Wednesday, November 03, 2010

unreconcile

ini sindrom awal bulan.pada mereka yang tiada basic accounts, kalau tak faham, takpe, anda tidak cacat



1] benda tuh dah appear as unreconcile item almost a year, apesal kau boleh buat dek je?

2]bila dah lebey 6 months, cek tu pun matilah dengan sendiri nya.apesal kau terus terus nak point dekat i? dey..itu bukan nya kes cek tamat tempoh laku macam biasa, itu lain..apesal kau tak check n balanced dengan statement yang hari hari i printout kasik kat kau?

3]bila dah tahu itu mmg kau yg terlepas pandang..apesal kau tak cuba settle kan?lagi kau pikir pikir cari alasan supaya benda tuh nampak macam salah i jugak..watde...la u nih

4]fine..i dah tunjuk jalan..kau kena ganti those cheque..tapi apesal kau tak kensel kan dalam unreconcile item tuh?

5]ouh..tak kensel sebab tak tahu kod?wahhhhh..abes i ke nak kena fikir kan kod untuk kau?dah nama nya tuh kod kau, apehal i plak nak bagi tau?kalau pun semua kod dah balance, takdek yang hangging, fikir alternatif lain plis. jangan campak semua atas meja i.kau ingat i kau punya tukang cuci ke?



kesimpulan:

lain kali jangan suke claim yang kau pandai account.kak, saya ada degree account, tapi sampai sekarang, saya still tak pandai.dan saya masih belajar.kalau tak tahu, jangan terus cakap tahu, usaha sikit bagi tahu, boleh?

Wednesday, October 13, 2010

pagi

hola!



ini cerita pagi tadi..



1/ macam biasa dlm jam 0615 i akan keluar rumah berjalan kaki ke stesen lrt.rumah i dekat dengan simpang tiga.lebih kurang 100 meter dari simpang, ada sebuah masjid, dan betul betul dekat simpang ada gerai buah.gerai buah ni owner dia memang seorang pakcik berbangsa melayu.pakcik ni memang produktif, seawal pagi dia dah start his business.normally by the time i berjalan kaki, jemaah di masjid masih ada, imam akan lead mengaji.still boleh dengar sebab mengaji guna speaker.dan imam amat sedap lenggok mengajinya.kalau faham maksud, mesti lagi sedap.tapi kan..pagi tadi, telinga sedikit terganggu sebab pakcik gerai buah dengan suka nya pasang dvd karaoke dangdut sekuat kuatnya.bagai mahu melawan alunan quran imam masjid..sheeessshhhh.i tau lah i takdek la keimanan menebal dalam diri.tapi i still faham bahawasanya kalau kita dengar azan atau orang mengaji atau ceramah agama atau ada majlis ilmu, kalau pun tak nak dengar, sekurang kurang nya kita kena la hormat.mana tahu, dengan menghormati, keberkatan tu dapat sama pada kita.



2/masa naik bas tadi, macam biasa bila dah bayar, uncle driver akan kasik tiket.tapi kan..tadi, uncle hamzah(si driver), dia takkasik tiket kat i, tapi dia kasik ular getah.i cuma tersentak, tapi tak jerit ke atau tak marah marah.sampai pakcik hamzah pelik dan tanya i kenapa tak jerit dengan muka sedikit disappointed.ahahahha.i cuma senyum je lah sambil cakap tengkiu.haih..takkan orang macho macam i nak jerit jerit bagai.i kan macho.

Friday, October 08, 2010

naik

hari ni ade teka teki.bunyi nya macam ni:
'ape benda yang susah sangat sangat nak turun, tapi amat mudah nak naik?'
jawapan dia, i boleh bagitau sekarang jugak.
BERAT BADAN!
ya ampun..setahun i work out [ahahah work out la sangat] control makan segala, turun la sikit, tapi dlm bulan syawal ni je, naik mendadak.
ok, sekarang macam mana?

Tuesday, October 05, 2010

emak

pagi semalam, out of sudden, sebelom mula kerja, i kol mak.



i : mak, hari ni besdey mak lah!

mak : ha'ah la..hari ni 4hb..mak pun tak ingat.ko ingat eh..

i : i mmg tip top, besdey orang semua i ingat.mak je tak penah ingat besdey i.ahahhahah



i mmg macam tuh.tak reti nak wish betul betul.sebab i tak reti nak jiwang jiwang.men redah je, janji mak faham.



a'ah memang betul pon.mak jarang, eh, amat jarang ingat besdey i.last 20hb ogos (motif nak mentioned tarikh?) ari tuh pun mak tak wish.orang lain lagiiiiiiiiiiiiiiiiii la, tak wish jugak.memang derhaka la depa nih.eh. tapi jupa best, dia wish i.tokei beras wish jugak, tapi asyik mintak paw je.tapi tak pe.takde hal.benda remeh temeh...



ouh..merapik plak..



untuk mak,



hepi besdey..

walau pun i jarang jarang kol mak (and mak pon jarang jarang kol i), tapi jangan risau, hari hari i ingat kat mak.hari hari i doa semoga allah ampun kan mak, berkati hidup mak, limpahkan rahmat kat mak, mudahkan urusan mak, dunia akhirat.mmmm..dan murah kan rezeki mak supaya mak boleh terus menerus tolong orang macam yang mak suke buat.



ps: mak doakan i tak?

Tuesday, September 28, 2010

ayohh

sepanjang puasa dan ganti puasa, i memang dah tak jogging, skipping, lompat bintang hatta naek tangga pun tak.jadi boleh imagine tak lemak tepu berkepuk kepuk dalam badan i?betapa sempitnya darah nak lalu dalam pembuluh darah?azab gile..


therefore...[kehkehkeh]


last week, lepas sembahyang kat surau tingkat 2, i balik department di tingkat 5 dengan memanjat tangga..


dan..i found out kepala lutut di kedua dua belah kaki mengeluarkan irama bagai konsert band indie.kruk-krak-kruk-krak.mak aihhh..ade jugak bunyi macam engsel pintu karat tak letak minyak.duhhhhh..


kemudian, since pagi sabtu lepas, i dah mula balik jogging kat taman keramat tuh.kalau sebelum puasa 10 laps tuh takdek hal..tapi pagi sabtu ari tuh, nak complete kan 3 laps pun hazab.macam nak tercabut urat tekak, leher, kentut segala.gila ah!


ape nak jadi ni weyyhhhh?


even worst, ari nih pakai shirt faveret..rasa sesak didada..macam anytime je boleh merekah dan meletup macam incredible hulk!


demmm..series dem!


ps:tapi dalam masa yang sama, jemputan demi jemputan sampai atas meja ni hah...

Friday, September 17, 2010

faktaS

hui..

balik raya kali ni, my discoverieS are:

  • budak kecik umor dua tahun pun ada digi cam.sedangkan i yang umor berbelas kali ganda dari dia cuma ada phone cam 3.2 megapixel..haisshhh
  • ade jugak sesetengah budak kecik bila kena bunga api, rileks je.tak nanges pun.bole diam masuk umah, sapu minyak gamat and duk diam diam dalam rumah.budak kecik meaning 3 tahun.giler steady.
  • i found out mother adalah amat amat pandai kaver kekurangan. dia boleh bagi alasan tak makan canned pineapple yang i belikan kat pekan nenas, pontian sebab sibuk tak dek masa, padahal dia dah misplaced can opener.and again dia bagi alasan dia bizi tak sempat nak gilap gilap queen anne dalam display jati tuh, padahal again..dia misplaced the keyss..duhhh..mak ..mak
  • hiks.pakya rupa rupanya berperangai dan berpikiran budak budak jugak.haih..bapak..bapak..
  • baru i perasan hari raya di rumah jalan maju, kepala batas akan transform jadik nursery budak budak.main, main dan main.penah hari raya main buih sabun?
  • raya tahun ni beraya sampai aloq staq.wahahahahha.dan raya ni first time i jumpa rumah yang atas meja ada 21 ketul balang kueh.pergghhhhh.terbaek!
  • and i also discover, pakcik yang founder famous amos adalah hebat.tetapi dia perlu berhati hati sebab now dah ade banyak cookies yg lagi best dari famous amos..especially cookies dia yang hitam pekat tuh.hati hati pakcik..i dah jumpa yg setanding.ahahahah
  • ouh.dan..i juga telah makan cookies raya sultan.ahaaaaa..sultan punya taste tau.bukan calang calang.
  • terima kasih tuh cukin sebab ajar i buat yong tau foo and laichi kang beberapa hari sebelum balik kepala batas.menu menu tersebut telah menjadi hidangan akhir romadhan umah pakya.dan abes licin.sedap la tuh..saje je depa takmau puji i.aahahhahaha.

all.raya walau pun sama macam tahun tahun lepas, tapi musti ada lain sket.tak faham?takpe, janji i dapat feel nye.

ps: bile la nak jam 5 neh?

Tuesday, September 07, 2010

salam aidilfitri
maaf zahir batin
semoga selamat semuanya
pulang dengan senyuman

ps:ouh..i tak sabar nak balik.