 87 hari arwah opah pergi

tiada lagi panggilan makcik ..

Wednesday, December 24, 2008

ronggeng alleycats

last time punya aktiviti
beronggeng dgn alleycats
dukacita..tak dapat ape ape pun
tp nasib baik jugak la
sbbnya kalau menang LCD 32 inches, camne nak bwk naek lrt?

but. overall

last year punya lagi happening
food pun last year lagi best dan lagi banyak selection
performances pun last year better

some shoots (by myself la of course)

partner in crime

driver for the day, kasik sisi jek

ronggeng yg nyaris2 i nak join

terima kasihhhh!!!

ps: owh, dah dua hari server down, hari nih dah okeh..tp ym tokleh sign in. sj je dengkih diorg nih :(

Friday, December 12, 2008

esok



hai!

adapun ini lah kaki kaki saya dan net ketika menghabiskan masa di bukit fraser tempoh hari.
dan esok, lusa dan tulat, aktiviti tempoh hari akan berulang lagi

esok
kami akan ke 'the mist', bangsar. it is time for clubbing!!. ye, kami akan masuk ke club esok dengan theme 70's. bukan ape pun. it is invitation by CIMB for their year-end party. last year, i dapat ipod shuffle for lucky draw. tahun nih bole tak nak dapat lagi? hikhikhik. sebab party nih bole bawak partner n family, so i bawak la net. sepatutnya ada sorang lagi, tapi orang tuh sibuk kan...

lusa
yiha! jika tiada aral yang melintang. saya, net dan encik padil akan berjimba jimba ke alam penuh kenyaman cameron highlands..yeaaaaaa tepuk tepuk!!. wah..tiada sabar rasanya mahu memetik setoberi dan membeli bonga bonga chenta. ye saya tahu saya gediks..tp saya memang suka menggediks..hikhikhik. harap harapnya jadi la percutian kami kali ini

tulat
mungkin selepas berehat rehat di rumah encik padil kami akan ukur mana mana tempat di KL ini. ya kami kami akan bercuti pada hari isnin itu..berjalan jalan sambil berborak borak dan bertukar tukar cerita.. muhahahah. untuk cukin n siti..itu lah..siapa suruh tidak mahu join? kan dah melepas saat saat bahagia?

hari ini
hari ni net ada PAC kat intura. sehari jek. so net, gud luck! i know you can do it because u have what they want! i'll pray the best for you.
dan saya..sungguh bersemangat untuk bekerja hari nih dan tidak sabar menunggu jam lima

sekarang
sekarang, saya sedang mengingati itu orang..haih...

Thursday, December 04, 2008

self-centered

hai.

lately, agak rasa tertekan bila orang sana sini mula bercakap pasal kurangnya penglibatan aku dalam aktiviti mereka (orang office ini)

mana tak nya 3 minggu berturut turut ada aktiviti sosial di office ini, haram satu pun aku tak join.

aktivitinya ialah
1] dinner kelab sukan dan kebajikan di restoran nelayan, titiwangsa
2] hari keluarga di taman komenwell, kepong @ rawang
3] hari keluarga department di cherating

orang orang ini tak puas hati dan rasa amat pelik kenapa aku tak attend satu pun aktiviti diorg. ada yang kata aku nih tak reti nak meriahkan majlis, tak reti nak ramah ramah mulut, tak reti nak join, tak reti itu dan ini.

i'm like .. 'hoi! suke hati bapak aku la..aku nak reti ke tak reti ke..!'

mmg aku nih jenis berat mulut. sebagai contoh kalau aku tengah tunggu bas, jangan harap la aku nak borak ngan akak akak tuh pasal macam macam. aku akan jawab kalau orang tanya aku je. sebab tuh majoriti orang yang tengok aku kata aku berlagak, bapak sombong. dah..nak buat macam mana.. dah cara aku macam nih.

dan isu ketidak'join'an aku ke aktiviti itu telah membuatkan orang lebih percaya dengan kesombongan dan keberlagakan aku. sebabnya kalau banker buat function gedik gedik pulak aku pegi..

oho..kalau nak tau 13hb nih aku akan ke club 'the mist' kat bangsar, ada banker buat year-end party. tergedik gedik aku nak pegi..siap dah ada baju. hello..dah mmg ini job scope aku. kena pegi dengan tujuan untuk menjaga hubungan dengan bankers. job scope kau tak dek..jgn komplen boleh?

sebenarnya aku anti-sosial. tak reti nak ramah ramah. sebab aku tak tau nak borak pasal anak, pasal corning ware, pasal vision, pasal langsir, pasal tupperware, pasal mak mentua, pasal laki orang tuh yg sedara ngan atuk tiri orang yg nun, dan aku tak suka nak ngumpat ngumpat kawan sendiri..sebab tuh, kalau kat office nih, aku mmg declare jadik anti sosial. sapa tahan ngan aku silakan.. kalau tak..blah!

lagi pun mmg la..aku cuma nak spend kat tempat yang ada kelas je. kalau setakat nelayan titiwangsa tuh ape la sangat. malas aku nak layan

dan aku mmg penting diri sendiri sebab aku tau..kalau nanti satu hari aku terjelepok jatuh..korang still biarkan aku jugak. jadik baik aku pikir pasal diri aku, buat apa yang aku suka..sebab aku tau, perangai korang sama ja.

'..i myself don't care whether you stand on your head or you stand on your feet. perhaps by standing on one's head, the blood will go there more and you will think more. it is up to you what you think. i have my own..' (tun mahathir mohammad)

built to last

I've looked for love in stranger places,
but never found someone like you.
Someone whose smile makes me feel I've been holding back,
and now there's nothing I can't do.

'Cause this is real, and this is good.
It warms the inside just like it should,
but most of all it's built to last.

All of our friends saw from the start.
So why didn't we believe it too?
Whoa yeah, now look where we are.
You're in my heart now.
And there's no escaping it for you.

'Cause this is real, and this is good.
It warms the inside just like it should,
but most of all it's built to last.

Walking on the hills that night with those fireworks and candlelight
You and I were made to get love right

'Cause this is real, and this is good.
It warms the inside just like it should,
but most of all it's built to last.

'Cause you are the sun in my universe,
considered the best when we've felt the worst
and most of all it's built to last.

Friday, November 28, 2008

ojo kelalen

ko paham ke ape maksud tuh?
aku penah paham la dulu
tp dah lupe ..
ape ek?

1] aku mmg tak pandai bab bab IT nih. yg aku tau check mail, post blog, bukak site tu je la. tp kan..ari tuh aku gelak sorang2. aku pun tatau nape aku bole gelak sorang sorang. mungkin aku perasan mcm aku pandai IT kot. muhahah (kasik can la weyy)

sebabnya aku nak baca blog tun mahathir. ada satu entry nih tittle 'gulagula'. tetibe keluar la msg lebey kurang camnih

'ur request had been blocked by the BPA administrator'
path/bla.bla.bla./'lagu' ..

cheh! sebab tittle dia 'gulagula' trus kena block.

pehtu, aku bukak pulak berita harian. nak baca paper. pun keluar msg jugak bila aku klik kat 'ke seksyen lain'

Path:/current_news/BH/Seksyen/index_html?mysec=Nasional

dia block sebab ada perkataan "seks" . (WT*)

aparaaaaaaaaaaaaaa.... so, kepada encik berita harian. tolong la tukau perkataan SEKSYEN kepada RUANGAN ke BERITA ke..sebab kami kat sini tak bley lagi baca berita harian. dah kena block!

2] staf aku yang bermasalah tuh dah datang balik minggu nih. rekod okeh..seminggu full. dan dtg dgn segar bugarnya. aku pun pelik. sbb last wik, ari khamis, aku dah kuar memo ke HR yg telah di CC kan ke bos paling besar pasal masalah dia nih dan apa tindakan HR yang aku tak nampak apa apa pun lagi. alih2 terus dia dtg. aku syak dia nih ada informer la ka sini.

3] mat zaid yang tengah training di seluruh bendang bendang di malaysia telah mendapat posting nya. ceh! cekonon dpt guar chempedak..sekali dapat kodiang. muhahahhahah. terus zufa ada hosmet. wah dengki nya daku..

4] cuti krismas nih ada org mintak aku jadi tourist guide nya sebab dia kata dia nak jalan jalan pusing KL dan main kat sunway lagoon. aku telah bersetuju dengan syarat makanan aku d sponsor. hikhikhik. alah, sebenarnya bukan jadik tourist guide, jadi bibik jaga kembar dia yang hyper tuh.. kurus la aku!

5] tekak nih tengah teringin sangat nak makan benda benda yang belom pernah di rasa. dah ada dalam list ialah wendy's dan tony romas. ada tak sapa sapa yang baik hati nak belanja aku? dua dua nih ada kat sunway pyramid. jom la ..

6] nex nex wik, net nak mai. yiha! best nya.. apa kita nak buat nih net? tak sabaq nak fuya fuya.

okeh..sekarang sudah pukul 10.31 ada lagi 1 jam 45 minit sebelum rehat. hari nih kan jumaat..muhahaha. so, tak lama la aku kena berlakon jadi pekerja cemerlang.muahhahah

Monday, November 24, 2008

jakun la ko nih

hahhahaha
baru tadi, buat keje kat pc kak zu
sbb gua nak masuk SBO dia, nak buat 'penyiasatan'

tibe tibe..
mat rapi dtg and 'on' kan camera yg terlekat kat pc kak zu tuh

wahwahwah ..
jakun siot gua
mana tak nya ..mcm cantek je objek yang di paparkan oleh camera itu
muhhahahha .. ye..mmg camera tu tunjuk muka gua la kan..
takkan muka lu orang

so, gua pun berposing posing la ..
dan amek amek gambo la kan ..

aaaa ..hari ni ade gambo gua ngan retainer
sbb ari nih puasa









tetibe rasa gua spastik sgt kan?
ah. tak kesah lah!

Wednesday, November 19, 2008

panggilan haji





in any minutes, both of them akan terbang ke sana...
dahsyat kan, beg pun letak gambar..tp bagus jugak, senang.kalau kalau ada mana mana org yang tercicir, bole le kekawan tolong bwk kan..

walau pun their flight this morning, tp smlm ptg lagi diorg dah pegi kompleks haji kat bayan lepas. diorg takmau bersesak sesak pagi nih.. nak aman aman, tak mau terkocoh kocoh (bahasa mak aku nih)..

makanya, ptg smlm dlm pukul 5, mak call i, say gud bye. mak pesan ..

'..mak ngan bapak pegi dulu tau. jaga diri elok elok. keje elok elok...'

because i'm not expect yang mak akan call..seriously, i jadik terkedu kejap. (nak nages pon ada) mohahahhaha.so, my respon was 'aa..aa..ye..ye..'

tp takpe, dah mintak mak doakan '.mudah urusan dunia akhirat..' amin.

selepas 45 hari (lama tuu..) baru diorg akan balik sini..

'..semoga selamat pegi dan balik. di mudah kan urusan di sana, di kurniakan haji mabrur dan diperkenankan segala hajat dan doa...'

apesal gua sedih nih beb?

Tuesday, November 18, 2008

hai

hai
i baru balik dari kepala batas
nikmatnya duk umah ..
tuhan sj yang tahu

1] pakya and cik noriah berangkat subuh esok. i cuma tolong cek cek kan barang apa yang nak di bawak. rupa nya org g haji ni tak bawak banyak benda pun.

2] baru i tahu citer mizuki yang ada shun oguri tuh ada main kat 8TV tiap hari ahad kul 3. aisey..nape leh tatau nih. nampaknya pas nih dah ade cerita nak di tgk ptg ahad. owh..shun..nape la ko hensem sgt

3] nex wiken, my department ada buat family day kat cherating. memandangkan i tak dek family so i rasa cam tak best jek g sana. dah la jauh. adeh.. ape alasan aku nak bg untuk meng'escape' nih ..

4] baki cuti untuk tahun ni ada lagi 25 hari..kekononnya hujung tahun nih nak amek cuti lama sket..sbb leh sambung2. skali pak ya n cik noriah balik 3 januari..nampaknya bring forward la plan nak cuti lama.. lambat lagi tuhhhh

5] raya haji nih..cuma balik untuk raya ja. sbb tak dek org kat umah kan..padil pun tak dpt cuti. lagi bagus..senang cerita. selasa 9hb tuh keja la jawabnya.

6] lastly.. nih gambar cukin amek hari tuh. hikhikhik. i nih kekdg je fotogenik..selalunya hancur..

Thursday, November 13, 2008

keluar lah dari kepompong, mungkin kau akan lega

akibat terlalu depressed, stressed, serabut, semak, kacau, sakit hati, tindakan drastik telah dibuat oleh kami kami dengan membawa diri jauh dari orang lain. ke tempat yang tiada orang pada waktu yang tiada orang.

bila naik time orang turun dan bertapa di situ masa orang sibuk sibuk mula bekerja.. wah.. aman dunia. terasa dunia kami yang punya. bole baring atas jalan okehhhh!!

lega sekejap..













kalau teringin nak experience macam mana dunia ni kita je yang punya.. pegi la sini. bole dengar bunyi dengungan telinga sendiri ..

Thursday, November 06, 2008

hai. nama saya hanizan. tp orang panggil nizan, nixan, zan, jan, ha-ha. dan bos saya panggil saya haiza.

untuk pengetahuan semua pihak, saya telah melalui satu proses transasi dalam hidup yang bukan secara semulajadi. maksud saya transasi ini berlaku kesan dari paksaan atau kejuruteraan perubatan moden. owh, bukan..saya tidak mengamalkan suntikan botox mahupun vitamin E. saya telah menggunakan kaedah lain. dan kaedah ini bukan untuk menegangkan muka, leher atau sewaktu dengannya..tapi..

ya, saya telah menarik, menggerak dan membentuk struktur @ alignment gigi saya. huhu. adapun pengalaman semua proses itu telah men'kos' saya ribuan ringgit jua. tp saya tak kesah..saya suka akan keputusannya..wah!! terima kasih tuan dokterrr.

ya..untuk mereka yang belum mengetahuinya. tiada lagi band kaler kaler di gigi saya. semuanya telah di buka.. tempoh tiga tahun tujuh bulan tiadalah lama mana..hahahahhah

dan ini adalah saya bersama dan tanpa mereka (band kaler kaler, wire and brackets)


13th march 2005 - 3rd oct 2008



hari ini


tp sebenarnya, saya masih perlu memakai retainer selama lapan jam setiap hari. tp disebabkan saya tidak dibenarkan menguyah makanan tika retainer terpasang, maka, kebiasaannya retainer akan dipasang waktu tidur sahaja...

erm...sebenarnya saya lagi suka kalau braces tu masih terpasang. sebab saya terasa seperti gigi saya terletak elok, tidak bergerak (walau pun kunyah jambu batu) dan ketat.

tp takpe, yang pasti..masa saya berkata kata, tiada lagi tempias akibat daripada pagar yang longgar.. hikhik

Tuesday, November 04, 2008

apehal kau nih?

saya baru balik dari berfuya fuya
ke mana?
nanti lah cerita
tempat tuh amat lah aman damai

tp ..
semalam bila balik..ada orang mengeluarkan statement
dan respon saya : ape bendeee la nih?

bukan apa ..
dah letih sangat dengan benda benda yang begini
bukannya tak pernah explain ..dah banyak kali
semuanya dah di explain, tak dek yang tertinggal
ingatkan dah paham .. rupanya still ..

betul la orang kata, 'rasa' yang satu nih, tak bole paksa paksa
dan kalau dah kata 'tak' 'tak mahu' 'aku tak suka kau'
paham paham la ..

Friday, October 31, 2008

terlalu ingin ketawa..
lihat apa yang mendamaikan jiwa















tiada bahagia..

Friday, October 24, 2008

enuf!

awal awal dulu my unit ada 5 org
seorg officer (me)
dan 4 org kerani.

lepas tuh dec last year
one of my staf promoted to ketua kerani and transfered to other unit
so, tinggal 3

then, early this year
post ketua kerani telah diwujudkan dlm my unit but, dgn syarat kerani akan ada 3 org shaja. fine..tak de masalah (dlm hati aku berkata)
lagipun yg dpt post ketua kerani tuh one of my staf jugak
tp, disebabkan yg dpt ketua kerani tuh my staf jugak, so my kerani tinggal 2 org sahaja.

bila HR buat interview baru, untuk ganti my staf
my 'upper level' telah mengambil org itu dan diletakkan di satu unit baru. yg bertanggungjawab untuk menjaga claim org2 besar yg-tah-hapa-hapa-diorg-nih-mengampu
maka, aku short one staf. b*bilah!

so, there goes..aku ada seorg ketua kerani dan 2 org kerani

nak dijadikan cerita, seorg kerani aku nih asyik MIA
kalau tak EL, sure MC
memula dia kata dia ada migrain..dah lama lama nih dia kata dia ada darah tinggi pulak
kalau hilang tuh bukan sehari, kekdg sampai direct seminggu tak datang
ape jenis manusia pun aku tatau
fine..aku paham dia kata dia sakit, but, sampai bila dia sakit yg membuatkan org lain pulak bole sakit tanggung keje dia

lagi satu dia nih mmg banyak kes. dari dulu lagi dia nih dah buat perangai. MC< MIA< EL nih mmg dah lama dia buat. pernah previous officer bertumbuk dengan dia bila jumpa dia duk meniaga buah. padahal dia kata dia tgh migrain
pada aku jadahnya org sinih nak percaya lagi ko migrain ke ape ke, kalau ko dah penah tipu org

bygkan kerja yg sepatutnya dibuat oleh 3 org, kena delegate kat dua org. bila sorg lagi selalu tak dtg, konfem la yg sorg nih kena buat. yang menambahkan risau aku ialah yg sorg nih pulak mengandung, terpaksa pegi bank pagi2, panjat van sana sini sebab nak bank in check semua bagai. buatnya akak kerani aku tuh terberanak ke, tak ke jenuh aku nak menjawab ngan laki dia

yg aku geram mamat yg selalu MIA nih, kata sakit, tak bole tido lah ape lah, takbley angkat kepala la, tp bini duk beranak jugak. haih...sakit hati aku
dan yang aku sakit hati, bila dia tak datang, dalam pukul 2 ptg mcm tuh, baru nak sms aku bgtau mc la, EL la apa la..sakit hati tau!

dan semlm for the first time ever aku jawab sms dia yg aku harap dia paham..
aku ckp,

"sampai bila nak mc? sampai bila org lain nak buat kerja kamu? tolong pk pasal org lain jugak boleh. org lain pun ada masa tak sihat, nak jugak apply cuti untuk famili. jgn beban kan org lain"

dia bole jawab

"saya tau saya dah susahkan ramai org. hanya Allah sahaja yang boleh membalas jasa. saya akan sentisa doakan yg terbaik untuk org yg dah byk tolong saya"

aku tau aku mmg bukan org yg baik. dan bila aku dah marah, tolong la jgn main2 atau guna2 nama Allah, doa dengan aku, mmg silap banyak dan akan buat aku bertambah marah. so, aku jawab balik

"takpe, takpayah nak sibuk2 doakan untuk org lain. doakan untuk diri sendiri lagi baik. saya dah letih nak dengar maaf2 nih. macam nih lah. tolong buat keputusan. jagan bebankan org2 lain. saya dah malu nak jawab ngan org keliling"

amek. sebeanrnya aku nak jawab mcm nih

'lu berenti je bole tak? gua nak carik org lain. kecik2 takmau mampos, dah beso menyusahkan org!'

tp, aku rasa aku baik lagi dan aku kenangkan anak bini dia yg aku tatau bulan nih dia nak bg makan apa sebab dah kena cuti tanpa gaji. SHAIT!!!

Wednesday, October 22, 2008

about me

kukin_sukri: jan tu kan
kukin_sukri: dia ok
kukin_sukri: baik
kukin_sukri: tapi kadang2 ada la anginnya
kukin_sukri: angin jiwa kacau
kukin_sukri: dia ada banyak falsampah (kalau pakai falsafah mcm geli)
kukin_sukri: dia sorang ja paham
kukin_sukri:
kukin_sukri: tapi baik hati
kukin_sukri: orangnya
kukin_sukri: (sekian)
Me: yg tak eloknya aku nih?
Me: cepat..bgtau
kukin_sukri: hemm
kukin_sukri: susah nak paham la kot
kukin_sukri: bagi org lain
kukin_sukri: aku susah nak ckp
kukin_sukri: sebab aku kenai hang
Me: la..giii....?
kukin_sukri: hang tak pandai nak express feelings hang kot
Me: so obvious?
Me: demmmmmmm

ps: those come from a good-observer..dah kenal lama. mcm betul la hasil observe dia tuh.

Tuesday, October 21, 2008

always tag in my heart

how should i start?

i have them years ago (betul ke ayat nih?) and i still have them until now.
sejak kami kenal, kami kenal parents and family masing masing, kami kunjung mengunjung rumah masing masing. contoh rumah cukin, dari kuarters kat sekolah khir johari, kuarters kastam and now kat mutiara court..semua kitorg tahu..cuma kitorg takpenah tinggal serumah. tapi berfuya fuya mmg itu lah kehebatan kami. dari zaman sekolah, kelas tambahan, zaman belajar belajar and sampailah sekarang. walau separuh di sini dan separuh di sana, but, the bond never been fade but, even close..

siapa kami? kami la power rangers, charlie's angel, satria baja hitam, puak pelampau irshad, sayap kiri, dan bahan eksperimen yang gagal. hahahahhah.



siti hajar binti ismail a.k.a chegu



kenal siti dari darjah dua kat sekolah rendah kebangsaan hashim awang, kepala batas. dari darjah dua sampai darjah enam, kitorg satu kelas. and masa form 1 masuk irshad sama sama.
siti nih la dalam kelas bole kata paling bijak. hahahha. bijak makan dalam kelas. bayangkan cikgu midah math yang garang tuh mengajar kat depan, dia bole bukak nasik lemak daun pisang makan dalam meja. perrrgghhh..cekap tak hengat. sebab gua duduk sebelah dia (deskmet), gua pun join skali. nak buat camna, nasik lemak dia sedap aaaa.
masa sekolah rendah, kitorg lah ahli koir sekolah. setart dari darjah satu, sampai darjah 5. darjah 6, kitorg dah tak join kior kitorg join pancaragam pulak. hahahha. kitorg bukan la budak pandai, tp tiap tiap tahun hari penyampaian hadiah, kitorg sure naek pentas. tp bukan amek hadiah, perfom je. hahahahah.
parents siti kenal ngan my parents. satu hari beberapa tahun lepas, bapak siti accident, koma dan icu. kesian dia masa tuh. tak tentu arah. yelah, bila bapak dah mcam tu kan..tp takpe, bapak dia dah ok sekarang cuma kaki sebelah kena potong sebab dah tak bley selamat lagi.
siti nih mmg seswai jadik cikgu sbb mmg ada bakat la. bukan mcm kitorg, baran. hahahha.

nurfadzillah binti abd. aziz a.k.a padil



inilah umat paling baik antara kami. hahahah. tp sekarang tidak lagi. mulutnya pun dah laser macam kitorg. kalau ada masalah income tax, cari la dia nih. sekarang nih, dia la palaing kaya antara kami semua. hahahha.
kenal padil dari form 1. satu kelas kat irshad, selain dari form 2, yg lain semua kitorg satu kelas. hahahah. balik balik mmg muka makcik ni lah.
dulu..padil nih tokei roti/bun kitorg. sbb kalau ade add class ptg padil nih la akan belikan bun atau muffin kat kitorg sbb umah dia dekat ja..dia balik umah, kayuh beskal..lunch and tapau kan bun untuk kitorg yang kelaparan nih..
padil nih anak tunggal pompuan, mayb sebab tuh dia lebih ladies dari kitorg. dia dulu lagi dah pandai pakai henbeg, lipstick..sampai sekarang la. dia la pandai groom diri. tak macam kitorg. apa yang ada ja. hahahha
mak padil nih cikgu, bapak dia kastam. bapak padil satu ufis ngan bapak cukin..what a small world kan? so, kalau pegi beraya umah padil, cukin sure kena interview macam macam ngan parents padil. kalau tak silap mak padil pun baik ngan mak cukin. ye lah mak cukin pun cikgu. hahahahahahh. sungguh penang tuh kecik

tengku munira binti tengku izhar a.k.a net



camne leh jadik net? hahahaha. asalnya kitorg panggil tengku. dari tengku, susah nak sebut, kitorg pusing jadik tennet. last2 tennet panjang, tinggal la NET. hahahah. seswai kan.
net, dikenali masa form 3 satu kelas. tp tak baik sgt. sbb net nih budak hostel. jadi dia kadang kadang terkontrol ngan panduan dan amalan hidup budak hostel. ahahahah. lagi pun net nih dia jenis sempoi. tak banyak masalah, tak reti melawan. bagus kan?
net nih, parents dia duk alor star, so kat penang dia duk ngan atuk dan wan nya kat jalan baru, perai. kalau pegi beraya umah net nih, tak penah tak ada orang. paling paling akan ada 5 orang kanak kanak. orang besar, tak payah kira la...
dulu dulu masa form 5, kitorg amek tuisyen kat bukit mertajam (foo siang). tp net tak join. dia kan budak hostel. tp kitorg akan share apa2 ilmu lebih ngan net, ngan org lain..kalau depa tanya, baru kitorg ajar..hahahha jahat kan kitorg? besa la.. nak idupppp.
net skang nih org HR kat Aident bukit minyak. jadik kalau ada nak refer pasal hak hak tuntutan sebagai kakitangan..silahlah merujuk pada dia. hahahhahah

asyiqin binti mohd syukri a.k.a sesukin @ sukin @ cukin @ qin



cukinnnnnn..dia nih asalnya kitorg panggil qin. tapi penah panggil sukin, sesukin sesyukri sestokin..hahahhahahh. dia nih aku kenal since form 2. tp mula baek masa form 4. dia nih la agent foo siang. mana dia dapat tuisyen nih pun tatau la. kitorg yg lain ikut je. kat foo siang nih la kitorg main main mata ngan kok liang, hee chua and the gang. kitorg tak layan mamat melayu sbb poyo.
cukin..hang ingat tak kedai roti canai tepi wayang tuh. hahahhaha. roti panas ngan air barli, pasti pandai akaun. hahahahhah. kat kedai mamak nih la kitorg suka ngorat ngorat mamak tuh. untung untung dapat diskaun nak lagi hebat dapat roti free satu. hahha
cukin ni la satu satunya yang terkeluar dari landasan. haha. sbb dulu kitorg belajaq akaun. tetiba dia amek degree IT. la nih keja dia buat buat pasal IT nih lah kat kompeni sunquick n gula gula hacks. and lagi hebat dia part time photograper.. perghh terangkat. sapa sangka kan? kisah hidup berpusing 360 darjah dari apa yang telah dilalui sebalum nih..
dan kehebatan cukin adalah..dulu dia hari hari nama kena amek ngan pengawas sbb datng lambat. tp being cukin, dia selamba ja. bole jawab ngan prefect 'amek la nama aku..tak abeh haih..' hahhahah. cayalah cukin!

kisah kitorg nih sebenarnya banyak mula di bumi irshad. sekolah menengah kebangsaan agama al-irshad, pokok sena, kepala batas. kat situ lah kitorg membesar, tengok dan mengadap muka masing masing. kat situ la kena denda, jalan itik, kena marah, gaduh ngan classmet, lawan cakap prefect, larik dari spot-check. hahahhaha.

bila hari raya, beraya dari satu rumah ke rumah yang lain. dari dulu dari pagi sampai petang beraya. walau pun hanya dengan org yang sama, tp takpenah kitorg diam. eh ada satu masa kitorg diam.. bila dapat makanan. hahahhaha. memang dari dulu..kalau tak makan, mulut masing masing, bagai bertih jagung. but, datang je makanan, 10 minit pertama musti sunyi sepi. menghayati dan menghargai rezeki. itu yang kitorg belajar. hahah

hampa..aku tak sabaq nak balik penang lagi. layan seoul lagi nak?

Monday, October 20, 2008

tak perlu diucapkan

Di raut wajahmu telahpun kutahu
Dari sinar mata ku telah menduga
Ada rasa yang membara
Ada cinta yang menyala
Tak perlu lagi kau nyatakan

Dari kemesraan yang telah kurasa
Dari tutur kata yang mesra menggoda
Tak dapat ku merahsiakan
Haruskah aku nyatakan
Cintamu telah berbalas

Biar saja tak perlu dinyatakan
Biar saja tak perlu diucapkan
Rahsiamu, rahsiaku bersama
Biar saja tak perlu dinyatakan
Biar saja tak perlu diucapkan
Rahsiamu, rahsiaku bersama, bersama

Kuhulurkan tangan kan ku pimpinimu
Kuluangkan hati isikan cintamu
Dari wajahmu yang ayu
Dari mata mu yang sayu
Tak perlu ucapan itu...

ps : sape rasa i sayang dia and pehtu dia pun sayang kat i? angkat tangan..
kasi la lagu ni kat i. hahah

Thursday, October 16, 2008

aku lah hero hindustan itu, kalah dulu, menang last2

hikhikhik

1] penah tak cakap sorang sorang? semalam sampai datuk keramat pukul 650 petang, dalam keadaan hujan lebat dan kilat sabung menyabung. sungguh la bertawakkal dalam jalan balik ke rumah. gelap pulak tuh. macam dah malam. being seorang yang penakut, saya pun berkata katalah seorang diri untuk memberanikan diri. rupa rupanya ada orang kat belakang terdengar. tersenyum sorang sorang mamat tu.. takpe takpe, hari raya, kena maaf kan semua orang.

2] ada vacancy untuk post Pegawai Kewangan dan Akaun dekat unit sebelah (unit yang selalu tak puas hati ngan saya and the other way around). ada orang sungguh sungguh suruh saya apply sebab dia kata schemenya lebih tinggi (gaji lagi tinggi of course). but, dengan penuh helah, saya tolak. bukan tolak rezeki, bukan jugak menjadi bodoh, tapi keje kat situ tak berkembang. hanya monitor payment thru sistem in daily basis. takde kena prepare apa apa akaun. cuma report je. takmo lah. dah la orang orang nya semuanya veteran yang sudah amat susah untuk di handle. maklum la orang lamaaaaaa. plus, tiada lagi connection dengan bankers bankers yang sometimes really make my day.

3] beberapa hari lepas someone kata saya adalah orang yang susah untuk di layan. hah! memang la. dah lamaaaa dah tahu, dan dah lamaaaaa jugak diberitahu dan dah banyakkkkk kali memberitahu. and excuse me, saya pun tak hadap layanan dari orang lain dan tak mintak pun di layan. full stop.

4] beberapa malam lepas, buat kali kedua nya saya menonton 'the pursuit of happyness'. dan buat sekelian kalinya saya menumpang bahagia kala dia berlari lari dan melompat keluar masa dia dapat jadi agent kat dean witter tuh. and of course rasa seronok masa

'knock.knock.'
'who's there?'
' no body..'
'no body who?'
' .... '
' no body who?'
'... '
' hahahha..ok i got u..'

kiut kan.. believe me. kadang kadang hidup akan jadi dull kalau semua benda yang kita nak kita dapat dengan mudah. for example, masa belajar, dapat scholar, lepas belajar dah ade keje (tak yah interview), bila dah keje, tak payah bayar loan, gaji maha banyak. best ke macam tuh?

atau nak macam nih. keje sandaran 2 bulan, intern 6 bulan, kontrak 3 tahun, sambilan 6 bulan. dapat permanent tapi bukan dalam scheme yang sepatutnya. gaji, alhamdulillahh..cukup cukup untuk bayar loan yang satu perlima dari gaji bulanan, sewa rumah, bla bla bla. owh..untuk dapat kan pelbagai post di atas, interview dah berkali kali. applications? tak terkira. tapi takpe. have faith. walau tak dapat macam org lain, but the knowledge that count. ilmu tentang dunia, tentang orang orang dan tentang kenal diri sendiri.

satu hari, my happyness will come. i will jumping for joy...

Wednesday, October 15, 2008

bunyi gagak

jumaat lepas balik penang sbb nak amek retainer.

sbb trus nak ke bhar dental kat jalan tenggiri, jadik, turun bas dekat megamall.
dari bus stop, kena la jln sket ke taxi stand
masa jalan jalan sorang sorang tuh..terdengar kicauan burung. er..to be exact, bunyi gagak.

a-ha! ..
inilah perbedaan berjalan di penang dengan kola lumpo

kalau jalan jalan kat area kepala batas, walau banyak kereta macam mana pun,
di tepi tepi jalan still ada ayam ayaman, burung terkincit kincit, kucing kucingan and kekanak kecik main beskal.

kalau jalan jalan kat area bagan atau perai walau sibuk mana pun, still boleh dengar kicau burung, walau pun gagak. sebab area nih dekat dengan pantai, dengan laut. gagak walau pun hitam, jahat and kotor, tp bunyi dia yg garuk tuh, skali skala layan masyukkk jugak

kalau jalan jalan area chowrasta, walau pun panaih, banyak ah so and ah pek..tp bau hanyir nya cuma ada kat situh jek. lagi menyengat kalau dapat layan cendoi yang tepi tangga tuh..perghhhhhhh..nikmat dunia. tengah tengah layan cendoi..terbau pulak bau manis manis jeruk betik, salak, jambu, pelam, bawang, cermai, kelubi, kundang, pair waduh waduh..

peh tu, kalau jalan jalan kat teluk tempoyak waktu maghrib ( cukin..keh keh keh) mmg pantai dia best..masa tuh tak main la umbai (ape kelassss) nak nak dapat hidu haruman ikan bakaq..dengan tomyam yang org tuh kata sedap gila nak mampuih!

pehtu, kalau nak balik kepala batas, lagi best layan feri..alahai..angin sepoi sepoi bahasa, rebut rebut duk tepi, bau ayaq laut.mana nak dapat kalau bukan kat penang? owh, lagi satu..sebelum balik, baek pekena pasemboq. perghhh...terangkat

okeh cukin. hang tak bley gelak dah. aku tak kira gagak pun gagak la. tolong la bawak aku balik penang. jadi maid hang pun ok.

Monday, October 13, 2008

the troooop



JENERAL
Tuan Haji Zakaria bin Mat Amin

B. JEN
Puan Hajjah Norriah binti Mat Rasit

MEJARsss
Noriza binti Zakaria
Zainur Rijal bin Zakaria
Zaimi bin Zakaria

MEJARss (IMPORTED)
Abdul Rahim bin Ishak
Fuziati binti Omar
Mazlini binti Othman

KAPTENss
Zulfa binti Zakaria
Hanizan binti Zakaria
Mohd Nurzaid bin Zakaria

PEGAWAI WARANss
Muhamad Aimaduddin bin Zakaria
Nur Amirah binti Zakaria

SARJAN
Rabia'tul Adawiyah binti Zainur Rijal

KOPERALss
Muhammad Haziq Amsyar bin Zaimi
Muhammad Harris Afham bin Zaimi

PREBETss
Nur Ainaa Damia binti Zainur Rijal
Muhammad Faris Daniel bin Zainur Rijal
Nur Aliyaa Najwa binti Abdul Rahim

Tuesday, October 07, 2008

pertama kali

akhir ramadhan 1429, macam macam pertama kali yang jadi :

27 Ramadhan 1429

pertama kali bersahur luar rumah. sebab dah on the way balik kepala batas, kami singgah kat pelita Juru. walau pun tak makan sebab still kenyang belasah sate kajang kat sg buloh, tp kira teguk air kosong n temankan org lain bersahur kira bersahur jugak la.
best jugak kalau bersahur kat luar. tetambah kalau kat mamak, happening jugak la

28 Ramadhan 1429

pernah tak terpk yang diri kita pandai berposing depan kamera? huhu..kitorg telah berjaya membuktikannya..yeaa...sepetang di botanical garden, macam macam pose kitorg buat. hahahahah. maklumla best fren pgotographer (qin, tauliah tak hang? muhahahaha). ya, photographer itu yg telah membuktikan yang kitorg nih berbakat dalam bergambar. muhahahahha. nak tgk? tp sikit je la kitorg expose ke public. tgk sinih www.flickr.com/photos/syiqin select kat high school reunion.






29 Ramadhan 1429

penah tak dgr org kata jgn terlalu bersuka suka, nescaya ada yang buruk menanti? (lebey kurg la ayat tuh). menjelang sahur, my opah meninggal. meninggal kat umah kitorg. jadinya, first time la rumah tu menguruskan jenazah. first time i tolong org mandikan jenazah, first time tgk semua proses menguruskan jenazah...first time untuk semuanya.segala-galanya. part paling sedih bila tolong makcik tuh mandikan jenazah. sbb mak anak perempuan tunggal opah, jadi kalau dalam pantang, mmg opah la yang akan jaga mak. opah la yang akan mandikan kitorg masa baby dulu..kira hari tuh bayar balik la, i mandikan opah. sedih kan? tp takpe, opah pegi ngan cara baik, menguruskannya amat mudah, ramai yang dtg ziarah walau pun takdek sape pun kat kepala batas tuh kenal dan tahu kewujudan dia..rezeki masing masing kan? owh, hari ni jugak first time berbuke ngan nasik bungkus kat kepala batas. sepanjang 28 tahun, takpenah berbuka ngan nasik bungkus..takpe lah..sedap jugak mkn hari tuh

30 Ramadhan 1429

sebab semalamnya sibuk menguruskan kematian, rumah mmg la berubah. brg brg nak raya pun dah hilang susur letak, ketupat, kueh raya..merata rata. jadiknya sebuk betul..dari pagi sampai mlm..tak menang tangan. tp sempat jugak kitorg berlima pegi ziarah jusco yang baru bukak kat bandar perda tuh. huh! tak senonoh. takpe, pakya n cik noriah dah bagi green light. tak beli ape ape pun, temankan kekanak dua org tuh beli brg raya...i cuma kasik komen, chantek ke idak. hikhikhik

kalau takdek yang pertama, sure tak de yang kedua atau ketiga. semua benda jadi ada sebabnya.

owh, now baru i paham kenapa dapur jadik luas n panjang, ada lubang tempat kluar air n ade getah paip yang panjanggggggg kat umah..

n sape sangka, kitorg yg lama duk pajak song tuh, tup tup, arwah opah yang first dikebumikan kat situh.

raya nih, first time masuk kubur pajak song, sebab ziarah kubur opah yang baru dua hari tuh. bau air mawar wangi lagi..assalamualaikum opah..

Monday, October 06, 2008

bila




hari raya 1429

macam macam yang jadi sepanjang sepuluh hari di kepala batas. akan diceritakan satu persatu. kesimpulan, hidup ini banyak benda yang tidak kita sangka. maka, better sangka di unsangkarable..

hari nih, masuk ufis, keje sorang. semua staff ghoib. takpe takpe, ade ubi ada batas. cheh! baru je mintak maaf dua tiga hari lepas.

Friday, September 26, 2008

se..se..se..selekeh se..se..se..selamat hari raya

hari ini
pada hari jumaat nan indah
sekonyong konyong kelihatan budak memakai baju kurung biru
yang tidak bergosok, bertudung buruk dan berselipar..

dengan longlai nya makhluk itu berjalan jalan menuju stesen kretapi
dengan harapan tiada pelanggaran berlaku antara dua ketapi
sebab..sebab..er ..er... dia nak balik raya malam karang

apabila makhluk itu sampai di stesen ketapi adapun dia memerhati kan
keadaan sekeliling yg ramai dengan org asing terutama dari negara indonesia
dan tidak semena mena kerana terlalu selekeh, makhluk itu merasakan
'owh..adapun mereka lebih kacak bergaya dan jelita, apakah aku inih? terlalu comot, seperti org yg tiada imej bersetail? apakahhhhh??? dia menjerit sekuat hati..'

dan..dengan pantas, untuk menambah gaya, dia pun mengeluarkan ipod nya..
muhahahahah, dipasang ke telinga dan digantung ipodnya pada pas ketapinya..wah..dia tidak selekeh lagi. sekurang-kurangnya ada benda yg membezakan dia dengan org lain. gilerr aaaa riak di pagi hujung ramadhan.

sebenarnya kan..motif utama keselekehan adalah kerana beliau merasakan selama hari ini, akibat selalu cantik dan menampilkan imej bergaya..makhluk ini berfikir mungkin ini lah punca kenapa tiada org mahu mendekatinya. mungkin org akan beranggapan 'owh..high mantenance org ini..lari lah' atau 'terlalu bergaya, tidak seswai untuk daku yg selekeh ini'..dan lain lain.

maka beliau pun membuat experimen dengan memaparkan imej selekeh dan tidak terurus. tetapi apabila dia merasakan org seberang itu lebih hebat dan bergaya..dem! salah percaturan..hahhahahhah.

tak..sebenarnya org itu sudah tiada minat untuk semua2nya. mungkin rohnya sudah di sana, jasadnya saja hanya di sini..takpe takpe..esok roh dan jasad akan bersatu kembali..kan kan?

erm...last sekali

selamat hari raya. maaf untuk segalanya. untuk hari raya ni, diharapkan, hargailah org org yg disayang. believe me, once org org ni takdek, gelap dunia. i mean it because i experienced it .

*updet*

'sejahat jahat manusia adalah mereka yang memendam kemarahan, hasad dengki dan sentiasa berharap agar org yg dimarahinya itu ditimpa kebinasaan. celakalah org seperti itu. maka hendaklah kamu membuang segala dendam, bermaafanlah. kerana itulah sebaik baik manusia. dan org yang selalu memaafkan itu adalah tanda tanda orang yang bertaqwa'

got this from my general manager during our assembly just now. that is soo true.

ye, saya sentiasa memaafkan org sebelum tido. sebab ada org pesan saya berbuat sedemikian rupa.

Thursday, September 25, 2008

it is all about me, complicated, stereotype,melancholic, confused and semak.

i'm not good in writing. thus, when i'm in deep shit, there will be certain people will be my dump. i luv those 'certain people'..mayb because their judgements and respons to me which help me a lot. because there will be a certain rules while dealing with my confusion and semak-ness.
1] dun asked me to 'sabar la..dugaan tuh' no..no..it won't work. in fact i'll feel annoyed.
2] dun interrupt while i'm explaining what 'the-exact-shit' is. let me express everythings from A to Z. let me memaki hamun n menyumpah seramnah till i feel better and relief. by cutting my explaination will get me moooooreeee shit
3] when i say ok..pleasss..then, giv ur ideas..i need that. and i dun care if u want to blame me, but, better with a good judgemental supaya i will not patahkan balik..

so far, cuma ada dua org je yg berani dengar my kemarahan n bijak dalam mendealingkan my kemarahan ..

yg pompuan ni i like so much sbb bila i ckp 'arggghhh marah2' and dia akan reply camni..'ape lagi zan..ko g je belasah dia..' hohohoho cukup buat i relief..lega selega leganya (er..tak la g belasah betul) atau pun 'eeiii..dia ingat dia bagus sangat ke? shilake la dia..' hahahah. puas nye hatiiii dpt buat org join maki hamun.

yg lelaki nih pulak, bile i ckp 'eiii..kenape la dia suke suki ckp mcm tuh..kata i tak paham prosedur'..dia dengan selambanya akan ckp..'haih..meh bg dia kat i, i kawen ngan dia, sure settle masalah'.. walau pun my respon would be 'aaaa? ape pulak nih..tp sebab i kena pause untuk pk his respon akan membuatkan i jadi..uuhhhh dia buat lawak, and magicnya, i boleh gelak...tak jadi nak marah okeh.. dan lepas melampiaskan segala marahnya pada dia.. last2 dia ckp camni '..ala.. dah la tak yah nak marah2 org, ape kata kita baca quran..dan amalkan sunnah rasulallah..' duh..dan disambung2 dengan lawak2nya yg ..yg..alahai..

sebenarnyakan sepanjang 28 tahun nih, i feel like i understand myself walau pun not fully and really understand...i do admit that i am a melancholic person, easy-stress, confused, kusut, semak dll. and because of that, there will be certain time when i will not serious, because of that, i really need someone who can accept me like how i always be. me yg selalu kata i am pemalu. yes, for strangers, but, if you always in my heart.. i can be talkative until u malas nak layan my craps!

i love people yg bole dibawak berbual tentang semua benda. tak kesah la serious atau tak. economy, social, politic, environment, movie, artis, oogy the cococroach,iklan "u" mobile, stesen ketapi, bus express, feri, kedai mamak, awek yg mari.., pengat pisang, tongkeng ayam, pasar malam dan mcm2. i love people yg bole buat i gelak sorg2 terbahak2 walau pun hanya buat lawak bodo pasal kerusi kort memot, i love people yg bole buat i terkedu dengan respon pada soalan-soalan i yg ntah hape2, meaning kalau i loyar buruk, dia punya loyar buruk double and triple, i love people yg sentiasa menjadi dia, tak dek duit, buncit, hutang byk tp sentiasa konfiden dia manis.. i love people who always be him/herself..as i always be.

sorry, mungkin anda tidak memahami perkara2 di atas yg tiada langsung kaitan antara para 1, 2 atau seterusnya. i just want to expressssss everything.
i am in in the middle of kusut, semak, confused, kacau and sewaktu dengan nya. it is not fair for perempuan di para 3 untuk mendengar nya hari ni kerana telah dua hari berturut2 dia mendengar kekusutan saya. jadi saya terpaksa mengexpress di sini..because i do warn u before, i'm not good in writing. jadi, andai anda tidak paham, abaikan kekusutan diri saya. adapun saya amat kusut, sekusut, kusutnya..

ye, betul, tak tipu.

Wednesday, September 24, 2008

.

Ya Allah Ya Rahman
Titipan hambamu ini adalah untuk memohon
Belas ihsanMU dari hambamu yang hina ini
KepadaMU Ya Allah aku memohon
Agar dikuniakan hidayah, ketenangan dan kepastian
Kau huraikanlah kekusutan jiwaku
Kau berikanlah kekuatan kepadaku
Untuk menangkis segala kekusutan jiwaku
Agar hidupku diakhiri dengan cahayaMU Ya Allah
Hanya doa yang mampu ku panjatkan
Sesungguhnya aku terlalu banyak meminta dan terlalu kurang memberi
Namun, hanya Kau tampat ku mengadu
Amin Ya Rabbal'alamin..

.

Tuesday, September 23, 2008

uurggghhhh

heart-broken ..
almost heart-broken

patah hati..
hampir patah hati

sedeh..
tak tau lah

Monday, September 15, 2008

mestikah ada yang lain

Mestikah ada yang lain
Perlu kulakukan
Untuk memujuk memikat cinta
Dan setiap kata dan lafaz
Aku ucapkan tulus
Untuk memuji memikat cintamu
Kan ku gengam..
Cintamu abadi

Andai kata
Cintamu bisa merubah
Semua kepahitan yang masih
Dirasakan sekian lama
Takkan aku biarkan
Cintamu terbiar saja
Akan ku paterikan
Dihati dalam dada..

Selagi masih ada cinta
Di antara kita
Alangkah indahnya hidupku..
Bila cinta
Biarpun dimana
Bisa dirasakan
Gementar terharum mendayu
Kaulah kan kasih cinta mencinta
Mendamai jiwa

Monday, September 08, 2008

iklan

iklan! iklan!

for those yg rasa hanizan zakaria kiut di kala gigi penuh besi, sile dapatkan gambar beliau dalam keadaan sebegitu rupa dengan kadar segera. ini berikutan daripada proses 'removal-bracket' yang telah dijadualkan pada 3 Oktober 2008'

sekian harap maklum.

p.s : kesan dari 'removal-bracket' retainer pula akan mengambil tempat, makan kos sebanyak RM500.00 diperlukan. i.e bajet duit raya will be slash out!..hahahhahah kijam!

Wednesday, September 03, 2008

' .. i met you once, not twice
.. i met you everyday, only in my dreams
.. i wish, i'll meet you everyday and forever
.. and forever you will be mine..'

sabo je la ..

kalau ikut kiraan logik, hari nih dah 3 hari puasa

1. tren pagi kul 6.25 sejak dua menjak nih mmg sesak dgn org. kat dato keramat pun dah full..sabo je la

2. tren balik pukul 6 pun sendat giler2. smlm nyaris2 terkepit ngan pintu (taman bahagia tu..).. haih..ramai nya orgggg...ramai jugak pak pak arab yg lagi besar dari i yg kiut nih... sabo je la

3. bile hari pertama dah makan mcm2, di ikuti dgn hari kedua..pagi hari ketiga, perut dah tak sedap..tp stil mcm nak mkn macam2..haih..sabo je la

4. cik noriah ngan pak ya tahun nih first time berbuke berdua je.kata mak, tak dek selera. tp bila tanya lauk, katanya gulai terubuk, sambal udang..amboi..selera la tuh. sabo je la

5. sepanjang bukan bulan puasa, badan sihat je, menjelma puasa dah start berair idung, masuk hari ketiga, batuk2 pulak. gatal tekak jgn ckp la..takkan nak minum kot? sabo jela

6. my eldest sister akan dapat tunggakan gaji dia dari 41 ke 44. yg bestnya tunggakan tu adalah dari jan 2006..hahahhaa berapa byk tuh. konfem 5 digits. kenapa yg kaya makin kaya, yg miskin makin miskin? dpt bonus lagi..haih.. sabo je la

7.kata mak, ba'atun yg keding tuh dah start puasa. lembik selembik2 nya. bapaknya yg garang tuh tak kasik dia berbuka langsung..er...sabo je la (tp mmg patut pun kan..jgn di manja2 kan)

8. lastly, i kehilangan org...sabo je la

Friday, August 29, 2008

hari yang cerah untuk jiwa yang sepi

cik nixan sekarang amat sepi
sepi bagai dinihari

kenapa?

kerana ada org yang telah menghalang segalanya
tiada lagi ym, meebo hatta dari yahoo pages sekali pun
habis, bagaimana mungkin cinta mahu berkembang
layu di tengah tengah kah?

tidak
cik nixan tidak rela
andai ini ujian yang perlu di tempuh
rela akan segalanya

moga moga akan di tetapkan hati
hati kedua dua nya
dan hati mereka mereka

dan moga dipermudahkan segalanya
moga yang difikirkan layu ditengah tengah akan berkembang kembali
seperti yang diharapkan..

p.s : ape yg kau merepek nih labuuu??

Wednesday, August 20, 2008

200880-200808=28

penuh dengan 8, wait, more to come ..

28 tahun lepas, on 20.08.80 bersamaan dengan 8 Syawal, iaitu pada hari rabu.. members of one family jumping like joy sbb dapat orang baru.

orang baru ini amatlah kiut sehinggakan semua org menggila gila akannya. bersesuaian dengan sambutan aidil fitri yg masih meriah dan sambutan hari kemerdekaan malaysia ke-23 yang menghampiri, haruslah mereka melihat baby itu sebagai pembawa kebahagaian yang amat mendalam (ade ke ayat mcm nih?)kerana baby itu dilihat sebagai seorang yang akan membawa gembira(relate ngan raya) dan berjiwa patriotik mempertahankan negara (relate ngan merdeka)..

dan hari ini iaitu 20.08.2008 bersamaan dengan 18 sya'aban dan bersamaan juge pada hari rabu..baby-kiut-comel-pembawa-kebahagiaan-mendalam itu, menyambut ulangtahunnya yang ke 28 iaitu selepas 28 tahun dan juge hari rabu yang bersamaan (secara kebetulannya) kejadian di para satu tadi..

makanya..andai semua org berebut rebut merebut 080808 untuk mencipta sejarah idup.. baby-kiut-comel-pembawa-kebahagiaan-mendalam itu tidak perlu berusaha keras untuk merebut rebut tarikh cantek untuk dijadikan nostalgia dalam lipatan sejarah hidupnya. ini adalah kerana baby-kiut-comel-pembawa-kebahagiaan-mendalam itu yg secara semulajadinya memang sentiasa bertuah secara automatik mendapat tuah pada hari lahirnya yang ke 28 iaitu pada 20082008 iaitu selepas 28 tahun dia dilahirkan pada 200880.

dan dengan bangganya artikel ini di tulis pada pagi 20082008 dlm satu entry yang bertajuk 200880-200808=28

nak tgk tak baby-kiut-comel-pembawa-kebahagiaan-mendalam itu? jap eh....










p.s : baby itu juge mengalami metamorphosis seperti makhluk lain..

Monday, August 18, 2008

but u didn't

i got this from someone's blog. modified..

i looked at you and smiled the other day
i thought you'd see me but you didn't

i said 'i love you' and waited for what you would say
i thought you hear me but you didn't

i drew a picture just for you to see
i thought you'd see it but you didn't

i needed you just to talk my thought to share
i thought you'd want to but you didn't

i don't wish to be everything to everyone..but
i would like to be something to someone (..u)

Tuesday, August 12, 2008

berani?

mengaku dan meluahkan atas apa yg dirasa,
amat berani

menahan diri dari meluahkan atas apa yg dirasa,
pengecutkah?

kata hati ..

selagi mampu ditahan, tahan lah
tapi.. andai bila ditahan, semuanya akan berlalu pergi ..
bagaimana?
sanggupkah menahan kecewa dihati?

berani @ pengecutkah aku?

Monday, August 11, 2008



hai!

kepada yg bertanya (terima kasih), hidup masih macam biasa. cuma kadang kadang ada jugak terhantuknya. tp masih dlm kawalan. no-thing new mcm hari hari lepas jugak. trus, kenkadang rasa busan jugak hidup yg terlalu 'biasa' ni. err...tp tak pe, nnt kalau terlebih happening, terkejut pulak.

nway. beberapa updet

1] confirm sudah. my parents will be menunaikan fardhu haji end of this year. sedikit mencabar untuk hajat kali ini. beberapa kali blood test tak lepas. tp alhamdulillah..last week, semuanya ok..dah buat passport n dah cucuk vaksin pun. last time, masa balik, baru ku tahu rupaya kunjungan kali nih (2nd one) bukan untuk diri sendiri, rupa-rupanya diorg buatkan haji untuk arwah my moyang.owh, how sweet of them.tetibe malu sendiri. mana taknya pak ya, mmg dah haji, dulu masa nenek pegi, dia tolong jugak, nih dah nak buatkan untuk org lain.. padahal bukan la kaya sangat. me? huh! tak tau la bila.

2] perangai staf2 nih makin lama makin byk lemak. sebenarnya susah bila ada staf yg lebih berumur + dah lama kat sinih. kira nak tunjuk otai. masing2 ngan perangai sendiri. hari nih, bukan setakat jadik pegawai, CC pun aku, kerani pun aku. dari kerja report daily sampai la bank in cek, pegi bank, isi slip even cop received cek pun aku. mana tak nya kalau semuanya tak dek..tp takpe, still under control..takpe, mentang2 aku berlembut, diaorg ingat aku lembik la. takpe2 sampai masa gua meletop nnt..baru tau langit tinggi rendah

3] see..kekonon macam ada byk la nak report kat sinih. tp dah blank n blur. baru dua point. errr..sebenarnya inilah masalah terkini skang nih. selalu pulak blur2. maklumla makin tua. owh btw, tinggal -+9 hari lagi nak cukup umur nih. ohooo..tarikh untuk tahun nih chantek la. rasa nak frame..so, kalau ada sape2 berhati murni, bley la prepare present siap2.kalau susah nak bg by hand (in case jauh ;)) alamat ufis ada lam website okeehhh...pos kan aje..

oke lah. puasa hari nih mencabar petul. dengan keje tunggang langgang nye, ngan audit nye nih diorg2 nih tengah lunch nasik tapau. baunye..mak aihhhh..gugur iman yg secubit nih.

ps : gamba atas amek dari blog sorg nih. litium nama dia. suke baca sebab kelakar

pss: dah tgk citer 'p.s: i love u'?

Friday, May 23, 2008

ntah ape ape la ..

1] semalam aku mimpi. aku mimpi mak aku luahkan rasa kecewa nya kat aku atas certain isu. punca utama kekecewaan, mmm..adalah sebabnya. tak payah la aku reveal kat sini. yg pasti aku pun agak kecewa dgn diri sendiri. paling aku tak tahan bila mak aku nanges..sambil sebut benda tuh. aduh...luluh hati aku. sbb selama hari nih dia tak pernah sentuh isu nih.mmg la org kata mimpi nih bukan betul pun. tp kalau la mmg selama hari nih mak aku terpk benda nih..aduhhh..

2] sebenarnyakan sejak dua menjak nih dlm kepala n hati n diri aku ada la berlegar2 satu benda nih. jarang2 benda mcm nih jadik [mmm tp sebenarnya mcm tak pernah pun]. so, dah mcm2 la benda aku buat semata mata nak make sure benda nih jadik kenyataan..tp..nampak macam tak berhasil pun..haih..kira aku dah pasrah la nih. cuma tak declare aku surrender jek lagik.kesian kan aku ?

3] boleh ke kalau sekali sekala aku nak jadik org lain. jadik paris hilton ke, victoria beckham ke, jadi pak lah ke, jadik nurul izzah ke..sbb aku rasa diri aku nih asyik macam tuuuu jek. dari dulu tak berubah rubah

4] tp takpe untuk 4 hari yg akan dtg aku still nak jadik diri aku yg sekarang nih sbb mlm ni nak balik and bercuti2 di kampung halaman..ahaaaaaaa sebab tu la tgh gabra nih. buat nya aku balik kali nih perkara 1 jadik kenyataan...duhhhhhh.

Tuesday, May 20, 2008

salah la...



tadaaaaaa..........ini adalah gambo terbaru i bersama ba'atun. kuikuikui. last saturday ada kenduri kat kayu ara..sbb tuh i balik kampung. owh bukan kampung kepala batas tp kampung damansara..haih..another cousin (of course yg lebih muda dari i) kawen.takpe lah jodoh masing masing..

oho..last saturday baru i perasan yg ba'atun sebenarnya bukan la sopan sangat. mati mati i ingat dia sebelum nih mcm takut2 rupa rupanya hyper jugak budak nih.

bukan ape, last saturday i bawak dia jalan jalan kat taman klcc.wahwahawh..bila dia nampak jek taman yg mcm2 tuh, terus dia bertukar menjadik sgt hyper...cuak la nak mengepung budak sorg nih. masalahnya dia langsung tatau takut...

tp yg paling best ialah bila dia ckp..'mateh..ba'atun nak tidoq2 sat mcm dia tuh'..hahahah sbb ada mat saleh yg baring2 atas rumput sambil baca buku. i pun terpaksa la duk sebelah dia sambil dia baring2 tgk budak2 lain main air..duh....dah berapa tahun i duk kl, i tak penah pun buat camtuh..

haih..penat la jaga budak nih. patut la mak mak selalu nya kurus2.

Wednesday, May 14, 2008

mengarut

akhirnya ..
semalam ada jugak org yang bercakap2 mengarut dengan aku
semalam berjumpa dengan pitieydie pitieydie di jablatkhidneg itu..
muhahahha
aku suka lepak ngan makhluk2 ini
selain dari dpt byk citer2 panas n gosipssss kitorg jugak akan ckp byk benda mengarut..
tp kesian jugak kat korg kan..
yelah dari patutnya pitieydie unggul jadik tunggul..
kesian
tapi takpe...aku rasa biorlah org lain nak kata apa..korg buat jelah keje mana yg mampu..

eh..
(ehemmm..)
korg percaya tak kadang kadang kita ada kelebihan mendengar dengan baek
yelah, maksud aku semua org boleh dengar as long as tak pekak
tp...a good listener tu bukan semua org buleh tauuuuuu
aku pun tak kata la aku nih a good listener tp org suka cerita mcm2 kat aku
macam lutfi ckp '..aku rasa kan zan..ckp ngan kau nih menenangkan hati la...'
peh tu hanafi pun kata '..apesal eh kalau u kol kitorg mcm seronok jek dpt ckp ngan u..'
wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
i loike! (chop! lutfi tuh budak baru kat ufis nih, hanafi tuh dealer bank yg hari2 aku kena kol tuh)

hahahha
mungkin aku jenis suka mendengar dan melihat dan meng-observe. aku kan seorg yg visual..sbb tuh aku tak minat baca buku-takdek-gambo-tulisan-kecik-kecik.

bak kata ad semlm
'ha...walaupun cycle idup kita nih tak complete lagi (ye la blom kawen, beranak dll)tp kita dah tau mcm2 benda sebab org selalu dtg citer kat kita'

ye ad..ko mmg betul. terbaik! saya mesti pilih!

Tuesday, May 13, 2008

ko-ol kalau buleh buat org marah

semlm org keliling kat ufis nih marah pada aku
ala..bukan marah betul2, marah sebab geram terkena

kisahnya semlm aku puasa
dan semlam jugak ada akak sorg ni beli kain untuk tempah jadikkan baju raya
so, mcm ada mood hari raya..

semlm jugak aku agak lepak2
sbb report dah submit, aku meng-enjoy-ing waktu bebas aku

ptgnya aku survey2 lah akak2 ni menu2 yg best untuk berbuka
mmmm..mmg best la dengar senarai2 menu yg di suggestkan..maklumlah
org kalau tgh puasa dikala org keliling tak puasa, mmg la dugaan dia maha hebat

n, bila dah buh-san tahap dewa
aku menyanyi riang - ria ..

tup tup keluar lagu nih dari mulut aku
'selamat hari raya, hari untuk kita bersuka ria, selamat kami ucapkan, untuk kita hingga sampai tahun depan..tengtengteng'
rupa rupa nya, masa tuh suasana tgh hening, aku plak nyanyi dengan agak kuat
ada la makhluk allah yang mendengonya

ape laei...
jeling sakan la diorg kan
sbb diorang tgh tungkus lumus buat keje
aku plak ley suke suke nyanyi lagu raya
mmg la hangin

tp bukan salah aku
dah smlm aku mmg rasa cam dlm ramadhan

tp ko-ol kan kalau bley buat org marah
hahhaha

Monday, May 12, 2008

rasa rasa nya kan ..

rasa macam nak menulis
tp tak tau apa benda nak tulis

rasa mcm nak makan something
tp ape dia nak makan pun tatau

rasa mcm nak beli ape ape
tp, ape ape tu ape?

rasa mcm nak g jenjalan
tp, tak dek sapa nak ajak gua g jenjalan

rasa mcm nak gelak2 borak2
tp tak dek sapa pun nak layan

rasa mcm nak lepak2 makan eskrem
tp tak dek sparring partner yg best n maletop!

rasa mcm nak ckp ngarut2
tp ada org akan kata aku gila
(btw, henspon gua dah 15 tahun tak berbunyi, cuma bunyik alarm jek pagi2)

rasa mcm nak terjun dari tingkat tigablas(sbb tiga tu suwey..)
tp pahala aku lom cukup byk

rasa mcm nak belasah org kaw kaw punya
tp tak dek sapa yg sanggup jadi punching bag aku

rasa mcm nak jln2 tepi pantai
makan rojak buah, makan eskrem, kutip siput, tengok matahari, kacau budak men air, cuci mata..tp takdek pun pantai yg aku buleh capai ngan lrt

rasa mcm nak makan nasik kenduri
ada kenduri sabtu nih, tp mcm tak mau pegi

rasa mcm nak bunuh org ..
tp..mana bley, suke suki jek nak bunuh anak org

rasa mcm nak larik2
dah..smlm, pusing tasik..tp rasa cam tak puas

buh-san la sebenarnya
takdek org nak buat aku gelak gelak senyum sorang sorng

haih..
nyaris2 gile aku nih

Wednesday, May 07, 2008

It doesn’t matter how many new haircuts you get, or gyms you join, or how many glasses of chardonnay you drink with your girlfriends… you still go to bed every night going over every detail and wonder what you did wrong or how you could have misunderstood. and how in the hell for that brief moment you could think that you were that happy. And sometimes you can even convince yourself that he’ll see the light and show up at your door. And after all that, however long all that may be, you’ll go somewhere new. and you’ll meet people who make you feel worthwhile again. And little pieces of your soul will finally come back. And all that fuzzy stuff, those years of your life that you wasted, that will eventually begin to fade.
- Iris, The Holiday

Monday, May 05, 2008

saya amat down

bila baru rasa hati nak bahagia, tiba2 bahagia tu terbang *plup* ... hilang...
rasa macam nak meraung bagai org gila..

1] aku dpt balik borg appraisal aku hari nih. lepas bos nu 1 buat dia punya penilaian. n, ranking aku nu 3 dari 4. aku mmg tak target nu 1 sbb aku tau aku tak best sgt, tp bila aku tgk yg nu 2 tu .. aku mcm nak pegi serang bos aku tanya kenapa dia layak nu 2 ..aku mmg jarang yg teramat jarang nak pertikai kan ranking aku, but, aku mmg betul2 tak puas hati. sbb yg lagi dua officer nih dah la baru, selalu EL, MC, yg sorg tuh baru keje dua bulan, bersalin, pantang dua bulan, n baru sebulan masuk kerja balik..maknanya dia jek evaluate keje 2 bulan tu jek..yg sorg lagi masuk bulan dua belas, konfem pun belum, keje dia ..aku pun tak nampak apa keja dia..
aku mmg tak rasa aku bagus, tp bila mengenangkan yg lagi dua tuh...

2] board of member office nih berbalik pada asal, siasatan punya result dah kuar, dan yg paling atas yg cuba digulingkan dulu dah dapat balik tampuknya. makanya apa2 result management baru dibatalkan..as a result, SABTU keje balik!..mmg betul2 aku nak menanges. sakit hati..bukan apa, kalau dia tgk balik kebajikan staf kat sinih, mmg la tak terbela..plis la..respect org lain..sekurang kurangnya

3] aku rasa amat menyesal tak pegi walk-in intebiu bank rakyat wiken lepas. sbb aku ingat aku still boleh maintain keje kat sini. aku ingat nak gain experience lebih sket kat sini..yg paling aku kesal sbb ada org buleh arrangekan supaya aku buleh dpt, dan yg paling best kalau dapat, mmg dpt kat penang atau butterworth..tp nak buat mcm mana.aku dah melepaskan peluang yang terbuka luas seluas luasnya.mmg Dia nak aku sabar lagi kat sinih.

4] dan..bahagia di hati yang baru aku angan angan kan, bagai di bawa angin lalu. sudah letih aku berharap, sampai masa sabar akan hilang jua ..

..biar aku sendiri yg menjaga hati..